TRMOF 37

8 1 0
                                    

Tak lama kemudian , datang seorang lelaki tua . Terkejut dia melihat keberadaan aku . " eh , Megat dah jumpa calon ke ? Tahniah." Katanya sambil tertawa gembira . Tak tahu kalau dia gurau.

" lah , Ayah ni suka hati je ." Balasnya . " Assalamualaikum , Saya Raven." Aku memperkenalkan diri dengan sopan santun . Dah macam bukan diri aku . Bertukar 360°.

" waalaikummusalam,Raven."Dia tersenyum manis . Sumpah peramah gila diaorang semua . Macam tak wujud je orang-orang macam ni kat perumahan aku .

Rasa bersalah pulak aku nak tinggal rumah orang lain . Menyusahkan je .

" Megat ,esok kamu tolong hantarkan Raven ke kampung sebelah ye." Kata makcik itu .

Megat segera mengangguk ." Boleh . Lagipun megat memang nak pergi memancing dengan kawan kat sana . " balasnya .

" thank you ." Ucap aku .
" welcome."

"Mesti awak orang baru kan? Nampaknya awak macam tak kenal pun jalan area-area  kat sini." Teka Megat . Tepat sekali .

" saya tak pernah pun pergi sini." Jawab aku .

" habistu kenapa awak nak pergi sini?" Tanya Megat . "Nak cari kawan." Jawab aku .

" oh , sorry lah kalau saya banyak tanya ,sebab setahu saya , tak pernah pun ada orang yang berminat nak bercuti kat sini . Dah lah line tak kuat ." Katanya .

Aku tertawa . " kawan awak kat Kampung Sungai Buaya eh ?" Tanya Megat .

Mataku terbeliak ." Sungai buaya?" Tanya aku ragu-ragu . Ketiga-tiga diaorang tertawa." Tak ada buaya pon kat situ . " jelas Megat .

Aku menghembus nafas lega. " saya tak tahu dia kat mana." Balas aku .

" jap jap, jangan bagitahu saya ... awak ni cari kawan awak tapi awak tak tahu pun dia kat mana." Katanya tak percaya .

Aku tersenyum senget . " nampaknya ,macam tulah yang terjadi." Balas aku dengan selamba .

" biar betik ! Tak susah ke macam tu ? Habis tu kalau kawan awak tak ada kat kampung sebelah tu amacam?" Tanya Megat .

" cari kat kampung lain?" Balas aku dengan selamba .

Tak dapat terkata-kata Megat dibuatnya ."Masyaallah, kuatnya semangat kamu ni ye ." Puji ketua kampung itu .

" Mesti kawan kamu ni sangat berharga buat kamu. Pakcik tengok kamu ni , rela hati dan sanggup buat macam ni sekali sebab dia ." Tambahnya .

Aku hanya tersenyum kecil ." Sepatutnya ,saya buat benda ni awal lagi . Sekarang dah kira lewat dah." Jelas aku .

Tengok reaksi diaorang seperti diaorang tahu ada sebab yang dalam kenapa aku buat macam ni . Diaorang mula faham dan memilih untuk tidak menanya banyak soalan lagi .

Pada jam 10 malam , aku bersendirian di bilik Maira . Dah berkali-kali aku cuba nak menghubungi Heather .Malang sekali, line kat sini memang sumpah teruk.

Bila dah sekali dapat . "Hello?"

" Heather can you hear me?"

Masih tak terjawab . Yang aku dengar hanyalah bunyi robot . Dah segala cara dah aku cuba. Text pun tak sampai-sampai .

Tak pe lah yang penting dia tahu aku masih hidup.

Aku tak dapat tidur .

Setiap kali aku tutup mata, aku akan terbayang kegagalan diri aku . Macam mana kalau aku tak akan jumpa diaorang . Walau dah susah-susah aku cari diaorang kampung ke kampung .

Macam mana kalau diaorang ada kat luar negara sekarang? Tapi aku tak rasa macam tu . Diaorang tak ada passport.

Sebab tu lah aku fikir secara dalam yang diaorang pasti ada di kawasan berdekatan kat sini. Diaorang tak mungkin dapat pergi jauh dari sini.

Tapi sebahagian daripada diri aku masih dapat membayangkan kegagalan aku untuk cari diaorang . Terasa seperti bodoh dan perbuatan yang sia-sia.

Dah berjam-jam aku pejam mata tak terasa seperti aku sedang tidur .  Sehingga aku rasa nak menangis sebab penat terganggu dengan pemikiran sendiri  .

Dah tak lama kemudian aku membuka mata apabila terdengar bunyi tapak kaki . Aku melihat jam di telefon .

6:20 am

Seriously? Aku tak tidur-tidur lagi?

Aku berdiri dan cuba untuk melihat ada apa yang terjadi kat ruang tamu . Entah-entah ada pencuri. Perlahan-lahan aku melangkah keluar .

Kelihatan Makcik sedang memakai telekung putih .

Dia menyedari keberadaan aku dan terus menyapa aku ."raven, nak solat sama-sama?" Tanya dia .

Speechless .

Aku perlahan-lahan mengangguk kepala . Aku pun mengambil air wudhu . Kemudian Makcik memberikan aku telekung berwarna putih . Aku pun memakainya .

Pakcik itu pun menjadi imam kepada kami .

Selepas dah solat , aku sedang duduk di atas tangga sambil termenung . " hai ."suara Megat menyapa . Dia mendekati aku . "Hai " balas aku .

" awak ok ke?" Tanya dia . Aku tertawa kecil." Apa pula tak ok?" Gurau aku dalam sindiran . Dia tertawa ." Yelah , tengok awak ni macam tak cukup tidur je . "Katanya . Aku tahu bawah mata aku mesti macam panda.

"Tak dapat tidur ." Terang aku . " sebab fikir banyak?" Tekanya . Aku merenungnya dan mengangguk . Ada jugak orang faham ." Dah tahu dah . Kawan saya pun macam tu jugak ." Katanya .

" korang tutup mata tapi tak tidur." Tekanya . Tepat sekali . Aku mengangguk ."saya risau tau , bila ada orang cakap diaorang macam tu . " Luahnya .

"Tak payah lah risau, benda dah biasa dah ." Tipu aku tak nak bagi dia rasa aku teruk sangat .

"biasa ke? saya tak dapat selamatkan kawan saya sebab benda tu ." Ujarnya . Dahiku berkedut . " selamatkan?apa?" Tanya aku tak faham .

" Dia lebih selesa bila dia dalam alam dia sendiri . Bila dia high dia rasa tenang dan dapat lupakan segala masalah masa tu . Itu apa yang dia cakap lah , saya tak pernah cuba lagi."terang Megat .

Aku terbisu . Tak pernah terfikir benda ni boleh jadi serious sampai macam tu sekali ." Sampai sekarang?"tanya aku .

"Tak , insyaallah." Dia tersenyum .

" Raven , saya cuma nak bagitahu awak yang sampai tahap mana pun dia ganggu fikiran awak, jauhkan diri daripada benda tu . Minta pertolongan Allah , insyaallah perlahan-lahan dipermudahkan . Saya tahu bukan senang , tapi bila kita ada masalah, kita tak boleh lari daripada masalah , macam mana sekali pun masalah tak akan selesai kalau kita tak hadap dia . Sorry lah kalau awak rasa saya menyebok tapi saya cuma nak ingatkan awak . Mungkin bila awak rasa nak give up , awak teringat kata-kata saya yang dapat  bagi awak semangat ." Nasihatnya .

Aku mengangguk ." Thanks." Aku menunduk . Aku perlukan nasihat tu . " awak... nak call orang ke tu ?" Tanya dia . Aku mengangguk . " nak pergi tempat yang kuat line?" Tanya Megat .

Akhirnya aku mengikutinya ke tempat yang berharga demi nak hantar sepatah dua kata kepada cik Heather tu .

Perjalanan yang agak jauh daripada rumah . Kitaorang jalan kaki je . Sambil-sambil tu sembang-sembang kosong lah . Tak lah mendalam sangat .cerita chill-chill je .

Dah siap hantar text semua tu ,kitaorang pun balik dan bersedia untuk pergi kampung sebelah .

" Terima kasih Makcik." Aku sempat memeluknya sebelum menaiki kereta milik Megat itu dan mulakan perjalanannya.

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now