3

12.9K 1K 40
                                    

DIZHWAR mengejutkan tuannya yang sedang lena tidur di bawah pokok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIZHWAR mengejutkan tuannya yang sedang lena tidur di bawah pokok. Semasa menjahit luka, Qaid hanya mengerutkan sedikit dahinya. Mungkin menahan sakit kerana lukanya terus di jahit tanpa di bius terlebih dahulu.

"Dah siap?" Lemah saja suaranya menuturkan kata. Dia lihat lengan baju yang sudah terkoyak lalu terus melihat lukanya. Jahitan kemas.

"Teşekkür ederim. " Qaid tersenyum nipis. Dia menyambut huluran botol daripada Dizhwar. Dengan nama bismillah dia meneguk air sedikit demi sedikit.

"Rica ederim." Dia hanya memerhatikan gerak geri Qaid. Kadang tangan lelaki itu menggeletar. Mahu membantu tetapi di halang oleh empunya badan. Jadi dia hanya jadi pemerhati sahaja.

"Tuan kita rehat sini dulu ya? Keadaan tuan kurang baik, esok lusa kita bergerak pulang." Lembut dia menuturkan kata, risau dengan keadaan Qaid yang sekarang ini.

"Yang lain sudah baik keadaannya?" Qaid mengajukan soalan kepada Dizhwar. Soalan Dizhwar di abaikan. Kalau boleh dia tidak mahu menundakan masa disebabkan oleh dirinya yang cuma terkena hirisan pedang mendiang Adam.

"Semua baik baik saja. Mereka hanya cedera ringan."

"Kita gerak sekarang." Arah Qaid kepada Dizhwar dia tidak kira. Dia mahu menuju ke destinasi lain pula. Dia mengelap darah yang terkena mukanya tadi pada kain putih yang bersih.

"Tapi tuan keadaan tuan.."

"Jika semua tentera dalam keadaan baik. Arahkan semua untuk bersedia, Kita berangkat sekarang." Mahu tidak mahu Dizhwar mengikut saja arahan Qaid. Aura panglima perang wujud kembali dalam dirinya, jadi dia terpaksa mengikut semua arahan Qaid. Dia kata A maka A lah jawapannya. Tiada yang lain.

"Tuan Qaid suruh kita berangkat sekarang." Laung Dizhwar, dia bangun dari bersandar pada batang pokok semua peralatan di kemaskan. Pedang Qaid yang sudah di penuhi darah dia bersihkan dengan kain. Bau darah munusuk kuat pada rongga hidungnya membuatkan dia hampir termuntah.

"Dizhwar." Panggil Qaid lemah. Dia memandang kain yang sudah bertukar warna merah dek darah Adam.

"Ya tuan?" Dia yang sedang membersihkan pedang Qaid terus memandang empunya badan.

"Aku ada ciri-ciri pemimpin ke? Aku teruk ke?" Dizhwar terdiam. Topik suatu ketika dahulu di bangkitkan kembali. Jika di beri permintaan dia sendiri tidak mahu menjawab soalan itu.

Qaid menanti jawapannya. Dia tidak mahu mengingati peristiwa tersebut. Penghinaan yang sangat menyakitkan.

Akhirnya Dizhwar menggelengkan kepalanya.

"Tidak. Tuan tidak teruk. Darah pemimpin ada dalam diri tuan. Semua tuan buat ada kebaikan, tak salah apa yang tuan buat tu."

"Baik ke aku membiarkan seorang wanita terbunuh di depan mata aku sendiri sedangkan suaminya menghina aku sebagai pemimpin yang teruk?" Dizhwar terdiam. Perbuatannya yang sedang mengelap pedang Qaid sebentar tadi tergendala.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now