HUMAIRA jalan berhati-hati di kawasan perkarangan kubur Islam itu, takut jika terlangkah kubur orang lain.
Kubur milik walidnya dia hampiri.
Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke sini. Kali terakhir Humaira menziarahi kubur Tuan Umair adalah lima tahun lepas sebelum peristiwa hitam itu berlaku.
Hari ini dia datang buat kali kedua, tetapi dengan perasaan yang bercampur baur kerana kubur arwah ibu apanya bersih seperti ada orang yang membersihkannya.
Tertanya juga dia, siapa yang membersihkan kubur kedua ibu bapanya. Sangat bersih.
"Assalamualaikum ibu, walid. Maira baru datang. Maaf selama ni Maira tak datang bacakan Yasin untuk ibu dengan walid."
Humaira mula duduk di atas rumput yang hijau itu. Surah Yasin dibuka.
Dimulakan dengan surah Al-Fatihah, kemudian barulah bacaan Yasin dibaca olehnya.
Allah SWT berfirman:
"اِنَّا نَحْنُ نُحْيِ الْمَوْتٰى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوْا وَاٰ ثَا رَهُمْ ۗ وَكُلَّ شَيْءٍ اَحْصَيْنٰهُ فِيْۤ اِمَا مٍ مُّبِيْنٍ"
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata."
Angin sempoi bahasa menampar kulit pipinya. Hanya dia seorang sahaja yang berada di kawasan perkuburan pada waktu itu.
Pokok yang ditanam pada kubur ibu bapanya tumbuh dengan subur sekali.
Rumput juga tiada di atas kubur itu.Yasin ditutup apabila Humiara sudah membaca sehingga habis.
Batu nisan milik kedua Tuan Umair dan Puan Summayah diusap perlahan.
Bibir mengukir senyuman nipis. "Ibu, walid. Maira dah ada sorang anak, Iskender Hakan. Maira ajar anak Maira sama seperti ibu dengan walid ajar Maira masa kecil. Maira tak sempat bawa Iskender ke sini, mungkin lain kali Maira bawa dia datang tengok kubur ibu dengan walid." Katanya dengan nada suara yang sayu.
Sekurang-kurangnya dia sempat jumpa walidnya sebelum meninggal dunia.
"Mungkin lima tahun lepas Maira menderita sebab orang ketiga, tapi sekarang Maira dah bahagia. Satu satunya anak ibu dengan walid dah bahagia sepenuhnya di bawah tanggungjawab kanda Qaid." Tangannya tidak henti mengusap batu nisan kepunyaan dua insan yang bergelar ibu bapa.
"Maira rindu panggilan adik." Katanya lagi sambil tertawa kecil.
"Hazrat banyak tolong Maira, dia tunjukkan jalan pergi ke perkampungan Murabbi. Habib pun sama." Sambungnya lagi.
YOU ARE READING
Di Bawah Salju
Spiritual[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan...