TRMOF 16

28 3 6
                                    

"baiklah Pagi kelas,sudah terang lagi bersuluh, seperti yang anda telah alami setiap hari yang tak ada buku dipersilakan kutip sampah."

Haduh! Semua ni salah aku. Kenapa lah aku gi ambi buku dia? Sekarang aku terpaksa juga kena buat plan bodoh aku tu. Dah lah aku belum bersedia. Awkward lah macam ni.

Farhan pun berdiri."Eh Farhan? Biar betul kamu ni? "tanya cikgu hairan. Aku pun berdiri. Aku nampak Marshall memandang aku dengan hairan. "it's in there. "kata Marshall dengan selamba sambil menunjuk laci aku.

Segera aku menyiku dia bagi isyarat dan dia hanya mengangguk.

Daniel's Point of view.

Susah betul aku nak fahamkan keadaan sekarang. Aku rapat dengan Alisya tapi macam tak rapat. Marshall bukan kekasih dia ke? Asal Farhan pun macam ada tak kena dengan dia? Aku rasa diaorang sedang rahsiakan sesuatu yang sus.

Tengok tu, tak bawak buku pun sama-sama. Ke sengaja? Aku betul-betul tak faham lah dengan diaorang ni. Tapi yang aku sebok sangat ni kenapa? Aku kan ada orang yang aku suka sekarang duduk dekat aku, asal aku nak pandang si Alisya pula?

Eh! Bila masa pulak? Apa lah yang aku merepek ni?aku mana ada jeles! Aku cuma nak hambek tahu lah, dia kan macam adik aku. Adik lah sangat.

Dah 20 minit aku fikir tentang benda tu je,Sebab diaorang ni, AKU PULAK YANG TAK DAPAT FOKUS kat kelas dasar kawan tak membantu.

Nak tak nak, sebab gatal sangat hati aku, aku pun cakap kat cikgu nak pergi tandas tapi sebenarnya aku nak tengok diaorang berdua tu. AKU MESTI NAK JENGUK DIAORANG. manalah tahu nampak sesuatu mengejutkan.

Bila aku cari punya cari akhirnya aku nampak diaorang kat sebelah dewan. Hai gais korang buat apa tu? Aku pun acah-acah ninja la, bersembunyi kat mana-mana aje yang penting tak ketara. Tempat yang sesuai yang aku boleh dengar perbualan diaorang.

"han.Aku minta maaf sebab bagi kau rasa macam ni. Aku tak bermaksud pun. Aku tak larang kau ada perasaan tu tapi kalau aku tak terus terang masa ni, aku takut kau sakit hati nanti. Aku tak selfish tapi aku suka berkawan dengan kau. Aku tak nak hilang kawan aku yang baik macam kau. "

"aku betul-betul nak minta maaf , sebab aku tak ingat apa yang aku cakap dekat kau masa aku mabuk tu. Dan aku nak berterima kasih ngan kau sebab kau dah jaga aku masa tu. Kau dah nampak sikit gaya aku yang sebenar. Semua terpulang dengan kau, kalau kau nak menjauh dari aku pun tak apa. Terpulang dengan kau. "

"yang penting aku dapat cakap apa yang aku rasa buat masa ni. "

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Alisya sendiri. Aku dengar. Betul. Betul cakap aku, diaorang memang ada sesuatu yang diaorang sembunyikan dari kitaorang.

Tapi aku masih tak jelas masalah diaorang berdua ni. Ni sebab Marshall ke? Tapi Alisya ada cakap dia mabuk tadi. Aku tak caya lah. Dia tak minum alcohol la.

DANIEL. Tapi macam mana kalau dia betul-betul macam tu? Dia cakap Farhan jaga dia masa tu, Adakah masa tu... Masa aku nampak Alisya kat rumah Farhan? Lepas tu diaorang tak datang sekolah?

Ini cuma andaian aku, tapi kalau betul, macam mana? Tapi semua ni tak ada kena mengena dengan aku. ADE LAH. Aku kawan diaorang. Entah kenapa panas je hati aku fikir benda ni. Tak senang.

Dah lah. Penat aku. Aku tak nak dengar dah. Aku pun memekakkan telinga dan meninggalkan mereka berdua. Mungkin aku tak patut dengar. Kalau aku patut dengar, Alisya mesti dah ceritakan semua kat aku. Ke dia tak percaya kan aku dah?

Dah selama ni 'tak ada yang bercinta antara kita berempat ' tu hanya sekadar kata-kata dan gurauan? Aku tak faham lah diaorang ni. Aku yang berubah ke diaorang.

Aku tertawa senget. "macam bodoh je. "monolog luaran aku.

Farhan's Point of view

Sebaik sahaja aku dan Alisya keluar dari kelas dia tak banyak bercakap seperti sebelum-sebelum ni. Tadi dia nampak macam tak tahu apa-apa tapi sekarang aku rasa dia tahu.

Dan denda ni pun mungkin plan dia yang dia dah rancang tadi.

Sepanjang perjalanan tak ada siapa pun yang bersuara sehinggalah kami berdekatan di dewan. Akhirnya dia bersuara. "Far-"sebelum dia sebut habis nama aku, dah aku pusing memandangnya. Dia tak pun berani tengok mata aku.

Aku bersandar di dinding.

"Tak selesa ke? "tanya aku.
"Tak, bukan macam tu ,Aku nak cakap sesuatu tapi aku tau kau memang tak nak layan aku. Aku dah tau kenapa. "balasnya.

"mana ada, sekarang aku layan kau."Jawab aku dengan selamba. Aku mesti kena layan dia macam ni. Buat biasa. Sebab aku dah tahu jawapan dia. Dia memang tak dapat terima aku.

Dia pun akhirnya memandang wajahku. Mukanya jelas terkejut bila aku tertawa senget. "meh cakap, aku dengar. "Kata aku. Mesti dia tak percaya sebab aku layan dia macam biasa dah.

Selalunya aku emosi ahhahaha.

"han.Aku minta maaf sebab bagi kau rasa macam ni. Aku tak bermaksud pun. Aku tak larang kau ada perasaan tu tapi kalau aku tak terus terang masa ni, aku takut kau sakit hati nanti. Aku tak selfish tapi aku suka berkawan dengan kau. Aku tak nak hilang kawan aku yang baik macam kau. "

"aku betul-betul nak minta maaf , sebab aku tak ingat apa yang aku cakap dekat kau masa aku mabuk tu. Dan aku nak berterima kasih ngan kau sebab kau dah jaga aku masa tu. Kau dah nampak sikit gaya aku yang sebenar. Semua terpulang dengan kau, kalau kau nak menjauh dari aku pun tak apa. Terpulang dengan kau. "

"yang penting aku dapat cakap apa yang aku rasa buat masa ni. "

Aku tersenyum kecil. "Salah ke kita nak kawan dengan orang macam tu? Salah sangat hahaha. Tapi bagi aku, aku suka sebab kau cuba nak berubah kan? "

"kau tak payah sedih sangat lah, aku yang patut sedih sebab kawan baik aku sendiri pun aku tak kenal. Lupakan benda ni semua,Alisya.Biasalah sape je yang tak pernah jatuh cinta? Walaupun dengan orang dekat kan. "

"aku ok je. Kau tak payah lah fikir jauh,aku tak akan tinggalkan kau sebab nafsu."
"Dah jom, kita rilex macam dah tak ada sampah ni. "ajak aku.

To be continue...

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now