38

7.8K 671 20
                                    

KEPALA ditoleh ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA ditoleh ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh seseorang.

"Kakanda Maira cari siapa?" Tegur Zehra yang dari tadi perhatikan dirinya.

"Suami kakanda Maira lah. Zeh.." Terdiam seketika, lupa pula Qaid pergi ke luar negeri beberapa hari untuk menguruskan kerja.

"Rindu kanda eh?" Gadis muda itu bertanya teruja.

Kantoi.

"Mana ada."  Nafinya, macam mana boleh terlepas cakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak ada guna.

"Tipu. Kakanda rindu kanda Qaid kan sebenarnya kan? baik cakap jujur. Kalau tak nanti Zehra bagitahu kanda pasal ni."

"Bagitahulah, itu kan suami kakanda Maira." Kepala di gelengkan.

"Betul ni? Kalau Zehra bagitahu nanti kakanda Maira yang malu."

"Buat apa kakanda nak malu."

"Okay, kakanda tahulah perangai kanda Qaid macam mana kan kalau.."

"Yalah, yalah. Kakanda rindu kanda Qaid." Pandai betul mengugut, bukan tak tahu Qaid kuat menyakat. Cerita tiga bulan lepas pun nak ingatkan balik sebagai bahan jenaka, lelakinya bukan tahu malu, yang menanggung malunya dia sendiri.

"Betullah kata kanda." Zehra tertawa suka.

"Kanda kata apa dekat Zehra?" Apa yang suaminya bongkarkan sampai adik beradiknya tahu.

"Kanda kata isterinya tak pandai berbohong, jadi betullah apa yang kanda Qaid kata dulu." Humaira mengaku bahawa dirinya memang tak reti berbohong dari dulu sampai sekarang. Kalau nak tipu Qaid mesti lelaki itu tahu dulu.

Satu kelemahannya yang tak dapat disorokkan.

"Kakanda Maira tak bosan ke?" 

Humaira menganggukkan kepala, dia pun bosan juga.

"Nampak Muezza tak? Kakanda dah lama cari dia, dari hari tu tak jumpa." Tanyanya, mencari kekasih hati. Dah lama tak peluk Muezza, sekarang masuk bilik pun jarang.

"Muezza pergi mengayat kucing orang lain." Jawab Zehra bosan. Kucing tu sikit pun tak layan dirinya,  sombong betul.

Humaira cekak pinggang, berani betul Muezza menduakannya. Siapa ajar si gemuk tu mengorat kucing lain.

"Kanda Qaid carikan kucing lain jantina untuk Muezza, katanya Muezza dari dulu sunyi." Macam tahu tahu saja apa yang difikirkan.

Bibirnya mencebik, patutlah Muezza dah tak mahu masuk dalam bilik setiap hari. Dah ada pengganti rupanya. Sampai hati Qaid buat dia macam ni.





BUKU yang bersepah di atas meja disusun rapi supaya terlihat kemas, kalau bersepah dia juga rimas.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now