ADRIAN hanya mampu mendiamkan diri apabila ibunya tidak habis-habis bertanyakan tentang kejadian yang berlaku kelmarin dulu. Situasi di mana anak kenalannya, Farisha disimbah dengan jus oren.
"Ad! Ibu tanya ni" Datin Aliyah sudah bercekak pinggang manakala Arissa dibelakang sedaya upaya menahan ketawa.
Mata Adrian memerhati Arissa dibelakang ibunya dengan perasaan membengkak.
Tak guna punya adik
Mana tidaknya? Arissa sedang menekup muka dengan bantal manakala perutnya ditekan-tekan tanda menahan ketawa.
Kan aku dah cakap dia ni boleh pergi jauh.
Jauh dari tuhan.
Itu belum masuk dengan perangai adik bongsunya si Aariyan Khair. Bercakap tentang budak itu, seketika Adrian mula berfikir tentang keberadaan adik lelakinya itu.
Mungkin sedang berfutsal.
"Ibu punya pasal lah!" Lakonan Adrian dimulakan. Ini sahaja perkara yang boleh hentikan ibunya daripada terus mengaturkan temujanji.
"Kenapa ibu pulak?" Datin Aliyah mula tidak puas hati
"Tak pasal-pasal bakal menantu ibu merajuk." Mata Arissa sudah membulat. Abangnya sudah gila! Tak semena-mena pandangan Datin Aliyah juga bersinar.
"Adrian! Kenapa tak bagitahu ibu? Kesiannya bakal menantu ibu." Datin Aliyah sudah rasa bersalah.
Adrian menahan senyum lalu berdehem.
"Kan Ad dah cakap Ad taknak. Tapi, ibu juga nak Ad keluar dengan Farisha tu." Asbab daripada selalu berkepit dengan Black dan Harris, akhirnya dia dilabel tidak lurus. Bengkok! Itu yang membuatkan kerisauan mula timbul dan terbit di hati si ibu. Takut jika anaknya itu benar-benar terpesong dari landasan yang betul.
"Ibu mana tahu! Ad tak pernah bagitahu Ad dah ada kekasih." Mulut Datin Aliyah dah tercebik. Sedih lah pula bila dipersalahkan oleh anak sendiri. Huwaa!
"Ye lah Ad salah sebab tak bagitahu ibu." Perempuan mana pernah kalah jadi biarlah dia mengalah. Walau hakikatnya, dia hanya manipu.
"Bila Ad nak bawa jumpa ibu?" Lengan anaknya dipegang.
"Ibu, Ad keluar dulu lah tadi office call ada urgent meeting." Adrian cuba mengelak.
Girlfriend pun tak ada! Nak bawak jumpa apanya?
Datin Aliyah mencebik, tahu sangat perangai Adrian. Tangan Datin Aliyah diambil lalu dicium kemudian dia melangkah ke arah Arissa lalu belakang kepala Arissa ditepuk.
"Ibu!" Arissa tidak puas hati.
Datin Aliyah hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum sebelum melangkah ke arah dapur.
"Eh, Adrian! Malam ni balik rumah tak?" laung Datin Aaliyah. Kalau Adrian balik ke rumah, bolehlah dia masak lauk lebih untuk juadah makan malam nanti.
"Tak. Ad balik rumah Ad," ujar Adrian mendapat anggukkan daripada ibunya. Tak apalah jika anaknya tidak tidur disini malam ini pun, sekurang-kurangnya Adrian sudah datang menjenguknya.
ADRIAN mengatur langkah ke arah sebuah meja makan yang terletak di penjuru kafe tersebut. Tanpa banyak soal, dia terus memesan segelas jus epal. Panas sangat hari ni. Adrian menunggu kelibat seseorang yang ditunggu dengan tenang.
Dah biasa menunggu. Janji pukul 2 sekarang dah pukul 2.30. Takpe dah biasa kalau dengan lelaki yang namanya Harris.
Setelah beberapa minit menunggu akhirnya kelibat Harris kelihatan. Sampai sahaja, Harris terus melabuhkan punggung dihadapan Adrian. Jus Epal dihadapannya diteguk sehingga separuh.
Adrian hanya buat muka bersahaja. Tahu sangat pasti Harris sedang serabut.
"Haih panas panas!" Harris mengibaskan kemeja putihnya dengan muka yang menahan geram.
"Siapa pula yang buat hal kali ni?" Adrian bertanya.
Harris berdecit. Geramnya bila mengingati perkara yang baru sahaja berlaku tadi ketika dia sedang bermesyuarat dengan seorang klien di sebuah restoren mewah.
Tiba-tiba sahaja Soffia, salah seorang teman wanitanya datang dan membuat kecoh.
Sudahlah Soffia membuat kecoh ketika dia sedang bermesyuarat dengan salah seorang klien perempuan. Habis melepas misinya ingin mengurat perempuan cantik tersebut!
Okay itu bukan masalahnya, yang penting sekarang ialah projek yang dibincangkan oleh mereka berdua merupakan projek besar. Balik sahaja di rumahnya, pasti dia akan dibebel.
Soffia memang cari pasal!
"Itulah kau! Banyak perempuan sangat!" Adrian ketawa kecil. Sudah masak dengan perangai Harris.
"Kawan je, bro! Diorang tu yang anggap lebih dari tu. Ni karang bapak aku dapat tahu pasal ni, mampus aku." Harris menggelengkan kepala. Balik sahaja rumah, pasti dia akan dimarahi si ayah.
"Eh sakitnya hati aku ni ingatkan datang sini sejuk la jugak hati." Harris geram, Adrian dari tadi tak habis-habis tertawakannya.
"Air aku dah habis, masih tak sejuk?" Harris memandang gelas di dalam genggamannya. Tak perasan dah habis diteguk.
Tangan diangkat ke atas untuk memanggil pelayan lalu pesanan dibuat.INARA berdecit. Telefonnya dari semalam tidak berhenti berbunyi menandakan ada orang menelefon. "Nara, angkatlah telefon tu. Dari tadi daddy dengar." Tan Sri Irsyad bersuara.
"Taknak lah daddy. Ni scammer." Tan Sri Irsyad menggelengkan kepalanya.
"Mummy mana?"
"Pergi mana lagi? Tu tengah bergosip dengan Amina kat dapur"
"Hah mengumpat!" Puan Sri Frida menyampuk.
"Fact mummy fact." Inara bersuara. Puan Sri Frida memang suka bergossip dengan pembantu rumahnya, Amina. Entah apa yang digosipkan mereka.
Tambahan pula pembantu rumahnya itu seorang yang banyak mulut dan lawak pula tu! Memang naik lah mereka.
Puan Sri Frida memang suka menghabiskan masa di rumah bergosip dengan pembantu rumah daripada keluar bersosial dengan orang lain yang sama umur dengannya.
Bukan sombong! Tetapi, rata-rata orang yang berkawan dengannya hanya disebabkan harta dan pengaruh kuatnya. Senang cerita, dia lagi selesa bergaul dengan pembantu rumahnya.
"Mana Irham? Dari semalam tak nampak. Geramnya!" Puan Sri Frida bercekak pinggang, lengan bajunya disinsing ke atas sebelum langkah kakinya dibawa ke tingkat atas.
Inara dan Tan Sri Irsyad berpandangan sesama sendiri sebelum Inara terus berlari ke sebuah tempat lalu kapas diambil.
Kapas telinga diambil lalu dihulurkan juga kepada daddynya dan dimasukkan ke dalam telinga masing-masing
Satu
Dua
Tiga
Boom!!
"Irham!!!"
Dan rumah agam mereka dipenuhi dengan suara tarzan milik Puan Sri Frida yang sedang membebel di tingkat atas.
Amina yang baru sahaja tiba dari dapur berjalan terhuyung-hayang tanda tidak seimbang.
"Kenapa Kak Min?" Inara bergegas ke arah Amina yang jelas tidak dapat menyeimbangkan badan.
"Gempa bumi Inara gempa bumi." Amina membuat muka risau lalu tergelak terbahak-bahak.
Kan dah cakap pembantu rumahnya ini lawak. Sebabtu dia dengan Puan Sri Frida boleh masuk!
Tan Sri Irsyad ketawa juga dengan kelakuan Amina.
"Tan Sri, saya rasa telinga saya berdarah. Oh! Tidak!" Telinganya dipegang dan ditutup. Puan Sri! Aku nak tukar kerja aku dah taknak dengar ko membebel!
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...