FIRDAUS mengerling Inara yang sedang mengelamun disebelah dengan ekor mata. Sesekali bahu Inara dicucuk dengan pen yang berada ditangannya.
"I'm sorry, Puan Inara.. But I don't think we can continue our discussion." Inara masih senyap mengelamun di siang hari.
"Woi!" Bentak Firdaus disebelah Inara membuatkan Inara terus sedar dari lamunannya.
"I'm sorry what were you saying?" Tanya Inara kepada klien di hadapannya.
"I rasa kita patut postpone our discussion. You seems to have a really big problem. I minta diri dulu.." Kata wanita cantik dihadapannya itu.
Inara bangun dan dia segera meminta maaf atas kecuaiannya tadi. Entah mengapa dia berasa agak lega disebabkan klien kali ini agak memahami.
Hilang sahaja kelibat kliennya tadi terus Firdaus menjeling Inara tajam. Mata Firdaus menikam mata miliknya bagaikan semua pedang. Tajam mat..
"Kenapa?" Kening diangkat kearah Firdaus yang seakan-akan tidak puas hati dengannya.
"Eh perempuan? Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa. Kau tahu tak betapa pentingnya klien tadi? Kalau tiba-tiba dia berubah fikiran tak nak baju daripada butik kita untuk perkahwinan dia macam mana?! Kau tahu tak mak kau tu dah lah kaki membebel! Nanti dia bebel dekat aku, berdarah telinga nyah!" Luah Firdaus panjang lebar. Geram pula dengan Inara yang asyik mengelamun itu.
"Aku— aku ada problem lah. Not a big problem but it keeps bothering me. Dah hampir dua minggu aku tahan."
"Haih kau kenapa? Cuba bagitahu aku.. Mana tahu aku boleh tolong?"
"Anis."
"Anis? Minah mana tu?" Berkerut dahi Firdaus.
"Minah kepit asal pluto! Dah lah menumpang rumah aku, lepastu dia punya beria nak rapat dengan Adrian tu boleh pula offer nak basuhkan baju Adrian.. Sakit hati aku tahu tak?!"
"W-what?! Sejak bila dia tumpang rumah kau ni?"
"Dah dua minggu lah. Dia datang dengan nenek Adrian. Dia cakap dia nak tumpang rumah sementara cari kerja, jadi kita orang tumpangkan lah."
"Kau ni pun nyah! Bagi muka sangat dekat orang lain. Orang kalau buat jahat dekat kita, kita balas lah lagi jahat." Nasihat Firdaus agak negatif. Inara menjeling lelaki feminin disebelahnya. Tak membantu langsung!
"Dah nak habis waktu kerja kan? Aku balik dulu lah." pamit Inara dan dia terus bangun dari kerusi butik tersebut.
Langkah dibawa ke arah kereta Audi yang terparkir dihadapan butik, kereta dihidupkan namun hampa tidak berjaya.
"Fiffy! Sini jap!" Dia masuk semula ke dalam butik tersebut ingin meminta pertolongan Firdaus.
"Haish natang ni.." Keluh Firdaus perlahan lalu dia terus melangkah ke arah Inara.
"Kenapa?" Malas pula dia bertanya.
"Ni tak boleh start lah!" Bentak Inara. Kaki yang memakai kasut tumit tinggi berwarna nudes itu laju sahaja naik menyepak tayar keretanya.
Geram! Dah lah tengah tertekan, lepastu kereta pula buat hal!
"Tepi aku tengok." Tubuh Inara ditolak menjauhi kereta tersebut membuatkan wanita itu mendengus geram.
Firdaus menjeling Inara disebelah. Apa yang garang sangat perempuan ni?!
"So, apa masalah kereta ni?"
"Entah.." Mata Inara memandang geram wajah Firdaus. Tadi tolak dia bukan main macam orang pro!
"Aku tak tahu. Biar aku tumpangkan kau balik, nanti aku hantar kereta kau workshop." Ujar Firdaus dibalas anggukkan daripada Inara.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...