B A B | 18

8.5K 417 55
                                    

Selesai solat subuh, Ayra mengemas telekung dan sejadahnya. Tubuh dibawa berjalan ke katil bersize kecil itu. Dia sekarang berada didalam biliknya tidurnya kerana tidak mahu tidur sebilik dengan suaminya.

Perasaan marah masih ada.

Sedikit berkerut dia apabila melihat ada kotak kecil berada dimeja kecilnya.

" Aik. Kotak apani? Tak perasan pulak ada tadi. Siapa punya ni? "

Ayra berkata sendiri. Diri dibawa duduk dikatil bersama kotak digenggamanya.

Kotak yang berbalut kertas hadiah itu dirobek. Setelah itu muncul kotak berwarna coklat. Terus saja dia membuka kotak itu.

Terpana dia melihat ada kotak kecil didalam. Sepertinya..

Bersinar mata Ayra apabila melihat seutas rantai emas berada disitu. Pantas dikeluarkan dan ditilik dengan rasa suka. Senyuman mekar.

Plak!

Pintu dikuak dari luar membuatkan Ayra tersentak. Wajah figura yang datang ditatap sebelum dijeling. Rantai emas itu dimasukkan semula ke dalam kotak dan ditolak menjauh darinya.

Rayyan mendekatinya.

" Suka tak? "

Ayra diam.

" Hello. Suka tak? "

Ayra masih diam.

Rayyan menghembus nafas kasar. Punggung dilabuhkan dikatil bersebelahan Ayra. Kotak hadiah itu dicapai. Terus saja rantai emas itu dikeluarkan.

" Meh sini. "

Panggilan Rayyan dibiarkan.

" Come sweetheart. "

" Nak buat apa? Saya takde masa nak layan benda tak penting awak. " selamba Ayra sambil berpeluk tubuh. Wajah dialahkan kearah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan suaminya.

" Okey i'm so sorry. Kalau kau rasa bende yang aku cakap semalam tu..tak betul, jangan dengarkan. And, lupakanlah. Aku taknak bertengkar dengan kau. Please little girl. " rayu Rayyan.

Ayra senyap.

" Mungkin betul cakap awak. Tapi tu bagi awak, bukan bagi saya. Siapa pun yang berkawan dengan saya, tolong. Jangan halang saya. Remember. Awak khawin dengan saya, bukan atas dasar cinta, kan? Saya tahu. Tak payah tipu. Awak just nak guna-gunakan saya untuk kepuasan diri awak sendiri. So, apa saya nak buat, dengan siapa saya nak kawan, please. Do not stop me. Tu jer saya harap. "

Rayyan tunduk. Sakit hatinya bila dengarkan ucapan yang keluar dari mulut isterinya. Sedikit pun tiada rasa ingin mengguna-gunakan Ayra. Dia mencintai Ayra sepenuh dan setulus hatinya. Namun hampa, Ayra langsung tak memahaminya.

" Kalau kau cakap aku khawin dengan kau, hanya sebab nak guna-gunakan kau, hanya untuk kepuasan diri aku  sendiri, You are wrong Ayra. But, yeaa.. Kalau kau taknak percaya, It's up to you. Aku malas nak paksa. "

Ayra tersentak. Kalau begitu, Rayyan mencintainya kah?

Rayyan berura mahu keluar dari bilik itu dengan sayu.

Ayra yang melihat terus cepat-cepat berdiri.

" Awak! "

Mati. Langkah Rayyan termati. Senyuman sinis terus mekar dibibirnya. Tau pujuk..

Berusaha Rayyan menutup rasa happynya. Dia pusing ke belakang dengan wajah yang dibuat-buat sayu,atau lebih dikatakan kecewa.

" Nak apa? "

" Er... Aw.. "

Rayyan menanti jawapan Ayra. Cepatlah. Nak tahu ni..

" Aw apa? "

gadis kecil kepunyaan mafia ✔️Where stories live. Discover now