ANIS memandang jejaka kacak yang berdiri dihadapannya itu dengan pandangan yang tidak percaya. Terkedip-kedip matanya memandang seraut wajah tampan milik Adrian.
"I suka you juga."
"Be-betul ke ni? Awak tak main-main?" Air mata yang mengalir di pipi itu dikesat kemudian dia mengukirkan senyum.
"I like you too." Ujar Adrian sekali lagi dengan senyuman.
Wajah Adrian ditilik ingin mencari kejujuran. Dia ralit memandang bibir Adrian yang melorek senyuman manis itu dengan hati yang berbunga-bunga dan berdebar.
"Itu yang kau nak dengar?" Wajah Adrian yang tersenyum tadi bertukar tegang dan satu senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.
Anis terkesima dan serta-merta wajahnya bertukar mendung.
"Apa maksud awak?"
"I like you too. Itu yang kau nak dengar dari mulut aku?" Keras nada itu menyebabkan Anis menggigil ketakutan.
"Saya- saya tak faham." Gagap seperti biasa.
"Aku dah ada isteri, Anis." Adrian duduk di atas kerusinya kembali.
"Dan tak mungkin aku akan duakan Inara macam itu sahaja." Wajah Adrian dipandang dengan mata yang sudah kabur dengan air mata.
"Sampai hati awak. Selepas awak dah bagi saya harapan tadi, terus awak hancurkan?"
"Aku langsung tak pernah bagi kau harapan. Tolong, Anis. Jangan kacau aku dan Inara lagi."
"Tapi—"
Ayat gadis itu dipintas, "Aku beri kau tinggal dengan aku, tak bermaksud kau boleh aniaya isteri aku."
Anis mengangkat wajah.
"Saya cuma sukakan awak sahaja. Tak bolehkah saya cuba memiliki awak? Salah ke kalau saya sukakan awak?" Tangisannya makin kedengaran. Tangan dibawa menekup muka.
"Aku tak halang kau suka aku. But please know your limit. Aku paling pantang kalau apa-apa terjadi pada Inara."
Dengar sahaja ayat Adrian itu Anis sudah tahu betapa berharganya Inara kepada lelaki itu.
"Maafkan saya. Saya patut sedar dari dulu lagi." Anis teresak-esak menuturkan kata.
"Tapi, tolong beri saya masa untuk tinggal dengan awak dan Inara. Selepas saya dah jumpa rumah sewa yang sesuai, saya sendiri yang akan keluar." Pinta Anis.
"Tolong, saya merayu.." Adrian mendengus perlahan.
Tapi Inara macam mana?
"Nanti aku bincang dengan Inara."
"Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih."
Sejurus itu dia terus keluar dari pejabat Adrian. Wajah Black yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya itu dijeling. Black memang melampau.
Lelaki itu licik.
Tapi Adrian silap mentafsirnya kerana dia tak akan putus asa macam tu sahaja. Lagipun, dia ada sokongan yang lebih kuat dan harapan yang tinggi.
Hajah Khadijah.
INARA memandang lelaki segak berpakaian korporat ditambah pula dengan kaca mata hitam yang sedang bersandar di kereta mewah itu dengan ekor mata. Di tangan lelaki itu ada sejambak bunga mawar.
Matanya menjeling lelaki itu dengan perasaan menyampah dan dia terus menyambung kerjanya yang ditangguhkan tadi.
"Inara, kau tak kesian ke dekat suami kau tu? Dah 30 minit dia berdiri kat luar berjemur tengah panas. Aku ajak dia masuk, dia tak nak." Ujar Syarifah.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...