48

9K 773 166
                                    

"FURKAN kau nak ke mana?"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"FURKAN kau nak ke mana?"

Hazrat mengejar kembarnya dari belakang yang sedang jalan lurus ke hadapan melepasi setiap pokok di hutan. Furkan berjalan menuju ke arah wilayah utara. Dia sendiri tak tahu ke mana lelaki itu ingin pergi.

"Jangan ikut aku please,  bukan urusan kau, Haz." Katanya tanpa memandang Hazrat yang mengekorinya dari tadi. Lagi cepat kaki melangkah, lagi laju kaki Hazrat mengejarnya dari belakang.

"Sekurang-kurangnya, bagitahu aku dulu kau nak pergi mana. Kau memang nak suruh satu keluarga risau pasal kau ke?"

Furkan berhenti lalu memandang Hazrat di belakang.  "Ada aku suruh risau pasal aku? Tak ada kan,  jadi kau tak perlu pura-pura ambil berat tentang aku. Hidup aku,  pandai lah aku uruskan."

"Salah ke aku nak berbaik dengan kau?  Jahat sangat ke aku dulu sampai kau berdendam? Kalau aku salah aku minta maaf."

Furkan mendecit, rimas dengan Hazrat yang dari tadi mengekorinya.

"Aku tak kesah yang itu.  Yang aku kesah sekarang ni, kau boleh pergi jauh-jauh tak?  Aku tak suka kau ikut aku."

"Boleh. Aku boleh pergi tapi kau kena bagitahu aku, kau nak pergi mana?" Katanya dengan nada yang tenang. Dibiarkan sahaja Furkan menjeling ke arahnya.

"Aku nak pergi istana, aku nak serahkan diri dekat Qaid."

Hazrat terdiam. Lupa yang Furkan larikan diri dari penjara bawah tanah. "Betul ke nak pergi?  Kau cuma larikan diri. Tak akan kau nak serahkan diri, cuba lah minta maaf dengan Tuanku Qaid.  Mesti baginda faham. Lagipun kau dah berubah."

Kepala di gelengkan berkali-kali sambil tersenyum hambar.

"Salah aku banyak dekat Qaid, ada yang kau tak tahu. Aku serahkan diri sebab aku rasa bersalah dekat dia."

"Tapi.."

Badan dipusingkan menghadap Hazrat. Wajah si kembarnya yang tenang membuatkan hatinya serba sedikit rasa lega.

"Haz kau dengar sini. Kesalahan pertama aku sebab aku sihir Qaid, kedua sebab aku larikan diri dan sebab yang ketiga aku halakan anak panah dekat Humaira dengan panah beracun yang mengandungi ayat mantera. Kau ingat hati aku tenang ke kalau aku minta maaf dan lepaskan diri macam tu je? Aku hampir ragut nyawa dua orang." Furkan memandang pokok sambil menggerakkan rahang.

Lega sebab dapat lepaskan semuanya. Pada masa yang sama, dia takut untuk menelan kenyataan yang pahit. Macam mana dia nak berhadapa dengan semua ni.

"Kalau kau pergi perkampungan Murabbi lagi, tolong sampaikan dekat Humaira yang aku minta maaf dengan dia. Jelaskan sekali perbuatan yang pernah aku buat dekat dia dulu." Katanya. Furkan belum meminta maaf kepada Humaira setelah apa yang dia buat kepada wanita itu.

"Kenapa kau serang Tuanku Humaira? Apa salah baginda sampai kau buat macam tu." Terkejut dengan pengakuan Furkan, bukan tentang Qaid yang hampir di sihir atau Furkan larikan diri. Tetapi sebab kembarnya itu menyerang Humaira. Sedangkan wanita itu tidak ada kena mengena dalam hidup Furkan.

Di Bawah Salju Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang