TRMOF10

48 3 15
                                    

Alisya's Point of view.

Aku sakit demam panas dan selesema . Tulah tu tak dapat pergi sekolah tu. Semua text Daniel aku abaikan. Masih sakit hati aku. Jadi aku selalu text Farhan je lah tapi selepas aku dari rumah dia, dia tak pernah jawab call aku, text aku. Aku ada buat salah ke dengan dia?

Ke masa aku tak sedarkan diri, aku ada cakap benda yang bukan-bukan kat dia sampai dia tak nak cakap langsung dengan aku? Asal hari tu dia ok je?

Mak aku pun masuk ke dalam bilik sambil membawa ubat. "ubat cecair?"tanya aku. Mak aku tak beli ubat ni kat aku selalu bila aku sakit. "Ni dari Farhan."Kata Mak.

Oh! Jadi dia tau aku sakit, dia tak cakap apa-apa? Pantas aku berdiri walaupun sedang lemah. "Farhan ada? "tanya aku. Mak mengangguk.Aku pun bergegas ke luar rumah untuk mencari keretanya.

Daniel's Point of view.

Dah tiga hari Alisya tak datang sekolah. Text aku pun dia tak jawab. Aku pun pergi rumah dia nak jenguk dia lah tapi tak sangka aku datang kat sini hanya dapat tengok drama.

Tak sempat kaki aku keluar dari kereta aku. Aku hanya membuka tingkap sedikit supaya dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas.

Alisya mencapai tangan Farhan yang sedang menuju ke dalam keretanya.

Buat apa Farhan datang rumah Alisya lagi? Diaorang ni macam ada masalah je aku tengok. Alisya memakai jaket tebal. Aku syak dia ni sakit sebab tu lah tak datang sekolah."Han... "Panggil Alisya dengan halus.

Dah pehal si Farhan ni nampak garang sangat. "Asal kau tak reply text aku, Call aku? "tanya Alisya. Oh! Yang tu kau sebok call. Aku pun text kau call kau sendiri pon tak pernah jawab.
"Masuk lah. Nanti sakit. "Farhan mengelak daripada soalan itu.

Kenapa tak sama sebelum ni? Betul ke diaorang bercinta? Tak mustahil betul kata Syafiq. "Dah. Dah sakit dah pun. "balas alisya dengan selamba.
"kenapa kau abaikan aku? Aku ada buat salah ke? Aku dah tersalah cakap ke? "tambahnya.

Farhan hanya mengabaikan Alisya manakala Alisya mengenggam tangan Farhan. "HAESH! dah kenapa diaorang dua ni?! Tak kan nak secret -secret dengan aku dan Syafiq? Tak boleh jadi ni! "nak bernafas pun aku rasa tak cukup oksigen.

"Han, apa kau ni? Asal kau tak nak cakap ngan aku? Apa aku nak buat? "tanya Alisya hampir dimanjakan suara Alisya itu kepada Farhan. Entah kenapa tapi panas pulak hati aku dengar.

"rehat lah Alisya. Jangan call aku dah. Jangan tengok telefon je. "Kata Farhan.
"macam mana aku tak tengok telefon? Aku tak ada kawan. Kau pun tak nak balas aku. "lawan Alisya.

Farhan memberikan Alisya novel english sebelum meninggalkannya. Alisya hanya murung sambil melihat kepergian Farhan.

"Eish! Aku ada buat apa-apa ke? "Alisya mengurut-urut kepalanya. "yang kau stress sangat tu kenapa? "monolog aku dengan muka bengis. Mak Alisya kemudian datang kepadanya.

"korang berdua kenapa ni? Farhan macam boyfriend kamu je. Habis tu Marshall apa? "Mak Alisya membebel tapi serious kejut gila aku bila dengar. Marshall tu nama yang Alisya pernah sebut masa dia tidur.

Aku ingatkan Marshall tu setakat nama je tapi dari pendengaran aku, Marshall tu macam Boyfriend Alisya.

TAPI MUSTAHIL.

Sejak bila dia ada boyfriend? Dia dengan kitaorang je selama setahun setengah ni. Tak pernah pun dia jumpa lelaki lain, tak ada perbualan manis dengan lelaki lain. Dan kalau ada pun tipu lah, Dia selalu bagitahu kitaorang tapi...

Aku rasa tak kot. Sebab tengok gaya Alisya dan Farhan buat aku fikir lain-lain je. Kalau diaorang ada apa-apa hubungan sepatutnya, dah terucap kat telinga aku tapi tak. Langsung tak ada khabar.

Aku rasa persahabatan kami semakin berubah tak ketara tapi aku je yang perhatikan dengan teliti. "Marshall? "Sebut aku. Mamat tu, aku nak jumpa. Sihir mana dia guna sampai si Alisya tu boleh terpikat kat dia.

"Mak, jom cakap kat dalam. "Ajak Alisya lalu mereka pun masuk ke dalam rumah. Aku pun mission aboard je lah.

Third person Point of view.

Alisya dan mak dia pun masuk ke dalam rumah. Alisya bagitahu lah mak dia, dia dan Farhan tu cuma kawan.

"sumpah?! "suara tegas mak Alisya membuat alisya terkejut dan ragu-ragu nak bagitahu apa yang dah lama dia nak bagitahu. "sumpah. "balas Alisya.

Mak dia menghembus nafas lega. "nasib baik .Lega hati mak. "katanya. Alisya ingin bersuara tentang Marshall tapi dia tak dapat apabila melihat maknya yang tersenyum gembira itu.

"alisya... "Alisya tak dapat teruskan.
"apa? "tanya mak dia dah tak sabar.
Alisya segera menggelengkan kepalanya.

"sebab kamu dah penat-penat belajar, mak nak bagi kamu hadiah. "

Alisya tersenyum gembira sambil menaikkan dagunya. "Nanti. Sekarang tak ada, nak order lagi tapi ni tak bayar ,free."balas maknya.

"apa benda ni order tak bayar? Mak jangan main-main tau. Nanti fake hope pula kita. "
"tak, kamu pasti gembira. "dengan yakinnya mak Alisya mengatakan.

Tak sabar Alisya. Setiap hari dia tunggu sehinggalah ada satu kejadian yang melupakan semua disekelilingnya. Iaitu hari dia dah sembuh hari pertama dia datang ke sekolah.

Dia masuk ke kelas ramai yang memandang seorang pun tak tegur dia . Farhan tak nampak sebab dia tidur lagipun dia masih berdiam diri dengan Alisya. Alisya masih bengang. Daniel pulak sibuk bercerita dengan Nat yang kini mengambil tempat Alisya.

Bukan badan dia je ada kat kerusi Alisya, beg dia sekali. Alisya pun give up. Dia anggap dia dan Nat dah bertukar tempat duduk. Dalam diam dia duduk kat belakang berseorang sehinggalah Syafiq perasan kemunculan kawan baiknya.

"Eh! Alisya tu! "Kata Syafiq dengan senyuman. Pantas Daniel dan Nat memandang. Mereka bertiga pun datang ke arahnya. "Lah Alisya. Asal kau duduk kat sini? "tanya Daniel.

"ye, aku ganti kau kejap je tu sebab tak datang. "sokong Nat. Alisya menggenggam penumbuknya dibawah meja.'ganti aku, my ass kau ingat kau sape nak ganti aku? TAK! TAK ADA YANG BOLEH GANTI AKU. 'marah Alisya dalam hati.

"Alisya asal tak datang 4 hari kot .Rindu gila manager aku ni. "Kata Syafiq.

Semua kata-kata mereka Alisya tak focus. Yang dia fokuskan adalah Farhan. "Farhan ok tak? "tanya Alisya. Menelan air liur Ketiga-tiga mereka sebab diabaikan.

"biasalah tu, badmood penat-penat siket. "balas Syafiq positive je.

To be continue...

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now