22

9.8K 886 128
                                    

SEBELUM subuh lagi Qaid sudah bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud seperti sudah menjadi kebiasaan, dia tidak akan meninggalkan solat sunat yang satu itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SEBELUM subuh lagi Qaid sudah bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud seperti sudah menjadi kebiasaan, dia tidak akan meninggalkan solat sunat yang satu itu. Ayahanda sudah mendidik dari kecil lagi supaya tidak meninggalkan solat sunat tahajjud.

Qaid memandang Humaira yang masih lena di atas katil, posisi tidurnya tidak berubah. Sedikit pon tiada senyuman dari bibir Qaid untuk Humaira, kadang dia kasihan pada isterinya kerana menjadi mangsa. Mangsa yang tidak bersalah. Kemudian, dia memandang lengannya yang meninggalkan kesan jahitan, rasa sakit terkena pedang masih lagi terasa. Sedar tidak sedar sudah hampir setahun dia mengenali Humaira, wanita itu lah yang meninggalkan corak pada lengannya.

Qaid mengambil penyapu di hujung penjuru bilik lalu dia menyapu debu debu yang ada pada biliknya. Tidak lupa juga bibir dibasahi dengan zikrullah. Dia berterima kasih dengan ayah mentuanya kerana mengingatkan hal yang satu itu, selalu lah berzikir walaupun melakukan sekecil-kecil perkara.

Habuk yang terkumpul dimasukkan dalam tong sampah yang sememangnya ada di dalam bilik. Seiringan dengan itu azan subuh terus berkumandang, Qaid terus meletakkan penyapu dan membentang sejadah untuk dia dan isterinya.

Kaki melangkah mendekati katil milik mereka berdua, lengan baju isterinya ditarik untuk mengejutkan Humaira.

"Bangun Humaira, solat." Dia perhatikan wajah Humaira dari dekat. Bersih. Hidung mancung. Sempurna bentuk wajah Humaira tapi dia mengahwini wanita itu bukan kerana paras rupa atau nafsu semata tetapi dia mengahwini wanita itu kerana perasaan sayang yang ada dalam hatinya.

"Humaira solat. Dah azan subuh ni." Terus Humaira bangun dari tidurnya, mata dikecilkan memandang Qaid lalu dahi dikerutkan.

"Awak siapa?" Humaira bertanya. Kain di tepi katil diambil untuk menutupi rambutnya. Jadi tidak tentu arah apabila rambutnya terdedah.

"Suami."

Lama Humaira terdiam. Mata dipejamkan dia cuba mengingati semula apa yang terjadi. Perlahan-lahan dia membuka semula kain yang menutupi rambutnya.

"Maaf, saya lupa saya dah kahwin." Senyuman nipis diberikan kepada Qaid lalu tangan suaminya diambil untuk di salam, rasa bersalah pula kerana lupa suaminya.

"Ya Allah Humaira, wuduk aku batal." Penat dia menjaga wuduk dan wuduknya batal dalam sesaat kerana isteri kesayangan.

"Mana lah tahu awak ada wuduk. Tak apa kalau begitu awak amik semula wuduk, bukan jadi masalah besar." Dia terus turun dari katil kemudian memimpin tangan suaminya ke bilik wuduk. Qaid tahan geram, mahu saja dia memeluk isterinya dengan erat untuk melepaskan geram.



SELESAI sahaja solat subuh, Qaid terus mengambil sebuah Al-Quran dan dia duduk bertentangan dengan isterinya.

"Baca." Arahnya, kepala Humaira yang berlapik telekung  sempat dia cium. Geram masih bersarang dalam diri kerana hal tadi.

Di Bawah Salju Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang