9

10.9K 1K 80
                                    

QAID dan Dizhwar melalui hutan yang tebal dengan salji

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

QAID dan Dizhwar melalui hutan yang tebal dengan salji. Kali ini hala tuju mereka ke arah kawasan selatan. Bukan niat untuk berperang tetapi Qaid diminta untuk melawati kawasan perkampungan tersebut. Tidaklah jauh perjalanannya.

Lagipun sejak belakangan ini, dia kerap kali lalu kawasan ini. Qaid sendiri tidak tahu mengapa dia selalu berjalan di sini sedangkan dia tiada tujuan yang penting, malah untuk berjumpa dengan orang yang penting pun tidak. Dia sedar sejak anak Tuan Umair hadir, dia seperti tertarik untuk datang ke sini. Setiap kali dia singgah di perkampungan tersebut, Qaid tidak lupa untuk lalu di kawasan perumahan Tuan Umair. Mungkin dia berharap dia akan jumpa anak dara Tuan Umair apabila gadis itu keluar dari rumah.

Tak. Kau tak patut buat macam ni Qaid, dia wanita ajnabi. Kau tak boleh buat macam ni.

"Dizhwar, kita pergi jalan laluan sana terlebih dahulu." Ujar Qaid. Kerana perkampungan di sini agak besar, jadi mereka mengambil keputusan untuk mengawasi bahagian hujung sekali.

Cuaca agak sejuk kerana salji yang turun tanpa henti sejak malam tadi. Sebelum mereka bergerak, Dizhwar bercadang untuk meletakkan kuda mereka berdua ke dalam kandang kuda yang sudah tersedia di kampung tersebut. Qaid hanya akur sahaja dengan permintaan Dizhwar, dia tidak kisah. Qaid sendiri pun tak ada apa nak diperkatakan.

Selesai meletakkan kuda ke dalam kandang, mereka berdua terus keluar dari kandang dan bergerak ke bahagian hujung kampung tersebut. Di situ tiada kawasan perumahan tetapi terdapat beberapa buah kedai dan tiada sorang pun yang berada di luar kedai. Keadaan pun agak sunyi. Mereka berdua hanya berjalan sambil mata melilau memandang ke arah sekeliling.

"Tuan." Panggil Dizhwar. Panggilannya seperti hendak bertanyakan sesuatu yang penting sahaja, kerana nada suara Dizhwar tidak seperti kebiasaannya.

"Apa?" Sesekali dia menyepak salji yang berada laluannya.

"Mendiang Adam itu siapa sebenarnya, kenapa ramai sangat pengikutnya?"

"Adam tu sebenarnya ketua yang menubuhkan gerakan Illuminati. Dia berfikir bahawa syaitan bukan makhluk yang hina tetapi melambangkan kejujuran, keberanian dan kebebasan. Dia anggap syaitan sebagai makhluk  yang telah mendapatkan pengampunan Tuhan dan sebagai bukti penebusannya. Ajaran ini ditanamkan kepada para anggota Illuminati bahawa fahaman Satanism merupakan bentuk evolusi kemanusiaan."

Terkejut Dizhwar dengan pengakuan Qaid, bukan kerana Qaid tahu latar belakang Adam tetapi dia terkejut dengan siapa Adam sebenarnya, patutlah apabila Adam sudah di bunuh ramai pengikutnya yang dahulu memeluk agama Islam. Dia tak sangka Adam tu ketua yang membuat gerakan Illuminati.

"Sampai macam tu sekali?" Mereka berdua lalu pula pada bahagian jalan yang lain apabila sudah puas mengawasi bahagian hujung kampung itu.

Qaid menganggukkan kepalanya.

"Adam Weishaupt ada lima tujuan akhir mengikuti sumpah kaum Kabbalis kuno. Dia tinggalkan ajaran kotalik dan membuat jaringan kospirasi baru yang disebut Konspirasi Lucifer dan Gereja Syaitan." Sesekali Qaid menjawab salam pada orang kampung di situ. Tidak lupa juga dia membalas senyuman mereka semua yang berada di kawasan tersebut.

Di Bawah Salju Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang