TRMOF 53

11 1 0
                                    

Dia membuka helmetnya . .

Terbeliak luas mata aku memandang wajahnya . Lah ! Mamat ni yang selamatkan aku hari tu . Weh .

Dia tak kenal aku ke ? Asal selamba je dia ni ? Ke aku sumpah Naim Daniel nampak gila cam jantan ? Kau biar betiq?

Siket nak gelabah . Aku cuba mengawal diri aku . Aku rasa dia tak tahu dia pernah selamatkan aku .

"  boleh tolong jagakan jap?" Tanya dia dengan halus . Pehal pulak ko nak park kat sini ? Park jelah kat depan kedai tu . Lagipun pergh , tengok motor dia ni bukan calang-calang . Kalau aku orang jahat , dah lama aku bawak balik rumah .

Dia ni suka hati je letak kepercayaan dia kat orang dia baru kenal . Takpelah , disebabkan kau pernah tolong aku, aku tolong kau balik ." Haa boleh." Balas aku .

Jejaka itu terus meninggalkan aku masuk ke dalam kedai . Yang peliknya , pehal dia berjalan macam baru kena sunat ?

Disebabkan dia pakai seluar pendek , aku ternampak lebam yang agak besar warna biru di kakinya . Oh, sebab tu dia berjalan macam tu . Mungkin dia dalam kesakitan .

Alahai , rasa kesian pulak kalau aku tinggalkan dia macam ni . Eh ! Alisya kau baik siket. Kau tu perempuan . Dah lah, pandai-pandai lah dia . Dia kan lelaki .

Akhirnya dia kembali . " kaseh." Ucapnya secara swag . " sama ."balas aku . Dia mula menghisab rokoknya . " nak?" Tanya dia sambil mengarahkan rokok itu ke arah aku . " o-h t-tak." Aku cuba nak belakon macam jantan .

Tapi agaknya dah fail .

Aku nak gerak , sumpah nak tinggalkan dia  tapi hati aku gatal nak tegur pasal lebam tu ." Lebam tu asal? " tanya aku dengan cool tak nak tunjukkan risau tu .

Bila aku pandang kakinya sekali lagi , PERGH BERDARAH BOS. Pada saat ni lah , gelabah aku terlepas siket . Mata aku terbeliak besar . " Ya Allah! "Termengucap aku .

" pehal?" Tanya dia dengan selamba . Aku menunjuk ke arah kakinya yang berdarah itu . Teruk doh . Macam koyak je . "Oh kecik je ni ."balasnya .

Lah mamat ni , kecik - kecik esok infection kang besar jugak jadinya .

" ye ye pun bang , cuci lah darah tu . "Sindir aku senanya aku dah risau . " tak ada plaster tadi ." Jawabnya .

" guna plaster apanya ? Luka macam ni mana boleh guna plaster je ." Bantah aku . Kita perlukan pembalut kain , ubat , air , kapas dan cotton bud .

" habis tu ? " tanya dia . " aku tahu pharmacy berdekatan ." Nak tak nak aku nak juga tolong dia .

Dia cuba untuk berjalan . " ouch!"

Eh. " kau boleh bawak motor tak ? " tanya dia . Lah tak kan dia nak suruh aku pandu ? Setakat motor jebon boleh lah kalau motor macam ni agak menakutkan .

Tapi kaki dia mesti sakit kan . Alisya , dia dah bantu kau hari tu . Dengan dia dia sekali kena pukul pencuri tu . " b-boleh kot ." Balas aku tak yakin .

" naik a." Jemput dia .

Aku pun duduk kat depan manakala dia kat belakang . Aku mula memandu dengan berhemat. Setakat ini , aku memang nampak power lah bawak motor dia ni . " berbakat jugak kau eh ." Puji jejaka itu sambil tertawa kecil .

" biasa je." Balas aku . Cool tak aku?

Tetiba jejaka itu bersuara ." kau pernah teringin nak gi Brazil tak?" Tanya dia random siak . Hmm kalau aku lelaki , apa akan aku jawab? " kau?" Soal aku . Lah bukan itu aku nak balas .

" pernah lah . " jawabnya . " oh , asal do?" Soal aku lagi . " nak tidur dengan Neymar." Jawabnya dengan selamba .

Aku ingatkan dia gurau-gurau tadi . Keadaan sangat sunyi  Nak seminit lebih jugak aku tunggu dia gelak  disebabkan jawapan dia tadi tu . Kalau macam tu bahaya doh. Dah lah aku nampak macam lelaki . Kalau dia gay amacam .

Aku mula panik . " weh- do- ko tau tak kawan aku en , dia pun macam kau jugak tau . Dia- tu yang dia maca-" tersekat-sekat aku berkata . Baru je nak kenakan Marshall.

" tak gay  ." Ujarnya dengan selamba . Aku menghembus nafas lega . Fokus kepada jalan raya .

" nama aku Lucien Luke." Ujar Lucien . " Luke sedap jugak ek , boleh panggil Luke ?" Tanya aku mencuba jadi friendly .

" hak alah , memang tak boleh lah . Kau panggil bukan aku yang datang bapak aku pulak tetiba kemari ." Balasnya . "Oh cakap lah Lucien je ."kata aku .

"Nama kau?" Tanya dia .
Aku berfikir lama . Nak jawab apa ni ? " Aku ... aku tak ada kawan . Aku tak pernah kena panggil sape-sape . Jadi aku tak ada nama." Jawapan bodoh akhirnya keluar dari mulut aku .

Dia tertawa terbahak-bahak ." Lawak lah engko ni." Ujarnya . Tak lama kemudian, pinggang aku terasa panas . Rupa-rupanya dia meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang aku .

" h-hoi lepas lah ." Pinta aku ragu-ragu .
" tak nak." Balasnya dengan selamba tanpa rasa bersalah . Entah-entah dia ni sebenarnya gay .

Aku perlahan-lahan melihat dirinya yang sedang duduk di belakang  dari side mirror . Lucien tersenyum kecil . Comel jugak dia eh tapi eieieieidhnsajanq. Aku tak oleh .

Aku mula tertawa paksa nak cover keadaan ." Senanye hahah.. aku ni perfh.. perempuan doh ahahhahahahahahahha . " kata aku panik nak mampus tak tau nak buat apa dah . Aku rasa aku pulak yang buat keadaan ni semakin awkward. Bodoh lah aku ni.

" aku tahu . " jawabnya dengan suara relax . Dahi aku berkedut. Dia mula melepaskan tangannya . " w-what?" Tanya aku tak percaya .  Disebabkan kejutan budaya kepala aku secara automatic ingin berpaling ke arahnya .

Pantas dia memegang kepala aku dengan kedua-dua tangannya dan mengarah ke hadapan .

" jalan raya ." Lucien ingatkan dengan suara relaks. " oh! S-orry." Ucap aku mengumpul concentration aku .

Tapi hal tadi tetap mengganggu di fikiran aku . Aku mengeluh tanpa kusedari ." Betul ke kau tahu selama ni?" Tanya aku . Bukan nak blame dia lah , memang aku ni perempuan ,memang lah nampak macam perempuan tapi asal dia layan aku macam aku ni lelaki ? Mamat cengal betul .

" tak boleh?" Tanya dia . Aku mengetap gigi aku . " tak lah . Habis tu layan aku macam lelaki asal lak?" Tanya aku dengan suara starting nak membara .

Dia tertawa . " saja ." Balasnya . Lah mati-mati aku ingat orang akan nampak aku macam lelaki .

Akhirnya kitaorang dah tiba di pharmacy . Selepas membeli barang-barang yang diperlukan . Aku segera membantunya . Kecewa siak aku .

"Kau nak orang nampak kau macam lelaki eh?" Celah Lucien sambil menahan tawa . Kau jangan nak ejek aku masa-masa cam ni , bila-bila je aku boleh tambah terukkan kaki kau ni . Aku mula meletakkan ubat pada lukanya selepas membersikan darah kotor itu .

Aku menjelingnya . " bukan cam tu . Mamat kaunter tadi tu ha panggil aku 'bang '. Mati-mati aku ingat dia nampak aku macam lelaki sebab rambut aku ." Terang aku .

"Oh . "

" aku nampak cam lelaki eh?" Tanya aku . Dia tertawa dan mengangguk . " bila dengar suara tu tak lah ." Balasnya .

" kita pernah jumpa sebelum ni ." Kata aku terus terang sambil membalutkan kakinya . Dia hanya tersenyum dan membisu  .


























" Aku tahu ." Balasnya dengan halus .

" aku tak dapat kejar mamat tu ." Tambahnya lagi yang membuat aku terkejut .

Weh , dia tahu selama ni? " kau tahu?" Tanya aku tak percaya . Dia mula tertawa lagi .




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now