PINTU rumah ditutup dari luar. Sebelah tangannya lagi tidak lepas memegang Muezza, kucing kesayangannya. Hari ini ibunya akan pulang semula ke istana untuk berkhidmat di sana seperti biasa. Humaira terus bergerak masuk ke dalam kereta kuda sementara bapanya yang jadi pemandu di hadapan. Dia duduk bersama ibunya di dalam kereta kuda.
Humaira pandang wajah ibunya. Senyuman nipis diberikan kepada wanita yang sudah separuh abad itu, dia akan rindu wajah syurganya. Sedar renungan Humaira, segera dia berpaling menghadap Humaira yang tersenyum ke arahnya.
"Kenapa sayang?" Soalnya lembut. Renungan sayu Humaira membuatkan dirinya sebak secara tiba tiba. Dia tak boleh tengok wajah Humaira, dia rasa bersalah. Rasa bersalah yang menggunung, sekilas dia memandang ke arah lelaki yang sedang mengawal kereta kuda itu. Kemudian, matanya tertumpu pada Humaira semula.
"Bila ibu boleh balik lagi?"
"Tengoklah, kalau pihak istana bagi ibu balik. Kenapa?"
"Adik nanti rindu lah." Kepala diletakkan pada bahu ibunya. Tidak lupa juga, lengan ibunya juga turut dipeluk. Matanya pandang saja susuk tubuh bapanya dari belakang. Masih segak! tetap menjadi idolanya.
Humaira pandang semula ke arah ibunya, apabila wanita itu tidak memberikan sebarang jawapan, dia tertanya-tanya. Adakah ibunya dengar apa yang dia katakan atau berpura-pura tidak dengar. Dia cuba berfikiran positif. Mungkin ibu letih kot Humaira, lepas ni nak kerja balik.
Diusap usap lengan ibunya. Senyuman tidak lengkang dari bibir, dia tak mahu syurganya itu jauh darinya. Jika sekarang, dia pun sudah rasa kehilangan orang istimewa. Ini kan pula, kehilangan orang yang paling dekat dengannya. Dia tak sanggup dia tak sedia untuk hilang kedua dua ibu bapanya. Dia masih perlukan dua insan itu.
"Ibu jangan tinggalkan adik tau." Lengan ibunya itu ditepuk lembut bagi memperingatkan wanita tersebut. Dia pejamkan mata. Tiba-tiba rasa mengantuk, dengan cuaca yang sejuk ni dia rasa dia patut tidur sementara sampai ke istana. Biarlah sekejap pun, asalkan dia boleh tidur. Dia dah mengantuk sangat dah ni. Sempat mata dicelikkan memandang walid pujaan hatinya.
"Walid okay ke bawak? Sejuk tak?" Lemah saja suaranya, dia ngantuk sangat. Dengar saja suara serak Tuan Umair dia, terus menutup mata. Nanti dah sampai kejut lah dia. Dia nak rehatkan mata kejap.
Pandangannya gelap, telinganya juga tidak lagi dengar apa apa. Humaira dah masuk dalam mimpi.
"Umair, awak dengar apa yang Maira kata tadi?" Dia memandang Humaira sekilas lalu pandangannya fokus pada susuk tubuh Umair. Dia tahu laki tu juga turut rasa bersalah.
"Dengar."
"Sampai bila awak nak jelaskan semuanya pada Humaira yang kita dah tak ada apa apa kaitan? Saya tak sanggup, saya rasa bersalah sangat. Saya takut dia kecewa." Ujar wanita tersebut. Kepala Humaira yang dibaluti dengan tudung itu diusap sekejap. Dia tak boleh pandang muka polos gadis itu. Rasa berat hatinya.
YOU ARE READING
Di Bawah Salju
Spiritual[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan...