Pintu dikuak dari luar oleh Rayyan. Masuk saja dalam bilik, sosok tubuh Ayra dicari. Nampak saja isterinya sedang tidur dikatil dengan masih berpakaian pengantin membuatkan Rayyan tersenyum sinis.
Tubuh Ayra didekat.
" Sayang... bangun pergi mandi baru tidur balik. Hey.. "
Tubuh kecil isterinya digoncang lembut. Ayra merengek kecil sebelum dia menyambung tidurnya.
" Sayang..... " leret Rayyan.
Tangan Rayyan yang meliar dibahu Ayra ditepis kasar Ayra.
" Jangan sentuh. " selambanya.
Rayyan ketawa kecil.
" Apa pulak jangan sentuh? Salah ke? "
" Salah. "
" Yelah. Dah bangun pergi mandi. Busuklah. Ke sayang nak abang tolong mandikan? " usik Rayyan membuatkan Ayra membulat.
Laju Ayra bangkit dari baring dan mencapai tuala mandinya. Dia berlari pantas memasuki ke dalam bathroom dan menutup pintu dengan kasar.
Rayyan melepaskan keluhan berat.
Beberapa minit kemudian Ayra keluar dari bilik mandi setelah dia selesai bersihkan diri. Keluar saja, figura suaminya dicari.
Berkerut dahinya apabila melihat tiada sosok tubuh lelaki yang dicarinya.
" Mana dia? " selamba Ayra sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.
Meja solek didekati. Kerusi yang sudah tersedia menjadi tempat dia melabuhkan punggungnya.
Pengering rambut dicapai dan terus saja sesi pengeringan rambut dilakukan. Siap nyanyi-nyanyi lagi huh.
" Dimana dia.... Anak kambing saya... Anak kambing saya... Ada di... Hoi!! " tersentak Ayra dibuatnya.
Dengan gaya lajunya Ayra berdiri dan terus memandang figura suaminya dibelakang.
" Apa awak buat ni. Terkejut saya tau. " beritahunya.
" Banyak-banyak lagu... Tu jugak kau pilih ean? "
" Suka hati sayalah. "
Melihat suaminya seperti tidak mahu membuka mulut lagi, Ayra terus mengemas pengering rambut itu. Dahlah rambutnya belum Berapa kering, ada monster tiber mengacau.. Ish ish ish.
" Eh. Cepatnya siap? " usik Rayyan bersama senyuman. Dilihat saja perbuatan isterinya yang sedang mengemas meja solek itu dengan muka masam. COMEL!
" Entah. Tiba-tiba jer rasa macam malas nak keringkan rambut. Bye saya nak tidur. Oh ya! Mandi tau. Busuklah. Huehue~ " selesai memerli suaminya, Ayra terus berlari mendapatkan katil itu.
" Lagi satu. Awak tidur dekat sofa kan? "
" Eh tak.... "
" Bagus. Ni bantalnya.. "
Belum sempat Rayyan membantah, Ayra lebih pantas melemparkan bantal itu di sofa. Senyuman sumbing dihadiahkan pada suaminya.
" Selamat malam. Huh.. Penatnya.. Tadi best-best tidur, kena kacau. Tahik betul. " perli Ayra.
Terus membulat Rayyan mendengarkan ayat terakhir isterinya. Gelengan diberikan. Nampak saja isterinya sudah baring dengan selimut ditarik menutupi seluruh badannya, Rayyan tersenyum sinis sambil memeluk dirinya sendiri.
" Kau main-main eh... Takpe-takpe.. Harini, hari kau, esok hari aku pulak. Its okey little girl.. Its okey. "
" Dah pandai ye.. Bagus. Bagus... " serupa bodoh dah Rayyan bercakap sendiri. Selesai berkata, Rayyan terus mencapai tualanya dan memasuki ke dalam bathroom.
Dengar saja bunyi pancutan air dari dalam bilik mandi, Ayra terus menurunkan selimutnya perlahan-lahan. Tawa kecil diberikan.
" Padan muka dia. Haa rasakan. Siapa suruh, orang nak tidur dia kacau. Biar padan muka dia tidur dekat sofa. Huehue~ "
Selimut ditarik semula sebelum mata diketap.
🌼🌸🌼🌸
Air milo dituangkan digelas kaca. Selesai itu, roti sandwich dan lain-lain pula dihidang dimeja.
" Cik Ayra, awal bangat cik Ayra bangun. Udah selesai nyiapin sarapan lagi. Buat siapa cik? Tuan Rayyan ya? " usik kak Ween.
Ayra hanya menghadiahkan senyuman. Dah memang tugasnya sebagai seorang isteri bukan?
Sedang itu juga Rayyan baru turun dari tangga. Bersama baju kot dilengan. Matanya dan mata Ayra bertembung. Cepat-cepat Ayra melarikan matanya.
" Pagi tuan. " ucap kak Ween.
" Hm.. "
" Sarapan apa pagi ni sayang? " soal Rayyan dengan lembut.
" Macam takde mata. Tak nampak ke apa dekat atas Meja tu. Aku lebarkan mata dia padan muka. " sempat lagi Ayra berkata jahat dalam bisikkan.
" Air milo dengan sandwich jer. Yang lain buah-buahan. Saya buat simple jer, lagipun tak larat nak masak banyak. " aduhnya.
Rayyan menganggukkan saja ujaran Ayra. Apapun yang Ayra buat semuanya dia kebas. No tinggal. Dia punya kot? Ye tak?
Selesai bersarapan, Rayyan menapak keluar dari rumah diiringi isterinya. Menjadi seorang isteri itu haruslah yang baik bukan? Heh.
" Jumpa malam ni. Love you muah. "
Ayat Rayyan semua membuatkan Ayra merasa loya namun ditahan saja niatnya. Senyuman hambar dihadiahkan setelah lelaki itu selamat masuk dalam keretanya.
Kereta lamborghini kuning milik Rayyan meluncur laju dijalan raya. Setelah kereta itu menghilang dari pandangan Ayra, dia terus masuk semula dalam rumah.
Namun tidak diketahui oleh mereka berdua bahawa dari tadi ada seseorang yang sedang ralit memandang dua pasangan suami isteri itu. Senyuman sinis terbit dibibir lelaki itu.
" I like. Pastikan gadis tu jadi milik aku. Perhatikan kemana sial tu harini. Jalan. "
" Baik boss! "
" Permainan makin best dengan adanya gadis tu. Sweetheart, wait for me dear. " ucap lelaki itu penuh misteri.
Kereta mereka bergerak keluar dari perkarangan rumah Rayyan. Mata Felix tak henti-henti memandang setiap sudut rumah Rayyan. Baginya dia mahu mengambil gadis itu.
Dari pandangannya boleh tahu gadis itu sudah tentu kesayangan Rayyan. Senanglah lepasni dia mahu menarik perhatian lelaki itu.
/ hai korangggggg!!! minta maaf sebab lambaaaaaat sangat update. ini adalah kes busy. yeke busy? hek papelaaa.. again sorry sngatt2 tau. enjoyla dgn story hambr author ni. Hek (senyum bodoh)
Sorry sebab pendek. lost idea sksksksk. idea author terbang melayang pergi rumah crush hei!
i'm kidding, okyyy byeee
- chufly_ -
YOU ARE READING
gadis kecil kepunyaan mafia ✔️
RomanceCOMPLETED ' follow me first before u read ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - Ayrα Ivy - Seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurnya sudah berganjak naik ke 19 tahun, dia kelihatan seperti remaja yang berumur 15 tahun kerana tubuh...