4

12K 1K 52
                                    

RASANYA perjalanan mereka sudah jauh

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

RASANYA perjalanan mereka sudah jauh. Pada mulanya dia melihat ada sesetengah orang sahaja yang berada di sekitar hutan ini. Apabila sudah jauh begini, Humaira dapat melihat hanya mereka sahaja yang ada sekarang ini. Badannya sejuk dek kerana tidak dapat menahan kedinginan salji yang turun di bumi Turki. Walaupun sudah pakai jaket yang tebal rasa sejuk itu masih ada.

"Nak berehat kejap tak? kita dah lama jalan di dalam hutan ni." Ayden memecah kesunyian. Dia memandang ke arah pasukannya, riak wajah mereka semua seperti kelaparan.

"Berhenti kejap lah abang Ayden. Ina lapar. Dengan sejuknya lagi." Yang lain menganggukkan kepala tanda setuju apa yang Ina katakan. Selepas itu mereka membuat keputusan untuk berhenti seketika.

Plastik roti dan air mineral di keluarkan dari beg masing-masing. Perut sudah minta untuk di isi.

"Kak Dira?" Ina menghampiri Humaira yang sedang makan bersebelahan kuda. Khusyuk betul gadis itu makan tanpa mempedulikan orang lain. Lapar sangat gamaknya.

"Apa?" Dia memandang Ina yang turut duduk bersebelahan dengan dirinya. Budak ni memang selalu sangat lah melekat dengan dia, seperti belangkas. Di mana dia berada mesti ada budak si Ina ni. Sebut sahaja nama Humaira, dia dulu angkat kepala.

"Bawa roti aje ke, tak lapar ke nanti?"

"Takkan nak bawak nasi berlauk, nak nasi tu sejuk ke? Ina sanggup ke makan kalau macam tu?"

"Orang tanya aje, itu pun nak marah."

"Tak marah, adab makan itu patut ada. Makan kena senyap." Ina tersengih. Tahu salah dia. Sudahnya dia buat gaya seperti mulutnya di zip. Humaira sangat tertib. Siapa lagi yang ajar dia mestilah bapa kesayangan gadis itu.

"Nanti lepas makan, Ina sambung balik cakap dengan kak Dira." Akhirnya, Humaira menganggukkan kepala. Malas nak layan gadis mulut becok itu. Perut dia sememangnya sudah lapar sejak tadi lagi. Kemudian, plastik roti di simpan di tepi beg. Sisa roti di habiskan. Botol mineral di buka lalu dia meneguk sedikit air.

"Dira dah habis makan ke?"

"Dah." Humaira tersenyum sedikit kepada Zinnirah. Gadis yang bertanyakan soalan kepadanya sebentar tadi adalah seorang yang pendiam. Jadi dia kurang berbual dengan Zinnirah. Dia mulai bangkit, botol mineral juga dia simpan kembali ke dalam beg. Cepat saja Ina memandang dirinya. Mesti mahu menanyakan ke mana dia mahu pergi.

"Jalan-jalan sekejap." Sudah masak dengan perangai Ina. Ina anggukkan kepala sambil tersenyum kecil ke arah Humaira.

"Kalau sesat macam mana?" Humaira tajam memandang ke arah Ayden. Nak sangat aku sesat ke apa?

"Kau jangan nak mulut celupar eh Ayden, aku sebat kepala kau kejap lagi." Jawab Zafir bagi pihak Humaira. Entah apa masalah lelaki itu.

"Aku cakap je, kau apa masalah?" Balas Ayden senadar.

Di Bawah Salju Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang