41

7.5K 716 115
                                    

"EVSA boleh tolong kakanda Maira keluar dari istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"EVSA boleh tolong kakanda Maira keluar dari istana." Tawarnya sambil mengusap lembut kekura tangan milik Humaira.

"Betul?" Dalam hati sudah tersenyum nipis, dapat juga dia lari.

Laju Evsa menganggukkan kepala. Matanya memandang sekilas ke arah perut Humaira yang rata.

"Mengapa? Ada yang tak kena pada kakanda Maira?" Dahi dikerutkan apabila terpandang kegusaran di wajah adik iparnya.

Keluhan berat dilepaskan.

"Evsa panggil doktor tadi, suruh periksa kandungan kakanda.."

"Ada yang tak kena?" Laju Humaira memotong percakapan wanita itu. Perasaan takut menyelubungi dirinya ketika ini.

"Doktor sahkan kandungan kakanda Maira gugur, mungkin kesan balingan batu memandangkan kandungan kakanda masih baru."

Dengar sahaja pengakuan dari Evsa membuatkan dirinya mengucap panjang. Nak menjerit tak berdaya apatah lagi menangis, dia sudah penat. Hilang semuanya, tiada apa lagi yang perlu diharapkan.

Hatinya seakan-akan membenci Qaid. Sebab lelaki itu, dia kehilangan anaknya.

"Kakanda kena reda, mungkin bukan rezeki."

Mata di kerdipkan sekali.

"Bila Evsa nak bawa kakanda Maira keluar?"

Evsa terdiam seketika, memikirkan rancangannya untuk membawa Humaira keluar. "Malam ini, Evsa cuba minta pertolongan Dizhwar. Mungkin dia boleh bantu."

"Boleh ke dia bawa kakanda keluar? Dizhwar orang kanan.."

Kenapa dianggukkan. "Boleh, dia boleh tolong kakanda Maira. Evsa ada berbincang dengannya sebelum datang ke sini, Dizhwar kata ada perkara yang tidak kena jadi pada kanda Qaid."

Pintu bilik diketuk kuat dari luar menyentakkan mereka berdua.

"Sia... siapa?" Tanya Humaira dalam ketakutan, takut jika Qaid yang mengetuk pintu tersebut dari luar.

Jari Evsa digenggam erat sambil kepala di gelengkan, menghalang wanita itu membuka pintu.

"Tak apa, Evsa tengok dulu siapa yang ketuk." Genggaman pada jarinya digenggam seketika sebelum dilepaskan. Cuba menenangkan kakak iparnya dan dirinya. Takut juga abangnya datang secara tiba-tiba.

"Jangan."

"Sekejap saja, jangan risau." Kaki mulai melangkah ke arah pintu.

Evsa mengeluh lega sebaik sahaja pintu dikuak dari dalam. Wajah Dizhwar menyapa pandangannya.

"Awak rupanya, lain kali jangan ketuk terlalu kuat. Awak menakutkan kakanda Maira."

"Saya minta maaf kepada baginda."

Badan dipusingkan ke belakang dengan memberikan sebuah senyuman, memberitahu siapa yang datang mengetuk bilik sebentar tadi.

Humaira cuba untuk bangun dari perbaringan tetapi terhenti apabila bahagian bawahnya sakit.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now