TRMOF7

56 4 4
                                    

Sejak 3 hari kemunculan Nat. Alisya terasa sedikit sunyi. Bukan hanya dia tetapi Syafiq dan Farhan tapi biasa lelaki boleh hadap. Bukan macam Alisya dah lah itu crush dia. Masa makan kitaorang tetap sesama tapi dia dan Nat selalu jalan dulu.

Alisya, Farhan dan Syafiq kat belakang. Setiap kali kat padang diaorang akan main sama-sama. Alisya pulak hanya dengan 2 kawan baiknya. Hampir setiap masa mereka bersama-sama yang melukakan hati Alisya setiap kali dia memandang.

Bagi Alisya sendiri pun tak rasa selesa sebab ada masanya dia terpaksa berpindah tempatnya dengan Nat sebab si Daniel suruh semata-mata nak bercakap dengan Nat je. Dia ni macam dah tak ingat dunia.

Pada hari ni, Hari Jadi Daniel. Mereka tetap sambut bersama-sama di lokasi yang sama setiap tahun. Seperti yang dirancangkan sememangnya hanya mereka berempat.

Tapi tak buat kali ni. Tak lain tak bukan lah Nat pun ada. Setiap tahun Alisya, Syafiq dan Farhan akan membuat kek hari jadi tapi kali ini agak berbeza. Hampir kesemuanya dibeli, Nat membeli kek yang mahal, tempat tu pun dihias orang yang diupah.

Tak ada yang dibuat daripada tangan mereka sendiri pun. Semuanya di bayar. Apabila Daniel tiba, lilin dimarakkan. Nat mengangkat kek hari jadi itu dan mereka menyanyikan lagu buatnya.

sebelum ini,mereka bertiga akan mengangkat kek itu bersama-sama tapi kali ini hanyalah Nat seorang. Alisya hanya memalsukan kegembiraannya sepanjang party itu.

"terima kasih tau. "Ucap Daniel.
"make a wish. "kata Nat dengan halus. Daniel menutup matanya sebelum meniup lilin tersebut. Betapa dalam cintanya Alisya rasa apabila melihat renungan Daniel itu kepada Nat.

Sekali lagi hanya mereka berdua yang melayan hal masing-masing.

"wa first time pulak rasanya kita tak buat kek untuk si Daniel tu. "Kata Syafiq. Farhan mengangguk. "Kali ni birthday dia agak fancy. Wow. "Sokong Farhan.

"Dia tak nak makan kek yang kita buat ke? "soal Alisya 50% bergurau. Farhan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak kali ni, ada yang sponsor. Kekasih bayangan dia. "Balas Farhan.

"Terbaik. Member dah gembira tu jangan kacau. "Gurau Syafiq. Seperti Alisya yang berasa tak selesa. Padahal Kawan-kawannya ok je.
Alisya hanya tersenyum. "diaorang... Betul-betul dah bercinta ke? "monolog Alisya dalam hati.

Selepas habis majlis diaorang pun nak balik. Tak payah kemas pon. Nat dah upah orang dah. Kali ni hampir sekali dalam 7 hari si Daniel sebut nama Alisya. "Ha Alisya ikut sape balik? "tanya Daniel.

Belum sempat Alisya membalas dah Nat bersuara. "yelah. Alisya kau nak ikut kitaorang ke? "tanya Nat.

"kau ingat tempat duduk yang kau duduk kat kereta tu, siapa yang selalu duduk? Ish. "kata-kata Alisya dalam hati.

"TAK. hahaha nanti TERKACAU fun korang kan. Aku ikut Farhan je. "balas alisya. Kejut Farhan dibuatnya. Si Syafiq tu tak payah nak hiraulah, rumah dia tu dekat je. Dah namanya ini kedai bapak dia.

"Eh. Tak pernah-pernah kau ikut aku. "Kata Farhan pantas aku menyikunya. Tak lama kemudian diaorang pun jalan.

Alisya's Point of view.

Dah tak ada pilihan ,aku memang lah ikut Farhan .Driver aku satu lagi dah kena booked awal-awal.

Bila dah tiba dah kat depan rumah aku, entah kenapa kaki aku susah betul nak keluar dari kereta. Hati aku berat. Air mata aku mengalir. Farhan mengusap kepala aku perlahan-lahan. "Dah-dah lah tu. Kau kenapa Alisya?"tanya dia.

Aku memandang Farhan. "Han aku, penat lah. Aku rasa sakit je setiap masa. Kenapa banyak betul dugaan aku? Aku tak boleh hadap ni semua sorang-sorang. Aku nak kita yang dulu. "Meluah aku.

Aku tak cakap apa masalah aku, Farhan tak tanya sebab apa sebab dia tahu itu adalah privacy aku. Tapi dia sedia mendengar luahan hati aku. "Janganlah cakap macam tu, kita tak tahu. Allah yang tentukan mungkin semua ni ada hikmah kan. Kita ni manusia memang akan lalui benda tu ada yang lebih teruk, Alisya. "Balas Farhan dengan halus.

Dia tak tahu aku sukakan Daniel. Tak ada sesiapa pun yang tahu."Kalau kau tak dapat hadap, kau cari lah orang yang boleh dengar luahan kau. Yang tu kau tak perlu risau. Kau ada kitaorang. "katanya.

"kau boleh temankan aku?aku boleh luah kat kau? "Tanya aku manakala Farhan terus mengangguk.
"Kau tak nak masuk dalam kan? Jomlah kita cari tempat yang tenang. "ajak Farhan, aku hanya mengikutnya.

Kami pun tiba di pantai. Tak ramai orang sikit je."si Daniel ngan Nat tu bercinta ke? "tanya aku acah-acah ok buat biasa je.
"hm. Yang itu pun aku tak pasti. Tak mustahil, sebab Daniel masih suka dia. Tadi kau pun nampak kan sendiri Nat tu macam lebih rapat daripada selalu.Mungkin kot.Asal?"Tanya Farhan.

"Oh. Takde saje nak confirmed kan. Nak menyampah aku tengok diaorang dua tu melekat je setiap masa. "Balas aku buat tak kesah tapi hati tu dah terbakor.
"Haih. Memang si Nat je lah cinta pertama Daniel tu sampailah sekarang. "Kata Farhan.

"Banyak lagi kot perempuan kat dunia ni. "terlepas Kata-kata hati aku. Farhan tertawa. "Apa? Nat pun Dracula Sihir ke? "Gurau Farhan.

"Eh. Taklah. Kalau dia nak jadi pun boleh jugak. "balas aku sambil menyandarkan kepala aku di bahu Farhan tu.
"Aku tau, kau masih kecik hati sebab kata-kata si Flora tu kan. Aku minta maaf lah half dari dia. "Ucap Farhan.

"Kau tak perlulah mintak maaf. Apa kena mengena kau dengan Dracula Sihir Original pack tu? "Tanya aku tak paham. Farhan tersenyum bersalah. "Sebab selama ni aku... mungkin terlebihkan dia daripada korang? "Katanya tak pasti.

Nak je aku lempang selipar jepang kat dia. "Eish takdelah!yang patut cakap tu si daniel bukan kau. Kau baik tau Farhan masih boleh berfikir. Jangan fikir macam tu, kau tak lebihkan dia pun tapi aku nak nasihat kau lah lebih baik cari yang lain. "

"Tapi aku faham lah perasaan kau tu, kalau kau dah sayangkan seseorang tu-"aku terhenti. Eh! Nanti terbocor pulak rahsia aku. Aku segera berhenti.

"apa? "tanya dia masih tertunggu.

"takdelah. Aku cuma nasihatkan kau pilih perempuan macam aku. hahahaha. "Gurau aku. Dia tersenyum senget.
"Kalau aku pilih kau amacam? Apa aku patut buat? "Tanya dia.Aku tahu dia ni setakat bergurau je. Gila ke dia suka aku.

"Kalau kau suka aku, jangan layan aku .Haa! Dengar cakap kakak ni. "Aku pun bergurau.
"Baiklah. Awak. "Balasnya yang membuat aku tersenyum geli.

"JANGAN LAH BERAWAK dengan Aku. nak mati ke? "

Haa rasakan

To Be Continue...

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now