50

11.7K 843 224
                                    

5 Tahun Kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5 Tahun Kemudian.

Kasut yang hampir hanyut dibawa arus sungai dia ambil dengan menggunakan kayu. Setelah itu, kasut tersebut diletakkan di atas rumput yang menghijau lalu dibiarkan di bawah matahari.

Buah epal yang jatuh dikutip oleh Humaira dan dimasukkan ke dalam bakul.

"Tuanku, nak Aylin tolong?" Suara seorang wanita menyapa Humaira dari belakang.

Badan dipusingkan menghadap empunya badan yang menegurnya tadi. Senyuman nipis terukir di bibir Humaira apabila melihat wanita di hadapannya ini.

"Aylin tolong petik epal yang dah masak, saya nak edarkan epal ini dekat orang kampung."

Wanita itu menganggukkan kepala lalu memetik buah yang sudah dimasak.

"Aylin."

Pergerakannya terhenti apabila namanya disebut oleh Humaira, dia memandang ke arah Humaira yang sedang membersihkan kasut.

"Saya cemburu dengan kebahagian awak." Ujar Humaira tetapi tiada nada cemburu dalam ayatnya.

Kening diangkat. "Kenapa perlu cemburu dengan saya? Saya lagi cemburu dengan Tuanku."

Mata mereka bertemu antara satu sama lain, dalam anak mata Aylin memandang Humaira yang sedang berdiri memegang bakul.

"Awak bahagia dengan suami awak, Hazrat. Sedangkan saya tak cukup lagi kasih sayang daripada suami saya. Saya larikan diri."

Ayat yang keluar dari mulut wanita itu mampu membuatkan dirinya serba salah.

"Tuanku. Walaupun saya bahagia, saya tak mampu untuk menjadi wanita sehebat Tuanku." Buah epal yang penuh di tangan dia masukkan ke dalam bakul yang dipegang oleh Humaira.

"Kalau awak berada di tempat saya lima tahun lepas. Apa yang akan awak buat? Sama ada tegakkan kebenaran walaupun awak terseksa ataupun larikan diri macam saya kerana tak tahan dengan apa yang awak hadap?" Tanyanya secara tiba-tiba.

Sudah lama dia nak tanyakan soalan itu kepada Aylin kerana perwatakan gadis itu sama sepertinya. Jadi dia nak tahu apa jawapan Aylin.

"Tuanku, kenapa tiba-tiba tanya perkara yang saya tak pernah terfikir?"

Bahu diangkat.

"Saya nak tahu jawapan awak sama dengan saya atau sebaliknya, lagipun perangai kita sama."

Dia tertawa kecil. "Saya tak seperti Tuanku. Jawapan saya sama dengan Tuanku, saya akan larikan diri atau mungkin saya lebih teruk dari itu. Boleh jadi saya akan pergi jauh dari sini, tapi Tuanku tak buat macam apa yang saya fikirkan. Tuanku ada di sini bertahan dan abaikan semuanya sekali."

Tangannya mencapai kasut di atas rumput hijau itu.

"Tuanku benci dengan Tuanku Qaid?" Laju Humaira menggelengkan kepala. Sebenarnya dia tidak pernah membenci Qaid walaupun sekali, cuma dia kecewa dengan suaminya itu.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now