WAJAH kacak yang sedang menghadap ipad di tangan itu diperhatikan. Tampak sangat fokus dan sesekali wajah itu berkerut kehairanan. Entah apa yang dia sedang buat pun tak tahu.
Inara mendekatkan wajahnya dengan ipad yang berada di tangan Adrian yang sedang berbaring di atas sofa. Bibir dicebik.
Terhenti jari-jemari Adrian yang sedang meneliti graf-graf kerjanya apabila tiba-tiba sahaja Inara menyelitkan kepala dan badannya di antaranya dan iPad tersebut.
Berkerut dahi Inara melihat graf-graf yang tertera di skrin iPad tersebut. Apa benda ni?
"Sayang, apa kata kalau I berhenti kerja?" Mata Adrian turun memandang Inara yang berada di dalam dakapannya.
"Kenapa pula?"
"Saja. Nak luangkan lebih masa dengan husband. Tak ada lah nanti kita berdua sibuk sangat.."Adrian berkerut memandang isterinya sebelum satu tawa kecil terlepas dari bibirnya,
"Cakap sahaja lah yang you malas kerja kan?" Hidung mancung milik Inara dicuit manja.
Inara mendengus geram, "Hei mana ada tau.. Orang fikir pasal dia je. You okay ke kalau I sibuk nanti?"
"I okay je lah sayang.. No worries. Sekarang ni, you betul ke nak berhenti kerja? I memang mampu je nak sara you tapi you pula tak nak merasa ke ada duit sendiri?" Inara mengangguk.
"Tapi, I tak suka kerja office tu.." Bibir dicebik. Dia langsung tidak suka dengan kerja-kerja pejabat tu. Kalau boleh, dia memang nak ponteng kerja setiap hari!
"Kerja dengan mummy?" Laju sahaja kepala Inara mengangguk. Dia suka kerja di butik. Layan pelanggan yang datang ingin menempah baju dan kadang-kadang dia yang menjadi model pakaian. Dia suka!
"Tapi daddy tak bagi.."
"Nanti I bincang dengan daddy." Riak wajah Inara yang dari tadi cemberut tadi terus bertukar teruja. Sayang husband kita!
"Now let's talk about our honeymoon destination.." iPad yang dari tadi berada di tangan diletakkan di atas meja. Kini tumpuannya penuh kepada isteri yang berada dalam dakapan. Pinggang Inara ditarik merapat.
"Bila nak pergi?" Bersinar mata Inara memandang Adrian dihadapannya.
"Hujung bulan ni?"
"Cool!"
"Where do you wanna go? Name it, baby." Bisik Adrian rapat ke pendengaran Inara.
"I nak pergi Paris!"
"Really? I ingat you dah pergi sana." Inara memusingkan badannya menghadap Adrian. Wajah lelaki dihadapannya itu dipegang lembut.
"I sanggup tahu tak pergi Paris semata-mata nak pergi dengan suami bila dah kahwin nanti. Disebabkan you dah jadi suami I, kita kena pergi Paris." Bersungguh Inara bercerita kepada suaminya. Adrian tergelak kecil.
"Tapi I nak pergi Bali." Inara terus bangkit dari baringannya tadi.
"Tadi tanya orang sangat lepastu bila dah jawab dia cakap nak pergi Bali pula.." Rungut Inara lalu dia terus melangkah ke arah katil. Cadar katil itu dikebas sekuat mungkin. Biar Adrian tahu yang dia sedang mogok!
"I gurau je lah." Adrian pula membaringkan diri di atas katil.
"Nampaknya.. Kita boleh produce baby made in Paris.." Mata Inara terbuntang lalu terus dia memukul lengan Adrian dengan tidak puas hati.
"Tak senonoh!"
"Apa? Betul lah.. Ke nak made in Bali? Or..." Sengaja ayatnya dileretkan. Sebelah kening diangkat ke arah isterinya lalu dia tersenyum penuh makna.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Любовные романы[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...