PINTU rumah dibuka dari dalam apabila Humaira terdengar ketukan pintu dari luar. Tudung dilabuhkan sedikit bagi menutupi dada. Sebaik sahaja membuka pintu, dia tidak melihat sesiapa pun di luar rumahnya. Kosong, tetapi matanya terpandang beg miliknya tempoh hari.Humaira cangkung di depan pintu. Isi beg diselongkarnya, dia takut barang kepunyaan tidak ada dalam beg tersebut. Humaira cuba mencari gambar ibu bapanya serta dokumen sijil lahirnya. Nafas lega dihembuskan setelah mendapati semua barang kepunyaan lengkap di dalam beg.
Selepas itu Humaira cuba mencari gerangan yang memulangkan begnya. Sudah semestinya Qaid, kerana lelaki sememangnya memegang beg dia. Mata melilau memandang sekeliling, mencari susuk tubuh jejaka itu. Tetapi hampa, dia tidak dapat melihat figura jejaka tersebut. Sudahnya dia mengemaskan barang yang dia selongkar sebentar tadi.
"Adik buat apa kat luar tu? kan sejuk. Masuklah nanti demam. Adik kan tak biasa duduk kat sini." Tegur Tuan Umair apabila dia melihat anaknya cangkung di depan pintu dengan pintu rumah yang terbuka luas.
"Tak buat apa. Adik jumpa beg adik balik." Sekali lagi Humaira mencari figura Qaid, tetapi dia tidak nampak batang hidung lelaki itu. Sudahnya dia mengangkut beg miliknya masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dengan menggunakan kaki kerana kedua tangannya penuh dengan barang.
"Beg?"
"Adik kan dah cerita dekat walid semalam kenapa adik datang Turki. Walid lupa ke?" Kata Humaira, selepas dia dapat berjumpa dengan bapanya semalam, terus dia menceritakan mengapa dia berada di sini dan apa tujuannya datang ke Turki. Dia menceritakan semuanya termasuk dia sesat di dalam hutan kecuali tentang...
"Siapa hantar beg adik?"
"Qaid." Selamba sahaja dia memanggil lelaki itu dengan panggilan biasa, tiada pangkat tuan atau Tuanku Muda.
"Ada jadi apa-apa ke adik dengan Tuan Qaid?" Dia memandang anaknya dengan penuh curiga. Mesti ada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua.
"Ada, tapi biarlah adik tak mahu cerita. Serabut je fikir." Tuan Umair menganggukkan kepala. Dia tidak mahu memaksa Humaira supaya cerita kepadanya tentang hal yang terjadi tempoh hari. Lambat laun dia sendiri akan tahu kebenarannya.
"Adik duduk rumah kejap, walid nak keluar." Pesan Tuan Umair. Dia tidak mahu apabila dia tiada di rumah, Humaira akan keluar pergi merayau sana sini. Dia tak mahu apa-apa berlaku pada anaknya. Humaira masih tidak tahu perkara sebenar. Dia takut Humaira tak akan terima jika anaknya itu mengetahui perkara yang sebenar.
"Pergi mana?" Soal Humaira apabila dia melihat bapanya bersiap-siap mahu keluar.
"Jumpa kawan." Setelah itu, Umair menghampiri pintu rumah. Sempat lelaki itu memesan kepada Humaira sebelum dia meninggalkan rumah
"Jangan keluar rumah, salji lebat ni. Kalau ada orang ketuk pintu jangan bukak cakap je dari dalam rumah. Walid pergi dulu. Assalamualaikum." Pesan Umair lagi kepada Humaira lalu dia terus keluar dari rumah.
YOU ARE READING
Di Bawah Salju
Spiritual[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan...