TRMOF 33

22 2 0
                                    

Alisya's Point of view .

Akhirnya selepas mengetahui kebenaran aku terasa seperti bodoh dengan kelakuan aku yang tak sepatutnya tu . Diaorang dah cuba nak tolong aku , diaorang cuba untuk tak buat aku sakit hati .

Aku pulak ?

Bersangka buruk dengan diaorang . Im so stupid . Aku cuba menahan air mata . " shit . Im sorry Chase , I-" tak dapat nak sampaikan kata-kata, air mata akhirnya mengalir .

Dia memeluk aku.

Matanya mula berkaca ,dia menahan tangisan tersebut . " It's okay ,rave. Kita ada kesilapan masing-masing." Katanya . " you're my best friend , I care bout you." Katanya .

Dan tak lama kemudian , kedengaran bunyi tapak kaki mendekat . Heather mula mendekat dan memeluk aku dan Chase. " Im sorry too guys."ucap Heather.

Dan kelihatan Marshall dan Nigel baru sahaja keluar daripada rumah Marshall. Mereka tersenyum lega melihat kitaorang akhirnya berdamai. "miss this." Kata Nigel sambil mendekati dan memeluk kitaorang yang diikuti Marshall." me too ."

It's like a dream .A Beautiful dream .

" Rave , makan luar jom." Ajak Nigel .
" Takpe, korang pergi je lah ,next time aku join ." Tolak aku dengan halus.

" Raven nak sorang-sorang dulu." Jelas Marshall . Nigel mengangguk ." Alright . Nak pesan apa-apa tak?" Tanya Nigel sebelum gerak .

"Tak." Balas aku . " okay. Kalau ada apa-apa call je tau." Pesan Nigel . " Bro. She's not a kid ." Balas Marshall yang mula menyampah dengan gaya Nigel tu .

Aku hanya tertawa ." Bye."

Aku menjejak ke dalam rumah . Terasa sunyi , selalunya ada suara mak aku . Aku menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik .

Masih memikir . Patutkah aku lakukan apa yang ada di dalam fikiran aku selama ni ?

Ada suatu plan yang terlintas di fikiran aku beberapa hari ni . Aku terpaksa cari Hamid dan kawan-kawan dia . Aku tak boleh dah nak bazirkan masa aku . Diaorang tak akan datang jumpa aku .

Masa-masa free ni, aku tak nak buang sesaat pun .

Dah tiba masanya aku kena berjalan ke hadapan , aku confirm . Sebab aku dapat rasa , masalah baru akan datang .

Aku tak tahu lah yang ni cuma perasaan aku or what, tapi Flora tarik jacket tu dengan sengaja macam dia tahu, dia tahu aku sembunyikan tattoo aku kat belakang aku .

Sebab tu lah aku tak nak buang masa dah.

Mulai daripada esok hari, aku akan bergerak . Mungkin aku kena pergi tempat lain . Aku tak rasa aura-aura diaorang dah bertahun-tahun kat sini .

20 minit kemudian , aku terdengar bunyi kaca yang pecah kat tingkat bawah . Pantas aku berlari dan terhenti di tangga sebab terasa seram sejuk.

Hantu? Boleh jadi jugak.

Bila aku ingat balik , aku tak tutup pagar rumah tadi . Confirm pencuri . Kat perumahan aku ni , ni lah banyak kes macam ni .

Dah ramai yang complain . Aku perlahan-lahan berjalan dan memerhati di sekeliling rumah .

" dah lari kot." Monolog luaran aku.

Aku pun menutup pagar rumah .

Secara tiba-tiba seseorang memeluk aku dari arah belakang dengan kasar . Dalam masa yang sama kedengaran bunyi pukulan yang kuat .

Pantas aku menolak lelaki itu dengan kasar.

Aku nampak 2 orang lelaki . Aku yakin lelaki bertopeng ni pencuri . Sorang pulak selamatkan aku .

Lelaki bertopeng itu pantas melarikan diri manakala sorang lagi tu mengejarnya.

Aku tak dapat berkata-kata melihat kejadian ni depan mata sendiri.

Aku memeluk tubuh sambil menunggu kedatangan lelaki yang mengejar pencuri itu di depan pagar rumah .

10 minit kemudian , akhirnya dia kembali . " I can't catch him up ." Katanya .

" im sorry."ucapnya.

" it's fine." Balas aku . " thank you for saving me . How's your back?are you okay?" Tanya aku ragu-ragu. Dia hanya tersenyum . "It's nothing.I get used to it ." Balasnya .

" you get used to it ?" Tanya aku dengan selamba. " yea . "Dia mengangguk.

" do you live here?" Tanya dia .
"Yea."

"Alone ?"tanya dia lagi .
"Not really , actually I live here with my friend."terang aku .

Lelaki itu tersenyum." Alright, stay safe . "Katanya sebelum meninggalkan aku berseorangan.

And then , pada masa tu , Aku nampak kereta Daniel mula mendekat . Daniel keluar dari perut kereta dan terserempak dengan lelaki tadi tu . And diaorang kenal each other.what in the world..

Aku nampak Daniel sapa dia buat beberapa minit sebelum berjalan ke arah aku .

Akhirnya Daniel berhadapan dengan aku . " kau sedang tunggu seseorang ke ni?" Tanya Daniel.

Aku bersandar ke dinding . " tak."

" habis tu asal berdiri kat sini?" Tanya dia . " suka hati aku lah." Jawab aku tersenyum senget.

Dia tertunduk. Suasana menjadi sunyi sepi buat seketika."aku dah ketinggalan banyak benda dah kan ?"dia tertawa kecil seperti sedang menyindir aku .

" entah kenapa kau orang yang paling aku rapat , bila terbongkar semuanya seolah-olah aku tak pernah kenal kau . Sumpah aku tak faham apa yang terjadi dekat kau , aku tak faham langsung apa yang kau cuba sampaikan hari tu." Luahnya agak kecewa dengan aku .

" sejak dia ada, banyak masalah muncul dan banyak jugak benda yang aku tak tahu selama,sekarang aku tahu." Sindirnya lagi. Aku tahu dia maksudkan Marshall.

Aku memeluk tubuh. Aku tak faham ngan dia. Dia datang nak buat kecoh ke apa ni? Dia nak marah aku ?

" takdir tuhan." Balas aku sambil tersenyum senget. Dia menikam anak mata aku . Dia tak pernah serious macam ni kat aku sebelum ni . Terasa seperti Daniel sakit hati kat aku .

"Tak cukup sakit lagi apa yang kau dapat sebelum ni ? Tak cukup memalukan lagi ke ?" Tanya dia dengan serius. Kalau aku Alisya yang kemarin , Alisya yang dulu , aku pasti akan menangis sekarang jugak.

Tapi aku tak macam tu , aku dalam dunia Raven. Hati aku tak selembut hati Alisya.

"Habis tu kau nak aku buat apa? Halau dia ? " tanya aku dengan selamba. " buat lah. Kalau benda tu boleh ubah balik masa." Sindirnya masih menikam anak mata aku. Nampak sangat dia menahan geram.

" hal flora tak ada kena mengena dengan dia . Itu hal aku , kau pun tahu." Jelas aku ." Oh? Hal satu pulak? Tattoo kat belakang kau ?" Tanya dia buat aku terdiam seketika.

Aku tertawa kecil . Dia nak cakap aku ni orang jahat lah ye? Aku bersubahat dengan orang yang nak rogol aku dan Hera tu ? Hm,menarik.

" ye. Dia sorang je yang tahu. Puas?" Kata aku jujur . Daniel menggenggam tangan penumbuknya ." Alisya kau tak faham keadaan sekaran-"

" kau tak faham keadaan aku ." Potong aku dengan selamba.

" macam mana aku nak faham? Kau tak pernah sesekali nak bagitahu . Semua benda mamat tu yang tahu. Apa gunanya aku ? Tapi kau buat kitaorang macam tak nak tolong kau ."

"  Kau tak dapat tolong aku , kau tak pernah nampak muka-muka penjahat tu . Tak ada siapa-siapa yang dapat tolong aku Daniel. Aku tak mintak pun . Semua ni bergantung kepada diri aku . Aku je yang kenal muka-muka diaorang , aku kenal kawan aku , aku kenal muka-muka penjahat tu. Kau yakin kau dapat bantu aku ? Kau nak ke ? Aku dengar soalan kau pun aku dapat rasa , half diri kau against aku . Sebab tattoo ni kan?"

The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now