"SARRA, apa nama pekerja baru kau tadi?" Inara bertanya sambil matanya galak melihat isi majalah yang dipegang.
"Chempaka." Sarra menjawab manakala tangannya tidak berhenti merapikan rambut Inara yang baru sahaja siap dirawat dan dibersihkan.
Sekarang Inara berada di Salon milik Sarra untuk membuat rawatan rambut.
"Dah siap? Aku tunggu kau kat sofa tu." Hari ini dia mahu keluar dengan Sarra untuk membeli belah lepas sahaja dia membuat rawatan rambut. Jangan tanya jika dia bekerja atau tidak. Pejabatnya itu pun jarang dimasuk kadang-kadang dia hanya masuk jika Irham yang menyuruhnya.
Hidup sebagai seorang Inara sangat indah.
"Cempedak, boleh tak tolong ambilkan magazine baru untuk I?"
Tanpa berkira, laju sahaja tangan Chempaka mencapai majalah baharu di rak lalu dihulurkan kepada Inara yang sedang bermain telefon.
"Nama saya Chempaka, cik." Teguran Chempaka membuatkan Inara tersedak air liur. Perit rasa tekak ni..
Cempedak dengan Chempaka tu jauh sangat tahu tak?
"I saja je nak test you hehe." Inara tersengih menutup rasa malu. Stupid Inara!
Sebenarnya mahu cover malu. Bodoh punya Inara. Chempaka dengan Cempedak jauh beza kot?
Bunyi loceng yang ditekan di kaunter menandakan ada pelanggan yang mahu membayar. Laju sahaja langkah Chempaka dibawa ke arah kaunter pembayaran.
Kelihatan seorang lelaki yang segak memakai baju persalinan korporat dan kaca mata sedang duduk merehatkan lengannya di atas kaunter.
"Ya, encik? Ada apa saya boleh bantu?" Chempaka bertanya dengan ramah.
"I nak jumpa, Mikaeyla. Is she here?" Soal lelaki yang sedang memakai cermin mata hitam tersebut.
"Maaf, Encik..Kami tak ada pekerja yang bernama Mikaeyla.." Chempaka bersuara dengan tenang.
"Habis tu kau nak cakap aku gila ke?"
"Err.. Mana ada, tapi ada juga kemungkinan saya tanya macamtu." Chempaka menggaru kepalanya yang dilapisi bawal hitam.
Tanpa menunggu, laju sahaja lelaki dihadapan Chempaka meletakkan kad bisnes di atas kaunter tersebut.
"Err.. Actually saya baru sahaja bekerja dekat sini jadi saya tak tahu banyak sangat."
"Sarra! Aku tunggu dalam kereta tau!" Suara seorang perempuan yang seperti hendak keluar dari butik itu membuatkan Chempaka dan lelaki dihadapannya berpaling..
"What? You?" Jari telunjuk Inara sudah dihala ke arah lelaki yang segak tersebut dengan muka tidak percaya.
Kaki Inara laju sahaja melangkah ke arah kaunter dimana terdapat Adrian dan Chempaka.
"Don't say that..." Inara menekup mulutnya tidak percaya.
Jangan cakap yang...
Tolonglah beritahu dia yang Adrian sekarang bukan tengah mengorat Cempedak. Hancurlah harapanku!!
"You buat apa dekat sini?" Inara bertanya
"You yang buat apa dekat sini?" Soalan berbalas soalan.
Inara menggulingkan matanya ke atas lalu mengeluh.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...