ANIS memandang wajah Hajah Khadijah yang hanya mengendahkannya itu dengan perasaan sebal.
"Nenek! Nenek dengar tak apa Anis cakap ni? Nenek cakap nak tolong Anis dapatkan abang Adrian."
Hajah Khadijah mendengus geram. Kepala otak dia tersangatlah serabut sekarang, ditambah pula dengan perangai Anis yang sering menekannya.
Sudahlah cucu sulungnya itu sudah 2 hari 2 malam layan dia seperti halimunan. Kalau boleh, wajah tua dia ni langsung tidak dipandang oleh Adrian.
"Anis boleh senyap tak? Nenek ni dah buntu tak tahu nak buat apa! Kamu sendiri tengok kan macam mana Adrian layan nenek? Dia layan nenek macam tak wujud!"
Serabut! Serabut!
"Siapa suruh nenek mulakan dulu? Kan Anis dah cakap kita kena perlahan-lahan je.."
"Diamlah, Anis.. Nenek serabut betul dengan perangai kamu ni. Kalau kamu nak sangat jadi isteri Adrian, pandai-pandailah kamu usaha sendiri! Nenek tak nak masuk campur dah!" Membulat mata Anis memandang Hajah Khadijah dihadapannya itu.
Nenek sudah putus asa dengannya kah?
"Apa nenek cakap ni? Nenek kena tolong Anis juga!"
"Anis.. Tolonglah faham nenek. Nenek tak nak Adrian layan nenek macam ni. Nenek tak nak dia semakin benci nenek." Pujuk Hajah Khadijah.
"Tapi nenek dah janji nak tolong Anis pikat abang Adrian.." Wajah Anis menunduk.
"Macam ni lah, Anis.. Kita lupakan sahaja apa yang kita rancang dulu. Kamu nampak kan Adrian tu hanya sayangkan Inara dan tak mungkin dia akan berpaling tadah." Tangan gadis muda dihadapannya itu dipegang dan diusap.
Jujur dia sangat menginginkan Anis sebagai peneman hidup Adrian, namun sudah tertulis jodoh cucunya itu bersama Inara Mikaeyla.
Dia yang bodoh kerana cuba mengubah takdir dan cuba untuk meruntuhkan masjid yang dibina.
Tersebik-sebik bibir Anis, "Nenek..."
Dia sudah kehilangan harapan untuk bersama dengan Adrian.
"Anis.. Nenek minta tolong sangat dengan Anis supaya lupakan Adrian. Kamu dengan Adrian tak akan mungkin boleh bersama, Anis.." Air mata gadis dihadapannya itu diseka.
Alolo.. Kesiannya budak bertuah ni.
"Tapi, nenek.. Anis— Anis sayangkan Adrian lebih daripada nyawa Anis.." Tersedu-sedan dia dibuatnya.
"Nenek tahu.. Tapi cinta tak semestinya memiliki kan?" Makin kuat kedengaran tangisan Anis.
"Dah.. Kamu naik mandi dan solat. Tenangkan diri.. Malam nanti turun kat dapur lepastu kita berbincang lagi."
Tidak menunggu lama, air mata diseka olehnya dengan laju dan dia mula melangkah naik ke tingkat atas..
Tapi... tak salah kan kalau dia berusaha lebih gigih?
Hajah Khadijah kembali mengelamun. Kesian pula dengan Anis..
Bunyi pintu dibuka dari luar menghilangkan lamunannya. Wajah Adrian menyapa retina matanya diikuti oleh Inara dari arah belakang.
Selepas empat hari Inara menginap di rumah orang tuanya, akhirnya dia pulang ke rumah sendiri.
Cucunya itu terus melangkah naik ke tingkat atas. Adrian seperti biasa hanya mengendahkannya sahaja. Hajah Kadijah mengeluh apabila Adrian langsung tidak melihat wajahnya.
Inara pula berjalan ke arah Hajah Khadijah lalu badannya dibongkokkan sedikit dan tangannya dihulur ke arah wanita tua tersebut.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...