TRMOF3

70 5 22
                                    

Kata-kata Flora itu memang terkesan di hatinya. Tipu lah dia tak sakit hati. Benda tu dah lama. Benda tu sangat sensitif buat diri dia untuk ingat kembali masa-masa silam yang buruk itu.

Mata Alisya mula berair tapi dia cuba bertahan. Buat apa nak menangis depan diaorang? Nanti diaorang anggap Alisya sebenarnya lemah tapi memang betul pun. Dia tu lemah cuma dia tak berani nak tunjukkan. Cukup lah sebelum ni dia dibully sebab dia lemah.

"Flora-"Sebelum sempat Daniel melepaskan kata-katanya Alisya berserah diri.

"Ye. Aku tahu. Aku ada salah. Aku kawan lelaki je. Aku tak ada kawan perempuan. Tapi tak payah tanya, Kalau aku nak ada kawan perempuan pun tak guna sebab semua pemikiran diaorang macam kau. Aku tak perlu pun, diaorang dah cukup sebab diaorang memahami, tak talam muka. Tak drama. "

Itu balasan Alisya sebelum dia meninggalkan kantin yang diikuti oleh 3 rakan lelakinya.Dia menjadi perhatian orang ramai.

Farhan, syafiq dan Alisya pun duduk di padang yang berteduh ngan pokok lah, artis mana tahan panas. Senyap je diaorang tak tau nak mulakan dengan apa ,Takut tersalah cakap kang.

"hey guys... Aku bawakkan makanan."Ni yang selamba je si Daniel ni tak ikut keadaan. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Alisya yang murung je dari tadi. Daniel memberikan makanan kepada Farhan dan Syafiq.

Dan akhir sekali Alisya. "Nah makanlah. "Katanya tetapi Alisya menolak memang lah tak ada selera baru dimalukan depan pelajar lain tadi. "taknaklah. "balasnya dengan suara sedih dan pelan.

"urm Syafiq? Farhan? Sampah yang korang kutip mana? "Tanya ketua kelas mereka. Nak tersedak diaorang berdua. Orang mood mood sedih ni sampah pulak dicari.

"bapak ah. Ni mesti Cikgu Alam sekitar tu yang cari.Han jom kutip je sampah dari tong sampah, kita bawak kat Office dia. "Dengan bermacam-macam emosi Si Syafiq ajak ni. Nak marah nak sedih dan bersemangat.

Farhan dan Syafiq pun menghilang mengutip bukti kepada Cikgu Fauzi A k a Cikgu Alam sekitar yang dinamakan oleh mereka.

Tinggalah Alisya dan Daniel. Dengan selambanya dan begitu ganas si Daniel mengambai si Alisya. Niatnya nak bagi dia cheer up. "Alisya! Manager aku-"Belum habis Daniel berkata, Si Alisya merenung Daniel dan berkata "Manager je ke? "Dengan perlahan dan halus.

Terpukau Daniel memandang wajah sedih Alisya dan mendengar suara halusnya yang luar biasa itu. "ini Alisya?"monolog dalaman Daniel. Hatinya berdebar-debar. Serius dia merenung muka Alisya.

"kenapa aku macam ni? "monolog dalaman Daniel sekali lagi. Tak banyak persoalan, itu je. Dia tak pernah nampak Alisya macam ni. Pantas dia melarikan pandangan. "tak! Aku tak suka dia! "Monolog dalaman Daniel.

"Eish! Apa kau merepek ni? "ketawa Daniel dengan palsu. Hairan Alisya dibuatnya. "Orang tanya bukan merepek."alisya juga melarikan pandangannya.

Daniel's Point of view.

Tak mungkin perasaan tadi tu perasaan suka. Dia benci aku, apa pulak aku fikirkan ni. Kawan aku dari kecik kot,macam dah jadi adik aku sendiri, tak kan lah nak jatuh cinta dengan dia? Bodoh tak masuk akal.Peliknya perasaan ni. Ew geli pulak aku.

"oh kau tanya...  Ye kau adik aku. "kata aku terlepas kata. Apa pulak adik? Tak apa lah, dia faham lah tu maksud aku, maksudnya rapat. Alisya tersenyum kecil. "Adik? "Dengan bangganya aku mengangguk.

Okay! Daniel Jangan merepek cukup! Ingat balik apa yang kau nak sampaikan tadi tu."Bak sini abang nak bagi pepatah dua kata, bagi yang dah berlalu tu biarkan dia berlalu tak kesah lah baik atau yang buruk. Teruskan hidup, perbetulkan dan jangan sesekali toleh. sebab masa ni pun, kita sedang buat kenangan sebenarnya. "Kata aku lagi lagi terpukau muka sedih si Alisya tu yang luar biasa.

Pantas aku menoleh ke arah lain lagi. ALLAH! apa hal lah dengan aku ni. Aku kan, aku tak suka lah kalau si Alisya sedang sedih ni entah, sihir apa pulak aku terkena ni nak tengok dia lama-lama.

"sekarang, kenangan? "Tanya Alisya.
Aku mengangguk . Tanpa aku sedari, maksud yang aku katakan kemangan tu lain sebenarnya tapi buat masa tu je, SEKARANG aku dah bangun. "YE! NANTIKAN KALAU DAH HABIS SEKOLAH KITA NAK KOLEJ, PASTU RINDU LAH ZAMAN SEKOLAH. "

Alisya memandang hairan kat aku. "Kau marah ke ni?"Tanya Alisya. Aku mengarut apa ni?aku tertawa. "Eh tak, tak saja je nak baikkan keadaan. Dah! jom makan. "Ajak aku.

Dah aku tak boleh dah bercerita dengan dia masa ni, kalau tak aku rasa aku boleh terpukau lagi buat kali ketiga.

End of point of view.

Selepas itu.

"Berdiri "Arah ketua kelas. Semua pelajar berdiri untuk memberi salam kepada guru yang mengajar."selamat pagi cikgu"

Mulalah pembelajaran mereka.

Bila dah tiba waktu pulang, mereka berempat pun berkumpul lagi.
"Gais, jangan lupa latihan eh. " Kata Daniel sambil menunggu Alisya dan Farhan yang sedang membersihkan buku di meja.

"sejak bila jadi reminder buat latihan yang cikgu suruh tu? "Celah Alisya hampir tak percaya."yang tu memang tak la, aku suruh datang latihan bola sepak petang ni. "Daniel membetulkan.

"ye kitaorang ingat lah kau fikir kitaorang nyanyuk macam kau ke? " sindir Syafiq.
"ye aku ingatkan je tak payah lah nak marah sangat"balas Daniel.

"ok gerak! "Ajak Farhan dengan semangat. "gi mana bodoh? "tanya Daniel dengan selamba. "Gi Café bodoh. "Jawab Farhan.

"korang gi lah, aku- aku nak rehat. "Kata Alisya. "eh lain gila suasana tak ada manager  ni. "kata Syafiq.
"Jom ah, kitaorang hantar Manager balik dulu. "kata Daniel.

Alisya tersenyum. "tak pe. Rilek la tak bahaya. Aku manager tak perlu artis, artis yang perlukan manager. "balasnya.
"Habis tu ikut kitaorang lah sekali, nanti kitaorang kena attack fans. "kata Farhan.

"aku manager bukan bodyguard . Gerak lu. "Alisya mengakhiri kata-katanya dan meninggalkan mereka.

"eh alisy-"Tak sempat Farhan memanggil Daniel menutup mulutnya. "pehal? "Tanya Farhan.
Daniel tersenyum-senyum kambing. "kau tunggu je. Kita tengok dia. Nanti setengah jalan dia cari kita lah tu. "Kata Daniel.

"oh ye tak ye jugak. "sokong Syafiq.

Alisya's Point of view.

Aku mula berjalan berseorangan. Sepatutnya benda ni patut jadi normal bagi setiap orang tapi entah kenapa bagi aku tak. Sebab aku selalu ada tiga orang tu kot.

Tanpa aku memandang orang disekeliling tapi aku dapat rasakan aura negatif dan banyak yang memandang aku seperti dibuat macam orang bersalah. Mungkin ini effect sebab kat kantin tadi tu kot.

"oh dia ke yang diaorang cakap tu? "itu aku dengar dari mulut-mulut perempuan.

Dada aku berdebar-debar aku tak kuat. Bila aku pandang orang tu, tak guna. Junior, kenapa aku kena takutkan mulut seorang junior? Aku rasa, ramai dah Junior tahu perkara tu. Malu.

Aku tak tahan. Sebab aku tak kuat aku pengecut. Mata aku berair. Air wajah aku bertukar. Segera aku berpaling ke belakang.

Ketiga-tiga mereka dah berdiri di hadapan aku sambil memeluk tubuh. "Siapa cakap manager tak perlukan artis? Kalau tak ada artis kau bukan manager. "Kata Daniel dengan selamba.

"Takpayah lah macam tu, baik korang jadi bodyguard aku je. "ego aku ni pun tinggi jugak. Tak nak mengaku. Mereka pun menghantar aku balik ke rumah sebelum pergi ke Café.

"tak nak. "balas Daniel dengan selamba.
"kau nak mati awal ke Daniel?"

TBC

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now