"HUMAIRA tak nak kahwin dengan Qaid." dengan sekali lafaz dia berkata tanpa berfikir beberapa kali, wajahnya mendung. Kepalanya bercelaru memikirkan banyak perkara. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang ini. Wajah Tuan Umair dipandang sayu, Walid.
"Kenapa adik cakap macam tu?" Panggilan sudah bertukar, sedikit terkejut dia mendengar jawapan anaknya.
"Kalau adik setuju kahwin dengan Qaid. Walid ikut sekali tak duduk dekat istana?" Salah satu sebabnya dia tak nak kahwin dengan Qaid, bukan dia saja saja tapi dia risau dengan keadaan walidnya ketika ini.
"Tak. Walid ada rumah, mestilah duduk rumah sendiri."
"Kalau macam tu, adik tak jadi kahwin dengan Qaid." Kepala direhatkan di atas peha Tuan Umair.
"Sebab walid ke adik tak nak kahwin?"
Humaira menganggukkan sedikit kepalanya tanda mengiyakan jawapan walidnya.
"Tapi walid.." Wajah diangkat memandang ke arah Tuan Umair, kenapa tiba-tiba saja Qaid nak memperisterikan dia. Kenapa jejaka itu tidak memilih mana-mana gadis di dalam negara ini. Kenapa mesti aku? muncul satu persoalan bermain dalam mindanya.
"Adik nak tanya satu soalan." Sambungnya. Kaki sudah duduk bersila, rasa kebas pula kakinya duduk bersimpuh lama sangat. Posisi kedudukan cuba diubah bagi selesa. Humaira pandang wajah Tuan Umair. walid hanya diam menanti soalan yang bakal dilontarkan olehnya, rambut panjang yang mengurai separas pinggang dibiarkan. Mana pergi getah rambut dia sendiri tak tahu, pandai-pandai lah dia datang sendiri.
Nafas ditarik dalam, dia bukan nak perasan tapi dia mahu kepastian. "Qaid suka adik ke?" Wajah walid yang tersenyum nipis dipandang hairan, kepala yang gatal digaru perlahan. Kenapa aku salah ke atau ayat aku n keterlaluan.
"Yang tu tak pasti. Walid ada tanya dia tapi dia tak jawap soalan walid."
"Eh! Tak mahu lah kahwin dengan dia kalau dia tak suka adik. Kang kahwin dia nanti dia pukul adik pula." Tak ada kerja agaknya, tak ada perasaan kat dia tiba-tiba saja nak berkahwin. Apa Qaid ingat perkahwinan ni main-main ke.
"Kenapa adik fikir sampai macam tu sekali." Jauh betul anaknya fikir sampai bayangkan jejaka itu pukul dirinya, tak masuk akal betul alasan Humaira. Apa benda lah anak dia ni dengar sampai terpengaruh.
"Adik bukan apa. Dia tak ada perasaan kat adik tapi dia nak kahwin dengan adik."
"Cuba adik tanya tuan badan sendiri.. lagi satu, Tuan Qaid bukan jenis kaki pukul. Dia tu baik, hormat orang tua. Dari kecik dia dah dilentur dengan baik. Mustahil dia kaki pukul, walid sudah kenal Tuan Qaid tu macam mana."
Terdiam Humaira. Nak jumpa Qaid ke tak? tapi dia dah tolak lamaran Qaid. Dia bukan tahu pun kau dah tolak lamaran dia.
"Walid yakin dia lelaki kedua yang mampu jaga adik selepas walid." Cuaca di luar dipandang sekilas, kemudian dia bangun membiarkan anaknya yang masih duduk di lantai. Dah nak masuk waktu maghrib, dia nak bersihkan diri.
YOU ARE READING
Di Bawah Salju
Spiritual[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan...