HAZRAT turun dari tunggangan apabila melihat keadaan di hadapan istana, suasana di hadapan istana ketika itu menjadi dingin kerana perbalahan kecil antara Qaid dengan Adam yang baru sahaja tiba.
Kelibat Adaskhan yang berada di tingkap bilik memberi isyarat mengarah dia untuk pergi ke pintu belakang istana. Hazrat menganggukkan kepala lalu mengambil jalan jauh supaya kewujudannya tidak diketahui oleh mereka.
"Hazrat." Kelibat Hazrat menyapa sepasang mata Adaskhan yang baru sahaja tiba di pintu belakang istana, kelihatan lelaki itu mencari dirinya.
"Buka pagar ini." Arahnya kepada pengawal yang menjaga.
Susuk tubuh lelaki itu segera dia hampiri setelah kaki melangkah keluar dari pagar istana.
"Ada apa Tuan Adaskhan?"
"Mengapa kau ada di sini?" Tanyanya sambil melihat Hazrat atas bawah.
"Tadi semasa saya berjalan di dalam hutan, saya terdengar Adam dan tenteranya ingin menyerang Tuan Qaid. Saya terus bergegas ke sini untuk memaklumkan hal ini kepadanya." Terang Hazrat yang berdiri di hadapannya ketika itu, putera kedua anak Sultan Aziz ini sedikit pendek berbandingnya.
"Kau mahu sertai pertempuran ini?" Adaskhan kembali menyoal.
"Saya tidak membawa sebarang senjata bersama."
Adaskhan mengangguk.
"Aku rasa kau perlu sertai pertempuran ini kerana dah lama kau tak masuk ke dalam gelanggang kan?" Senyuman nipis terukir di bibir Hazrat setelah mendengar kata-kata Adaskhan.
Kepala dianggukkan.
"Mari ikut aku." Kunci bilik senjata ditayangkan kepada Hazrat lalu dia melangkah terlebih dahulu masuk ke dalam istana dan diikuti oleh Hazrat.
Telinganya sempat mendengar suara Adam yang menjerit. Barangkali lelaki tua itu sedang marah kepada abangnya.
Hal ini diketahui oleh ayahanda tetapi ayahanda kata dia percaya pada Qaid bahawa abangnya mampu berperang tanpa kawasan dalam istana dicerobohi oleh Adam.
Pagar bilik senjata dia tolak ke tepi apabila kunci dimasukkan ke dalam manga. Bukak sahaja pintu, Adaskhan terus tersenyum melihat barang yang ada di situ, bilik itu dilengkapi oleh pelbagai jenis senjata perang.
"Pilih lah yang mana kau mahu." Kata Adaskhan mempersilakan Hazrat mengambil mana-mana senjata untuk dibawa bertempur.
"Senapang?" Hazrat menggeleng. Dia tidak mahu memilih senjata tersebut.
"Pedang?" Tetap juga dia menggeleng.
"Tombak?" Lagi sekali dia menidakkan soalan Adaskhan.
Matanya tercacap pada satu senjata yang tergantung di dinding.
"Saya pilih untuk memanah." Anak panah yang tergantung dia ambil bersama keperluan memanah yang lain.
Ya, memanah. Dia ingin menyerang musuh dari jauh.
YOU ARE READING
Di Bawah Salju
Spiritual[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan...