12

9.5K 1K 73
                                    

HUMAIRA duduk bertentangan dengan Tuan Umair

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

HUMAIRA duduk bertentangan dengan Tuan Umair. Kucing putih yang berada di tangan walidnya tadi bertukar tuan sekali lagi lalu dia mencium kepala muezza berkali-kali. Geram! bulunya yang tebal membuatkan Humaira ingin menggomol kucing tersebut.

"Tadi tu siapa walid?" Tanya Humaira kepada Tuan Umair mengenai jejaka tampan yang berada bersamanya sebentar tadi.

"Dia tu anak lelaki Tuan Omer, ketua wilayah utara Turki." Humaira hanya menganggukkan kepalanya berkali kali.

"Siapa nama dia walid?" Berbasa-basi saja soalan yang diajukan, cukuplah dia mengenali nama lelaki itu saja. Dia tidak berminat mengetahui dengan lebih lanjut.

"Hazrat Zeki."

Kacak. Tuan empunya badan setanding dengan kekacakan Qaid. Cuma dia tertarik sedikit dengan anak mata jejaka bernama Hazrat ini, warna anak matanya adalah warna amber. Warna mata yang jarang sekali ditemui.

"Humaira, walid ada benda nak beritahu." Tenang Tuan Umair menuturkan kata. Dia perhati saja kelakuan anak perempuannya yang bermain bersama kucing putih pemberian Qaid.

"Apa dia walid?" Dia terus memandang ke arah walidnya. Tangannya masih licah menggeletek tubuh Muezza.

"Jangan keluar rumah kalau ada lelaki ataupun mana-mana orang di kawasan ini bertandang ke rumah."

"Kenapa? bukankah walid sendiri pernah cakap yang tetamu adalah pembawa rezeki. Kenapa walid nak menyekat rezeki yang Allah nak bagi dekat kita?" Tuan Umair terdiam, anaknya sudah pandai berkata kata. Dia dapat lihat kematangan anak perempuannya. Dia memandang tepat ke wajah Humaira kemudian Umair tersenyum nipis apabila wajah Humaira seakan sama seperti isterinya ketika masih muda.

"Bukan niat walid nak melarang tetamu bertandang ke rumah. Tetapi dekat sini bahaya Maira, dekat sini tak sama dengan keadaan di sana. Lagipun Turki bukan sepenuhnya aman. Jadi sebab itulah walid tak benarkan Maira keluar rumah tambahan Maira ni gadis yang belum dikahwini."

"Dekat Turki ni menjaga anak perempuan yang belum dikahwini juga satu tanggungjawab yang besar. Walid tak nak apa-apa jadi dekat Maira, lagi-lagi kalau walid tak ada dekat rumah. Tadi pun selamat Hazrat yang datang, walid kenal dia. Kalau orang lain? Dan walid sendiri tak kenal siapa orang tu, macam mana walid nak jaga permata walid yang sorang ini. Humaira berharga buat walid lebih berharga dari apa pun." Luahan dari seorang bapa kepada anak gadisnya. Dia tak mahu jika suatu hari nanti dia telah pergi dan anaknya rosak di sini. Penat dia dan isterinya membesarkan Humaira dengan didikan agama yang sempurna dan bagai menatang minyak yang penuh

"Contohnya, satu muzium ni ada permata dan dekat luar permata tu dijaga dengan kotak kacak yang tebal dan sukar untuk dipecahkan. Orang yang datang hanya dapat melihat tetapi tidak dapat menyentuh permata itu kerana ada kaca yang menjadi pelindung kepada permata dan mungkin orang akan menyentuh kaca untuk mendapatkan permata tersebut. Macam tu juga Maira sebagai permata dan walid sebagai kaca yang sukar untuk dipecahkan."

Di Bawah Salju Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang