TRMOF 28

13 0 0
                                    

Flora's Point of view .

4 hari sebelum pertandingan tu , aku sempat menjenguk Hera kat rumah dia .

Dia tertawa terbaha-bahak . " what ? Betul ke dia masuk bilik disiplin berkali-kali ?" Tanya Hera dengan bangga .

" ye weh , seronok gila nampak dia keluar masuk bilik tu . Entah-entah dia dah malu sekarang ." Ujar aku .

" wah . Dah lama tak dengar benda menenangkan hati kita ni ye . Respect kat kau . Kau tak takut dia dah . I guess sebab boy yang kau suka tu tak berkepit dengan dia dah ? Kan ?" Teka Hera .

" exactly ! Asal tau ? Spy aku eh ?" Jawab aku ." Mestilah kau kan pemalu." Balasnya .

" tapi en , Daniel tak kepit dengan Alisya tapi dengan pompuan lain pulak . Aku dengar-dengar pompuan tu memang kawan dia dulu . Aku tengok Daniel ngan minah Alisya tu pon macam bermasalah je sejak-sejak ada murid baru tu ." Kata aku .

" murid baru ? Pompuan tu ke ?" Tanya Hera tak faham .

" bukan pompuan tu , pompuan tu pon kawan Alisya gak . Tapi kali ni budak baru tu lelaki . Handsome . Duduk tepi Alisya . Aku tengok diaorang rapat gila . Tapi tak taulah apa relationship diaorang ." Balas aku .

" mungkin boyfriend dia ." Teka Hera .
" ye weh mungkin jugak ." Balas aku .

Dan akhirnya aku teringat benda yang mencurigakan selepas perlawanan aku dan Alisya kat tandas . " aku dah ingat dah !" Kata aku dengan semangat .

" apa dia ?" Soalnya .

" hari tu , kitaorang ada gaduh kat dalam tandas . Pastu aku tak sengaja basahkan baju dia kat bahagian belakang . -" belum habis aku ceritakan .

" tak sengaja ?" Ulang Hera sambil mengangkat keningnya .

" umm ya... mungkin. " aku tersenyum .
" apa-apa lah . Tapi aku nampak ada benda hitam-hitam kat belakang dia weh ." Kata aku .

" habis tu kau ingat benda tu apa ?" Tanya Hera . " dulu dia pernah kena pukul kat bahagian tu . Lebam je kot ." Teka Hera macam tak nak sokong kiter je .

" aku rasa , dia ada tattoo ." Kata aku dengan selamba . Mata Hera terbeliak . " weh tak kanlah macam tu sekali ." Hera tak percaya .

" Flora , jangan pulak engkau fitnah orang . Cari je lah bukti lain , nanti berdosa lak . Mata kau tu bukannya baik sangat pon . " nasihat Hera .

" tapi sumpah weh, aku rasa aku nampak Tattoo ." Aku masih tak nak kalah . " kau fikir baik-baik Her , masa korang kena ikat tu , kau ada nampak tattoo ke kat badan penjahat tu ?" Tanya aku .

Dia mula terdiam dan berfikir .

Hera mengangguk ." Memang ada . Tapi kita tak tau Alisya tu sebenarnya ada ke tak . Kau kena tengok betul-betul tau sebelum kita sebarkan ."katanya .

" tekaan aku selalu betul Hera , bila aku cakap ramai orang dah nampak Tattoo dia , tak ada orang nak dekat dia , semua orang tak nak dekat dia . Termasuk aku sekali ." Kata aku dengan jujur .

" penakutnya ." Celah Hera menjeling aku .

" hoi , siapa je tak takut dengan orang macam tu . Mungkin dia pernah membunuh tah apa-apa lah ." Kata aku dengan selamba .

" weh kau ni , janganlah sampai macam tu sekali . " kata Hera ,dia memukul aku  . Hera ni baik orangnya . Entah kenapalah si Alisya ni tak nak mengaku . Tengok tu , hera masih tak berharap dia jadi macam tu .

Marshall's point of view .

Selepas selesai part time jadi mekanik motor Vitalii aku pun masuk ke dalam dewan . Biar modern siket motor dia tu ala-ala theme Billie Eilish . Hambek kau .

Aku terhenti . Melihat di sekeliling . " wait . Mana diaorang ?" Tanya aku . " eh . Bukan diaorang sepatutnya dah jumpa Vitalii ke ?" Tanya Nigel .

Heather berlari ke arah kitaorang ." Mission complete ?" Tanya Chase . Heather mengangguk . " tapi , aku rasa Raven terpaksa main permainan ni . " katanya dengan selamba .

" wHat ??" Tanya aku mula panik . " w-where is she ?? " tanya aku mula tak tenang . Diaorang memandang aku hairan . " what the hell is wrong with you ? Dia kan dah biasa main permainan ni ." Kata Nigel .

" guys . Asal girl tu tarik Raven macam tu ?" Tanya Chase mula hairan . Akhirnya aku nampak dia . Flora sedang menariknya dan memaksanya . " shit . Shit . Shit ." Aku segera berlari ke arahnya .

Namun tak sempat . Flora menarik jacket aku dalam masa yang sama Raven menghalang tangannya dengan kuat . " stop!" Jerit Raven .

Jacket itu kini berada di lantai . Flora mengerang kesakitan sambil memegang lengannya .

Semua orang memandang tattoo Raven . Semua mula Speechless . Aku segera mencapai jacket aku dan menutup bahagian belakangnya . Aku membawa dia pergi daripada dewan ini .

Aku mula memandu . Kitaorang tak berkata apa-apa pun . Tiba-tiba Raven mendapat panggilan . Butang hijau dia tekan . Dia tidak menjawab apa-apa dan terus mematikan panggilan itu .

" sekolah ." kata Raven .

" no . I think-"

" It's my fault ." Potongnya .

Aku tak dapat lawan lagi kata-kata dia . Aku pun bawak dia ke sekolah  . Dan dia berada di bilik guru disiplin again . I feel bad for her . Plan aku kot ! Bodohnya aku .

Aku sedang menunggu di luar bilik itu . Beberapa minit kemudian, kelihatan Flora dan mak dia masuk ke dalam Bilik itu .

Wtf ? Dia bawak mak dia weh .

Tak lama kemudian , Daniel ,Farhan dan Syafiq pulak yang datang .

Alisya's point of view .

Aku memasuki bilik guru disiplin . Cuma aku dan guru tu . Air mata aku mengalir . " Im sorry . I really can't be what you want me to be ." Kata aku .

" Alisya . Saya guru disiplin yang paling teruk setakat ni . This is too far . It's hard for me to say . Kalau saya pengetua , saya nak cuba maafkan kamu dan bagi kamu peluang tapi , diaorang yang tak pernah berhadapan dengan kamu macam saya , diaorang tak tahu apa-apa . Dan diaorang buat keputusan macam tu ."

" kalau boleh , saya tak nak cakap benda ni dengan kamu . "

" kamu dikenakan gantung sekolah selama tiga minggu ."akhirnya dia lepaskan .

Pada masa yang sama Flora dan  mak dia masuk ke dalam bilik .

" budak ni ke yang buat lengan anak saya berlebam ?" Tanya mak dia dengan tegas . " sila bertenang ye puan ." Kata Guru disiplin itu .

" nak bertenang ? Tengok lengan anak saya . Saya nak dia kena pukul di tempat yang sama ! " katanya .

" puan , saya cadangkan kita elakkan guna keganasan . Dia sekarang dah digantung sekolah . " jelas cikgu nak bantu aku .

" cikgu , tattoo kat belakang dia tu dah jelas melambangkan dia dah biasa dengan keganasan ." Kata Flora dengan selamba .

Aku mencapai rotan buluh nipis itu dan memberikan kepada mak dia . Biar dia puas . Dia memukul lengan aku dengan rotan buluh nipis itu dengan kuat ." Allah ." Mengucap cikgu .

Cikgu segera merampas alat itu ." Puan cukup . Ini dah melampau . "

" lain kali jaga perbuatan ! Come Flora , kita pergi hospital . " ajak mak dia terus meninggalkan bilik ini .

" saya cuba cari jalan untuk hapuskan Tattoo saya . " ini kata-kata terakhir aku sebelum meninggalkan guru disiplin .

Flora sempat melanggar bahu aku . " sekarang kau pun boleh letak tattoo kat lengan kau bagi cover lebam kau ."kata aku sempat tersenyum senget .

Dia segera meninggalkan aku .

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now