TRMOF 42

10 1 0
                                    

Aku dan Brett segera menjejak keluar daripada perut kereta apabila dah tiba di homestay .

Kitaorang ke kaunter nak kembalikan kunci kereta ayah secara senyap-senyap tapi kelihatan ayah sedang memeluk tubuh merenung tajam kitaorang berdua seperti dah lama menunggu kepulangan anak-anaknya .

"What did I tell you Brett?" Tanya ayah dengan tegas . Brett menggaru kepalanya yang tidak gatal itu ." Chill Dad . Im not drunk." Balas Brett sambil tertawa .

" denda tetap denda , tambah sebulan." Ujar ayah menetapkan peraturan baru buat Brett.

" holy shit. Rave you see?" Tanya dia tak puas hati .Aku tertawa kejam ." Not my plan." Jawab aku dengan selamba .

" jeez fine." Brett mengalah .

" hey dad , Can I borrow this?"tanya aku sambil memegang buku The Meaningful Life ." I told her to read it."  Kata Brett dengan bangga.

" you can do whatever you want with it ,Alisya."balas Ayah . "Okay enough . Your friends are waiting for you ,Alisya." Kata ayah sebelum meninggalkan kitaorang .

Senyuman aku memudar ." Friends?" Aku mengerling ke arah Brett.

" sup Brett." Tegur seseorang . Aku dan Brett segera berpaling ke arah suara tersebut yang datang dari belakang .

Daniel's Point Of View.

Syafiq datang lepak rumah aku . Farhan pulak, takpayahlah cakap budak satu tu . Aku menghempas telefon aku selepas kalah game ngan Syafiq .

Syafiq hanya merenung aku dengan lama seperti tahu aku sedang serabut nak gila. " aku tak boleh a tengok korang semua macam ni ." Katanya memecahkan kesunyian sambil menggeleng-gelengkan kepala.

" pehal lah jadi ngan korang ni . " Tambahnya lagi .

" Masalahnya sekarang kau tak nampak ke Syafiq? Alisya ." Jawab aku . Nak sangat kan ?kunyah, Telan.

" kita dah nampak dah dia sebenarnya macam mana, aku tak faham kenapa dia berubah macam tu sekali . Aku nak tolong dia baik-baik , apehal dia buat aku cam tu ? Sejak ada mamat Marshall tu lah dia macam tu . "

" kau tak rasa kecewa ke dengar kawan kau tetiba jadi macam ni macam tu tetiba ada tattoo tetiba masuk guru disiplin hari-hari ,pastu tetiba kena gantung sekolah?"

" pebende semua tu fiq? Kau tahu kenapa? Tak kan."

" aku cuma tak faham apa-apa yang jadi sekarang ni." Kata aku panjang lebar.

" aku tak rasa perkataan kecewa tu  sesuai dalam soalan kau tu . Kenapa nak kecewa? Kita kawan baik dia kot." Kata Syafiq.
menikam anak mata aku .

Kitaorang terbisu buat seketika." sebab itu yang aku rasa kat dia sekarang." Jawab aku jujur berkata.

"Entah lah Daniel, perkataan tu macam tak kena je ngan aku . Lagipun Dia percaya kita bertahun-tahun dari kecik, dia meluah kat kita segala masalah dia dengan Hera tu . Jangan cakap kau dah lupa semua tu?" Tanya Syafiq sekali lagi .

" ke kau ingat semua tu , tapi kau anggap dia salah selama ni?" Tanya Syafiq lagi.

Aku memandang bawah dan hanya membisu .

"Oi! Pehal kau diam je hanat? Oh, sekarang kau rasa setiap luahan hati dia yang bertahun-tahun tu cuma sekadar main-main ? Emotional? Sumpah ke kau rasa dia nak tipu kita?"tanya Syafiq dengan serious.

" aku yang kecewa ngan kau sekarang ni , entah apa yang kau fikir ni Daniel. Kau tak faham maksud setia kot." Sindirnya.

Syafiq tertawa senget ."kau dah gila agaknya ni." Kata Syafiq dengan selamba." Aku tak tahu , aku tak tahu macam mana nak paksa kau fikir macam aku , kau kena cari jawapan sendiri . "Tambahnya lagi .

" Bagi aku , dia ada sebab kenapa dia berubah atau dia tetiba ada banyak masalah dan menjauh dari kita . Yang tu kau tertanya-tanya kan ? Aku rasa aku tahu kenapa. Aku tahu kenapa dia menjauh daripada kau . Aku tahu kenapa dia lebihkan masa dia dengan Marshall." Tambah Syafiq .

" kau tahu?" Tanya aku .

"Tak. aku sedar." Jawab dia .

Dia mencapai sebuah kotak yang peminat bagi kat aku . Dia meletakkan kotak tersebut tepat di depan aku . "Pehal ?" Tanya aku .

" mana kotak yang lain?" Tanya Syafiq . Aku menjelingnya ." Fiq , yang ni fans yang bagi lah . Tak payah lah kau suspect sangat." Ujar aku .

" kau ada baca tak?" Tanya dia . " tak, aku takde masa." Jawab aku dengan selamba.

" ha tu lah bodoh. Kau baca lah dari kotak yang pertama sampai yang ni . Daniel, hadiah tu, surat tu semua daripada Alisya ." Kata Syafiq yang membuat aku terkejut dan tak percaya.

Cite dia cam tu a tak nak percaya tapi kejut.

" Lah buat apa dia nak bagi aku?" Tanya aku . Syafiq menjeling aku ." Ha yang tu lah yang kau kena fikir guna otak kau yang kat lutut tu. Tapi , sebenarnya Alisya tak nak pun kau tau yang hadiah ni dari dia. Tapi kali ni aku terpaksa , sebab aku pun tak tahu nak fahamkan kau macam mana." katanya seperti melepaskan geram kat aku .

Aku berfikir lama . " eish ! Aku tak tahu lah cemana nak bagitahu kau ni . Baca je lah." Katanya ingin pergi.

" jap, habistu selama ni kau tau sebab apa? Dia bagitahu kau?" Tanya aku masih tak faham ." Tak. AKU SEDAR ." Balasnya dan terus meninggalkan aku.

" Syafiq balik dulu aunty, assalamualaikum." Aku dengar suara Syafiq semakin menjauh .

Aku masih terdiam . Lain rasa ni .Aku segera mencapai kotak-kotak yang lain dan mula membaca dari kotak yang pertama .

Suka gila tengok kau main guitar . Nak belajar tapi tak ada bakat dalam music haha. Thank you Daniel, sebab kau, hati aku akhirnya dah move on dengan mamat bodoh kat sekolah lama aku . Tengok kau dapat buat aku lupakan ex bodoh aku tu . Sampai hati dia curang dengan aku lepas aku kena
sexually harassed dengan kawan baik sendiri . Tapi takpe , ada kau dah cukup .

Fans tercomel,
Ravey.

Farhan nampak comel malam ni tapi tak secomel kau Daniel haha. Baru je jumpa , dah rindu kat kau . Kau buat aku bahagia Daniel, dan buat aku jatuh cinta setiap kali tengok kau . Pehal lah aku jadi fans macam ni, bodoh betul lah sape lah aku ,sampai aku jadi k-pop pun kau tak akan sedar aku suka kat kau . Tapi tu lah, sampai ke bila-bilanya tak akan jadi k-pop.Yelah , sape je aku artis nak pandang en? Haha.

Fans tercantik,
Ravey.

Aku tak tau nak tulis apa . Oh! Aku ada satu pertanyaan . Kau suka tattoo tak? Hm aku rasa kau tak suka . Aku pun tak suka jugak tapi tu lah benda ni dah lama dan masa tu aku buat keputusan tak matang . Aku cuma nak cover lebam kat badan aku ni ,tu je . Bukannya untuk suka-suka . Tapi bukan aku sorang je ada tattoo ni . Ex aku pun ada corak yang sama jugak . Dia tak sengaja ternampak tattoo aku , then dia nak yang sama jugak dan bodohnya aku ni, aku pengecut aku tipu dia yang aku dapat lebam ni sebab ayah aku dulu tapi sebenarnya aku dapat lebam ni daripada orang jahat yang jahanam tu nak colek aku . Memang banyak benda malang terjadi kat aku . Dah biasa. Tapi tetap sakit .

Fans terkuat,
Ravey.

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now