TRMOF 43

10 1 0
                                    

Daniel's Point Of View.

Aku rasa sakit hati membaca surat-surat yang Alisya tulis selama ni . Aku baca luahan hati dia ni , aku boleh rasa betapa sabarnya dia dengan masalah sendiri  . Sweet little girl.

Aku suka tengok friendship korang dengan Syafiq dan Farhan . Aku suka korang setia dengan kawan sendiri . Kawan aku tak macam tu . Sorang betrayed kitaorang , pergi ngan musuh kitaorang tapi biasa lah mungkin sebab macam tu lah yang akan terjadi bila perempuan dah jatuh cinta. Sorang lagi nak buat benda bodoh kat aku masa kitaorang berdua-duaan dan kat sini dah terang dah dia khianat kawan baik dia sendiri iaitu ex aku , ex .Ex boyfriend aku lak? Dah namanya ex . Tak taulah , aku sendiri tak percaya dia suka lelaki . Dan dua orang lagi , penatlah nak cite .Actually hati aku masih sakit bila fikirkan ni . Aku tak akan tulis benda ni semua , tapi aku tulis sebab tau kau tak akan baca .

Love,
Ravey

Aku mencapai surat yang terakhir itu . Degup jantung aku drastik laju . Seperti tak bersedia untuk baca surat ni . Mesti dia ada tulis pasal Marshall kat sini .

Hey. Mesti kau happy kan sekarang? Senyuman kau tak pernah pudar sejak kebelakangan ni . Happy for you . Dalam masa yang sama , hari aku tak lagi bahagia macam hari-hari yang lepas . Ada yang menjauh ,ada yang mendekat . Aku dah sakitkan hati kawan aku dengan tak sengaja , dan kawan aku yang aku suka pulak sakitkan hati aku . Aku faham perasaan dia kat aku , sebab aku sedang rasakan benda yang sama dengan kawan aku lagi satu tapi tak mungkin dia akan sedar sebab mimpi dia dah menjadi kenyataan . Ex aku datang balik . Hubungan kitaorang lebih baik daripada sebelum ni . Banyak kawan aku yang dulu datang balik kat aku . Tak tau nak sedih ke gembira . Gembira kot, sebab aku dah tak tahan sakit hati tengok kebahagiaan orang yang aku suka dengan orang lain . Bodoh kan? Aku tak layak jadi kawan dia . So, mungkin surat ni akan jadi surat yang terakhir buat kau . Dah tak ada maksud nak bagi semua ni dengan kau, kakak yang tolong hantarkan hadiah ni kata kau dah ada orang lain, dan dia suruh aku berhenti tuliskan surat kat kau dan dia paksa aku move on ,jahat kakak manager ni. Oh,Ex aku jadi kawan baik aku, dia kata move on lebih baik .  Dah lah , aku ada plan nak selesaikan ni, aku nak pergi sekolah lama nak burn musuh aku ahhahah. Bye Daniel.

Your friend,
A

Aku mengetap gigiku dan merenung ke atas siling menahan geram dan tangisan . " apa yang aku dah buat ni ? Bodohnya."maki aku .

Aku segera bergerak ke rumah Alisya. Aku menekan lonceng rumahnya dan menunggu di hadapan pagar.

Pagarnya akhirnya dibuka , wajah aku masih tertunduk kerana rasa ragu-ragu dan bersalah ." Lisya aku-" kata-kata aku terhenti apabila melihat seorang gadis familiar yang aku pernah jumpa .

Pehal bukan dia yang muncul ni ." Huh?" Terlepas pulak reaksi sebenar . Mata gadis yang berwarna merah seperti baru lepas menangis itu terbeliak luas melihat aku . Aku rasa mesti dia kenal aku siapa. Aku pun kenal dia .

Gadis ni yang aku jumpa kat rumah Vitalii ni . Tak silap aku ni girlfriend dia yang aku pernah gaduh dulu .

" lah. Yang kau tetiba ada kat sini kenapa lak?" Tanya aku masih tak percaya . " aku yang nak tanya kau soalan tu ." Jawabnya dengan tegas .

" yang ni rumah kawan aku . Suka hati dia je masuk-masuk rumah orang lain. " celah aku. "Excuse me, Ni pun rumah kawan aku jugak tau. " Jawabnya .

Dia menjeling aku sambil memeluk tubuh ." Dah aku penat lah , kawan aku dah tak balik-balik dari kemarin . Kau lagi buat hal,dah aku malas nak gaduh ni , aku rasa kau salah rumah ni . So, boleh pergi check rumah sebelah. " katanya dengan selamba.

" eh tak ,bukan sebelah yang ni, ni rumah kawan aku jugak." Tambahnya sambil menunjuk rumah Marshall. Kawan Marshall agaknya ni .

Aku tertawa senget . Lah minah sorang ni. Selamba je kau halau-halau aku. " ok fine fine. Nama kawan kau apa?Nama kawan aku Alisya." Tanya aku tak puas hati .
" Raven." Katanya dengan pantas.

Kitaorang terdiam . Raven tu Alisya lah tu . Aku rasa budak ni pun tahu Raven tu Alisya.

" shit . Yelah , kita dua-dua pun kawan dia . Habis tu apa? " balasnya sambil menahan air mata . Yang dia nak nangis ni dah kenapa ? " kau ni memang emosi je lah dari dulu. Yang kau nak menangis dah kenapa? Panggil je lah Alisya tu keluar haih." Tanya aku mengeluh kecil dan menyampah nak layan minah dramatic ni.

" Raven tak de lah , kau tak faham ke?"marah dia air matanya akhirnya mengalir . Bengang pulak aku ." Apehal?"tanya aku .

" dia tak balik-balik dari kemarin." Jawabnya masih menangis teresak-esak . Hati aku mula berdebar-debar . Perasaan risau mula menguasai .

Kau gi mana Lisya ? Macam mana kalau dia pergi sebab dia tak tahan kat sini? Kenapa dia pergi? Dia pergi mana? Macam mana kalau dia nak buat benda yang tak bagus ? Aku segera menghubungi Syafiq .

Tiba-tiba datang Marshall yang tergesa-gesa dari rumahnya yang bersebelahan dengan rumah ini sahaja ." Dah cuba call dia?"tanya Marshall . Nafasnya tercungap-cungap kerana terlalu tergesa-gesa .

" dah ,dia tak balas ." Jawab gadis itu yang tak henti-henti menangis itu . Aku menikam anak mata Marshall." Dia gi mana?" Tanya aku dengan serious." Nampak macam aku tahu?" Sindir Marshall membalas renungan aku .

Aku menjelingnya .

Tak lama kemudian , Datang dua orang jejaka yang tidak dikenali . Dan akhirnya Syafiq  ,tak lupa jugak Farhan .

" kita kena cari dia sekarang." Kata Farhan tak nak buang masa . " yelah , tapi kita tak tahu dia kat mana sekarang . " jawab aku .

" aku tahu dia kat mana ." Gadis itu bersuara . Kalau kau cakap dari tadi ,tak kitaorang buang masa .

Tanpa membuang masa , kitaorang terus bertolak ke kampung Sungai Buaya. Semasa dalam perjalanan, aku sempat tegur gadis tu . " dah berapa hari dia tak ada?" Tanya aku sambil memandang gadis itu yang duduk di sebelah aku .

"3 hari . kemarin dia call aku dia balik jam 6 macam tu . Lepas tu dia tak angkat call dah ." Jawabnya .

" so kau tahu selama ni dia pergi tempat ni sorang-sorang?" Tanya aku . Dia merenung aku dengan mata tajam . Dah dia nak marah aku pehal lak.



The Real Meaning Of FriendWhere stories live. Discover now