TRMOF 19

24 2 37
                                    

Daniel's Point of view.

Kata-kata Alisya masih berulang-ulang di kepala aku. Maksud aku, sape lah aku ni kan, buat semak je nak sebok hal orang lain.

Ye, Dah banyak kali jugak aku cakap macam ni aku tetap nak fikir jugak. Aku sangat tertanya-tanya . Apa hubungan dia dengan budak baru tu ,apa hubungan dia dengan Farhan sekarang.

Syafiq tahu ke semua ni? Kalau dia tahu memang tak lain tak bukan aku sorang je lah dengan dunia sendiri. Ke diaorang sengaja ? Mungkin diaorang ada sebab kenapa tak boleh bagitahu aku.

TAPI apa ke benda ?

Tak boleh ke kitaorang kawan macam bulan yang lalu,atau beberapa minggu yang lalu. Biasa je. Tetiba pula semua macam ada masalah tapi tak bagitahu.

Aku rasa perlahan-lahan menjauh dari diaorang. Ke aku je yang melebih ni hah bodoh.

"Daniel? kau ok ke? "tanya Nat yang membawa aku ke alam nyata. Jauhnye aku berangan. "o-oh ok."Aku mula memandu.

"Kau ada masalah ke? Kenapa kau senyap je?"tanya Nat caring camtu. Aku tak tahu lah benda yang aku fikirkan ni selama ni masalah aku ke tak.

Tapi benda tu sangat menganggu fikiran aku, so aku anggap tu masalah aku lah kot. Ya Nat, Aku ada masalah.

"tak ada lah. "

Tapi Nat, Aku tak tahu kenapa aku tak dapat kongsikan masalah aku kat kau. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Tak sesuai untuk kau. Walaupun aku suka kau, aku tak dapat buat diri aku selesa macam aku selesa dengan kawan aku.

Alisya.

Aku nak ceritakan masalah aku kat sape sekarang? Bila aku fikirkan, masalah aku sekarang adalah Alisya.

Aku tak boleh kongsi ngan Farhan sebab farhan ada dalam masalah tu, Syafiq pulak, aku masih tak boleh percaya kat dia, aku belum test dia lagi. Mana lah tahu dia tahu semua tu tapi tak nak bagitahu AKU SEBAB Alisya dan Farhan suruh dia tutup mulut.

Tak pasal-pasal malu lah aku ee.

AKU TELAH DITINGGALKAN.

Apakah ini overthinking?

"oh tapi kalau kau ada masalah, aku ada je bila-bila masa."Katanya. Aku tersenyum. "thanks. Tapi apa yang seronok sangat dengar masalah orang? tak rasa annoying ke? "Gurau aku.

"Tak. Kalau orang tu berminat nak dengar, mungkin maksudnya dia berminat nak kenal orang tu lebih dalam. Or orang tu dah memang special bagi dia. Or dia nak bantu orang tu. Or dia tak boleh biarkan orang tu ada masalah."Terang Nat.

"macam apa? "tanya aku. hm interesting macam aku dah jumpa situasi aku kat situ. "macam dia tak boleh biarkan orang tu ada masalah sebab masalah tu boleh jadi masalah dia. "Jelasnya lebih dalam.

Damn true. Nat memang pandai eh. "maksudnya? "tanya aku lagi.

"Aku rasa dia nak jaga orang tu? sayang? entahlah. "

What the hell. No way. Gila apa nak sayang si Alisya. Ish betul ke tak si Nat cakap ni? Ke dia banyak sangat tengok drama korea ni?

"kalau dia cintakan orang lain?"gagap pulak aku nak tanya soalan-soalan macam ni. Jatuh reputasi aku tau. Nat tertawa.

"cinta apa? aku kata sayang. sayang tu banyak jenis Daniel."Terang Nat. Entah kenapa otak aku jalan lurus je. Ini budak darjah satu pun dah tahu.

Aku menghembus nafas lega.Hampir aku hilang kepercayaan dalam hidup aku. Gila sangat tu kalau aku fikir aku cinta si Alisya. Kalau dia dapat baca fikiran aku ni, mesti jijik sangat dia kat aku.

Mungkin dia tak nak jumpa aku sebulan.

Hm jap, percintaan tak mungkin akan terjadi diantara kami berempat. Habis tu Farhan? Sus sangat tu.

Lantak korang la. Aku anggap dia sebagai adik je. Kitaorang dah kenal lama. Lagipun aku tak kenal lah mamat Marshall ni. Geram je aku tengok.

Kalau betul lah diaorang tu ada hubungan yang dalam. Aku harap mamat tu jaga dia, jangan pulak dia yang jadi perosak. Aku sebat dia sumpah.

"ada plan tak malam nanti?"Tanya Nat. Aku menggeleng. Dia pun mengajak aku suatu tempat. Aku ingat biasa-biasa je.

Marshall's Point of view.

"What if I fall for you over again?"kata Raven sambil merenung mata aku.
I don't know how to react. I love her, I always do but do you think I deserve all of this love?

She've been patient with me, after all i've done to her , I don't think she should trust me for the second time.

"You trust me? "tanya aku.
"no"jawabnya tersenyum.

Dia meletakkan kepalanya di bahu aku. Seperti zaman dulu-dulu kitaorang masih bersama. Tapi bezanya kalini kitaorang hanya kawan.

"don't ask me why. I just want this."Katanya dengan tiba-tiba.
"Yea, I wouldn't ask."balas aku meyakinkannya.

"but tell me about him."tambah aku. Aku masih nak tahu apa yang terjadi masa aku tak ada."what? "

"brett. "
"oh. He's a complete wanker."jawab Raven.

"apa jadi dengan dia sebenarnya? "tanya Aku. Raven tersenyum sebelum memulakan cerita.

"kau tau kan, aku percaya korang semua. Dia pun aku percaya. Jadi malam tu...

Bermula lah imbas kembali zaman-zaman pahit.

Hari tu, selepas 3 minggu Heather tinggalkan kitaorang dan pergi dengan musuh kitaorang. Musuh lah sangat. Yelah, asyik-asyik tertanding kan. Vitalii and the gang.

Pada malam tu, Aku, Chase, Nigel dan Brett pergi memancing . Masa memancing tu semua ok je borak-borak biasa. Ada suatu masa tu, Brett dapat panggilan.

"Guys,ada orang nak jumpa aku jap, nanti aku datang balik. "katanya dan mula meninggalkan kami bertiga di kolam itu.

Kereta ada satu je, kereta bapak dia. Nanti kalau dia tak balik siapa nak hantar kitaorang balik rumah kan?

Kira driver kitaorang lah haha. Pastu sejam kemudian Brett pun tibalah akhirnya. Kitaorang ni dah penat nak balik. Dah jam 10:30 malam dah.

Aku pun masuk ke dalam kereta duduk kat passenger seat depan.Manakala Chase dan Nigel kat belakang. Bila aku masuk je kat dalam kereta tu, aku dah boleh terhidu bau alcohol.

Jadi kitaorang tau lah, Brett dipanggil tu diaorang buat apa sebenarnya. Itu aku tak kesah, sebab bagi diaorang dah biasa dah.

"Brett kau berhenti kat kedai mamak tu, nak take away makanan jap. "kata Chase.
"Aku ikut sekali a. "balas Nigel.

To be continue...

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now