[COMPLETED]
Dia hanya gadis yang cuai.
Tidak pandai berbohong malah polos.
Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan.
Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
QAID berdiri tegak di antara mereka, tiada secalit senyuman pada wajahnya. Ditemani oleh Dizhwar yang berada di sisi. Mata tajam memandang ke arah semua pengawal istana yang sedang berdiri tegak di hadapanya, mencari wajah yang mencurigakan.
"Tidakah kau semua tertanya-tanya kenapa aku panggil semua berdiri di bawah salji yang lebat ni?" Tegas suara Qaid bersuara kepada mereka. Dalam diam matanya memerhati seorang pengawal yang cuba melarikan anak matanya daripada Qaid. Dia tersenyum senget apabila merasakan ada benda yang tidak kena dengan seorang pengawal tersebut.
"Tahu tuan." Kata salah seorang daripada mereka, semua menundukkan wajah masing-masing ke bawah tidak berani memandang anak sulung Sultan Abdul Aziz, sangat ketat mukanya sehingga pembantu lelaki itu sendiri mencuri-curi pandang.
Qaid menghentak sebelah kakinya ke tanah, rambut yang serabai dia betulkan. Tidak perasan sejak bila rambutnya serabai, Siapa lah yang main rambut dia tadi.
Terkejut Dizhwar yang berada di sebelah Qaid dengan hentakan lelaki itu. Dia mengurut dada dalam diam, nak mengeluh pun dia rasa takut inikan pula mengusap dadanya yang terkejut.
"Aku nak kau semua buka baju, tanggalkan kasut. Sekarang." Tegas Qaid memberi arahan. Tanpa banyak alasan, mereka semua terus pergi menanggalkan baju pengawal yang mereka pakai, agak tebal baju itu. Walaupun kesejukan merka tetap mengikut arahan.
Qaid memanggil Dizhwar. Dia mula berbisik ke arah Dizhwar, terangguk-angguk Dizhwar mendengar arahan yang disampaikan oleh Qaid. Kemudian dia pergi ke arah ke hujung kanan sebelah timur, lalu memeriksa sesuatu yang ada pada badan dan kaki pengawal itu. Qaid turut melakukan hal yang sama tetapi dia bergerak ke arah kiri sebelah barat. Bermula dengan pengawal hujung sekali.
"Pakai baju semula." Arahnya kepada pengawal yang dia sendiri sudah periksa.
bersih.
Kemudian dia bergerak ke arah pengawal lain.
Terasa diperhatikan oleh seseorang, terus Qaid mendongakan kepalanya ke atas bangunan istana di mana bilik tidurnya berada. Memang sah! Humaira sedang mengintai dirinya. Apabila mata mereka bertembung terus Humaira melarikan diri masuk ke dalam semula, Qaid menggelengkan kepala. Tak padan jalan bertongkat, sejak bila Humaira jadi seorang yang gatal dia sendiri tidak tahu.
Kemudian dia bergerak ke arah pengawal seterusnya.
TERCUNGAP-cungap lelaki itu berlari jauh dari kawasan istana. Sesekali kepalanya ditoleh kebelakang memastikan tiada siapa yang mengekorinya atau mengejar. Seketika dia tertawa.
"Qaid bodoh." Dahi yang berpeluh dia lap kasar, suhu di kawasan yang sejuk ini tidak dapat menyejukkan hatinya. Dia hampir tertangkap tadi selepas semua orang dipanggil untuk berkumpul dan dia orang yang sempat melarikan diri.
Dia lagi licik dari Qaid dan dia tak sebodoh itu untuk ikut berkumpul bersama pengawal yang lain. Sudah tentu nanti akan tertangkap jika berada di situ.