59

16.2K 800 368
                                    

"KENAPA duduk sorang-sorang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KENAPA duduk sorang-sorang ni. Papa mana? atuk? pak cik? Is tak nak main ke hari ni? Selalunya Is ajak atuk main sekali." Rambut milik Iskeder disikat guna jarinya supaya nampak kemas.

Nasib dia tergerak hati nak pergi tingkat empat. Iskender ada dekat bilik bacaan seorang diri. Yang peliknya, macam mana anak dia ada dekat dalam bilik ini sedangkan bilik bacaan sentiasa berkunci.

Ada dua orang sahaja makhluk Allah yang ada kunci bilik ini iaitu Sultan Aziz dan Qaid.

"Papa mana?" Tanya Humaira. Mana tahu nanti mereka berdua tengah mengata pasal Qaid, tuan badannya muncul.

Tahu-tahu je ada dekat belakang dia tengah perhati dirinya dengan Iskender.

"Papa hilang. Tadi papa pergi atas lepas tu papa turun bawah lepas tu papa lari-lari. Papa naik atas balik lepas tu papa tak ada." Jawab Iskender dengan tangan bergerak menunjuk ke atas dan ke bawah.

Berkerut dahi Humaira. Tak faham apa yang Iskender sampaikan.

"Okay, papa hilang kat mana tu?" Pipi Iskender yang semula jadi kemerah merahan itu dia usap lembut. Rupa Iskender dan Qaid hampir sama kesemuanya kecuali bibir dan mata yang ikutnya.

"Tak tahu." Jawabnya dengan selamba.

"Is tak nak main dengan atuk dengan pak cik?" Pelik. Biasanya Iskender suka apabila ajak bermain.

"Hari ni Is nak baca buku. Is tengah sibuk ni bonda."

Ternaik sebelah kening Humaira. Cakap macam orang besar, padahal baru empat tahun. Kuda dengan keldai pun tak reti beza lagi.

"Pandai baca ke?" Humaira bertanya, saja mahu memerli anaknya.

Anggaran umur seperti Iskender sepatutnya masih belum petah bercakap tetapi anak dia mempunyai kelebihan tersebut. Namun, Iskender masih tidak tahu banyak perkara walaupun anaknya itu petah berkata-kata.

"Pandai." Suaranya yang penuh yakin.

Kaki digoyangkan berkali-kali di atas kerusi yang di duduknya sambil mata tidak lepas memandang buku yang berada di tangan.

"Boleh percaya ke? Bagitahu bonda Is baca cerita apa. Bonda nak dengar juga Is baca buku."

Buku cerita bergambar itu dipandang sekilas oleh Humaira. Helaian sebelah kanan cerita manakala helaian sebelah kiri mempunyai cetakan bergambar.

"Dia tolong budak kecil lepas tu tamat." Jari menunjuk ke arah gambar seorang abang membersihkan lutut adik lelaki.

Lalu Iskender terus tutup buku dan diserahkan kepada Humaira. Iskender menguap kerana dirinya sudah mula mengantuk.

Baca buku memang membosankan.

"Apa kebaikan cerita yang Is baca tu?" Buku yang berada di tangannya dia letakkan atas peha.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now