46

8.5K 763 123
                                    

TANGAN yang ingin melepaskan anak panah terhenti apabila suara seseorang membantutkan pergerakan Humaira

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TANGAN yang ingin melepaskan anak panah terhenti apabila suara seseorang membantutkan pergerakan Humaira. Diturunkan busur panah ke sisi lalu memandang wajah seorang pemuda yang dikenali sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Tuanku tak penat ke? Dari tadi saya tengok Tuanku sasarkan anak panah dekat pokok, saya risau Tuanku jatuh sakit."

Humaira tersenyum nipis kemudian kepala di gelengkan.

"Tuanku belum baik sepenuhnya. Rehat lah sebentar."

Lihat saja wajah risau Hazrat membuatkan Humaira tergelak kecil. Kalau penat, dia sendiri akan berhenti melakukan aktiviti memanah. Tetapi dengan cuaca redup pada pagi ini membuatkan Humaira bersemangat untuk melakukan aktiviti begini.

"Saya ada satu soalan nak tanya dekat awak, Hazrat."

"Apa yang Tuanku nak tanya? Soalan senang sampai soalan susah pun saya boleh jawab." Rambutnya dibiarkan ditiup angin. Bibir mengukir senyuman lebar untuk wanita itu di hadapannya.

"Kenapa awak ambil berat sangat tentang saya? Boleh awak terangkan?" Humaira melirik ke arah kanak-kanak yang saling kejar mengejar lalu pandangannya tertumpu pada Hazrat, menanti jawapan si jejaka.

Hazrat terdiam apabila soalan tersebut ditujukan, senyumannya pudar. Anak mata Humaira dipandang lama seperti ada sesuatu yang dia ingin sampaikan.

Saya pernah suka Tuanku. Ujarnya dalam hati.

"Sebab Tuanku kan seorang wanita. Wanita itu perlu di jaga sebaik-baiknya, mestilah saya ambil berat tentang Tuanku. Lagipun Tuanku ada hubungan dengan kerabat diraja." Tangan naik menggosok lehernya, cuba menutup kegusaran. Dia cuba melupakan Humaira walaupun susah, mungkin untuk lupakan wanita itu perlu mengambil masa bertahun tahun.

"Apa maksud awak pada malam itu Hazrat? Awak cuba sampaikan sesuatu yang tak jelas bagi saya."

"Malam yang mana Tuanku maksudkan?" Tanyanya berpura-pura tidak mengetahui apa yang diberitahu oleh Humaira.

Humaira melihat jejaka itu sekilas sebelum busur panah dan anak panah disandarkan pada batang pokok. Lenguh tangan pegang busur lama lama.

"Malam yang awak bergaduh dengan suami saya."

Air liur ditelan kasar, tak ada jawapan untuk soalan yang ditujukan. Tak sangka pula soalan yang ditanya adalah soalan luar daripada akal fikirannya.

Dia berdehem untuk menghilangkan debaran di dada.

"Tuanku jangan fikir yang bukan-bukan. Apa yang saya cakap malam itu hanya spontan dari mulut saya. Saya nak sedarkan Tuanku Qaid, sebab baginda sudah melampau."

Di Bawah Salju Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang