17

9K 889 177
                                    

MATA Humaira terbeliak besar menghadap ke arah dinding, dadanya tercungap-cungap

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


MATA Humaira terbeliak besar menghadap ke arah dinding, dadanya tercungap-cungap. Dia mimpi buruk, tidak tahu sama ada mimpi itu akan berlaku atau tidak. Dia cuba untuk mencari oksigen supaya pernafasannya kembali stabil. Dahi berkerut melihat sebuah bilik yang asing baginya, tidak pernah dia melihat atau masuk ke dalam bilik ini.

Kepala menoleh ke kanan, ada gelas kaca dan bekas yang berisi jarum. Tangan cuba digerakkan untuk menjatuhkan gelas kaca yang berada di atas meja untuk menarik perhatian, takut-takut ada orang di luar bilik.

Humaira menggelengkan kepala melihat tangan kanannya tidak bergerak walaupun dia sudah berusaha untuk menggerakkan.

"Walid!" Humaira menjerit, tangan kiri menepuk kuat tangan kanan untuk merasakan kesakitan tetapi tangannya tidak memberi sebarang rangsangan.

"Walid." Dia melaung lagi nama Tuan Umair. Tak mungkin.

Pintu bilik dibuka dari luar, terpancul wajah Zehra yang terkejut melihat Humaira. Segera dia mendekati gadis itu dengan langkah tergesa-gesa. Tangan naik ke muka untuk mengelap pipi si gadis yang sudah lencun dengan air mata.

"Humaira kenapa menangis? ada benda buruk berlaku.." Kata-katanya terhenti apabila terpandang lengan Humaira yang dibalut dengan pembalut kain putih lalu dia mengeluh kecil.

"Ta.. tangan tak boleh bergerak." Sebak rasanya. Baru dia sedar bertapa pentingnya anggota badan yang Allah sudah beri kepadanya dengan keadaan sempurna, sekarang nikmat itu hilang. Paling menyedihkan apabila nikmat yang ditarik adalah tangan kanannya, tangan untuk makan dan menulis.

"Saya cacat ke?" Tanyanya lemah, rasa hilang semangat nak hidup dan malu untuk ke dunia luar. Paling malu untuk bertemu dengan keadaan cacat sebegini.

Zehra terdiam, kemudian dia bangun lalu beredar keluar dari bilik. Humaira tertunduk sebak. Kenapa Zehra pergi macam tu? mungkin dia tidak mahu jumpa aku lagi sebab aku cacat, desis hatinya."Walid.. Maira nak walid."

Tiba-tiba susuk tubuh seorang perempuan masuk ke dalam biliknya beserta senyuman manis. Wanita itu mendekati katil yang  menempatkan dirinya, segera air mata di kesat kembali.

"Cik Humaira sudah bangun?" Tanyanya Humaira, habis muka gadis itu merah padan akibat menangis

"Awak siapa?"

"Saya doktor Aysenur. Doktor yang rawat Cik Humaira sepanjang cik tidak sedarkan diri." Dia duduk di sisi katil Humaira, lengan Humaira diperhatikan sekilas lalu bergerak ke kaki pula.

"Berapa lama saya tidak sedarkan diri di sini?" Rasanya kemarin dia baru sahaja sihat dan berjalan jalan bersama walid sebelum walidnya pergi menyelesaikan perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Hmm, lama juga Cik Humaira tidak sedarkan diri. Saya fikir Cik Humaira akan sedar selepas sehari kejadian itu berlaku, tetapi saya sendiri salah tafsir."

Di Bawah Salju Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang