QII 01

567 49 4
                                    

LAGU Bring Me To Life kedengaran lagi, entah kali yang ke berapa. Aku masih baring di sebalik selimut tebal, membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Tak perlu tengok pun pemanggilnya, aku sudah tahu siapa. Nyaris aku block nombornya tapi aku juga tak tahu kenapa sampai sekarang masih tak buat begitu. Mungkin sebab panggilan itu sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Klak!

"Oi bangun, mama panggil breakfast."

Dia terjah masuk ke bilikku tanpa mengetuk terlebih dulu. Terasa jari telunjuknya mencuit hujung kakiku yang ditutupi selimut. Langsung tak ada common sense. Panas hatiku dengan perangainya yang tak cukup adab itu.

Namun kemarahanku sekadar meletus dalam hati. Tak guna aku bazirkan air liur untuk bercakap dengan orang yang tiada kena mengena dengan aku langsung. Aku pejam mata. Malas nak pandang muka dia. Pandai-pandai la dia keluar sendiri.

"Kau pekak ke? Mama panggil breakfast."

Aku masih diam tanpa respons. Telefon berbunyi lagi tetapi aku tetap tidak berganjak dari posisi baring. Nak tidur sekejap dalam sejam dua. Semalam aku tak boleh tidur. Subuh baru dapat lelap sekejap. Tadi pun terjaga sebab panggilan telefon yang bertalu-talu.

"Ish tidur mati ke? Oi ada orang call kau ni. Tak nak angkat ke?"

Diam.

"Helo?"

Aku bingkas bangun lalu merentap telefon bimbitku dari pegangannya. Sempat aku dengar suara yang menyahut di hujung talian sebelum panggilan ditamatkan. Rahang diketap rapat. Aku terus merenung matanya tajam. Amaran supaya dia tidak ulang lagi perbuatannya. Dia melarikan pandangan ke arah lain. Takut.

"Mama panggil breakfast. Papa ada sekali." Dia terus beredar tanpa menoleh lagi.

Papa.

Panggilan itu datang dari mulut orang lain. Dan bunyinya sangat menyakitkan. Setiap kali panggilan papa keluar dari mulutnya, hatiku remuk. Rasa macam bangun dari mimpi ngeri. Menyedari bahawa semua ini adalah nyata dan bukannya mimpi, itu lebih menyakitkan.

Setiap hari aku mencipta imaginasi sendiri demi menolak satu kenyataan. Tapi setiap hari itu juga aku bangun dengan realiti yang tidak dapat diubah. Pertalian yang berpenghujung. Kebenaran yang memeritkan. Penantian yang sia-sia. Kepercayaan yang dikhianati. Harapan yang tergantung.

Terlalu banyak kepahitan yang terpaksa aku telan pada masa yang sama.

Sekitar jam dua belas tengah hari aku terjaga.

Lega sebab sakit kepala sudah berkurang. Selepas mandi dan bersiap, aku turun ke bawah. Lengang. Pasti mereka keluar. Kaki diatur ke dapur untuk melihat makanan yang ada. Roti bakar. Nutella. Ugh what do you expect Qayla? Aku menutup semula tudung saji dan berlalu keluar. Kelihatan Vellfire putih dipandu masuk ke halaman parkir.

"Cik Qayla nak uncle hantar?" Uncle Bad terkocoh-kocoh keluar dari kerusi pemandu lalu mendapatkan aku yang sedang memakai kasut di muka pintu.

"Lancer." Uncle Bad senyum dan angguk lalu menyambut huluran kunci kereta Mitsubishi Lancer hitam dari tanganku.

Uncle Bad membukakan pintu tempat duduk penumpang dan meminta aku tunggu di dalam kereta sebentar sementara dia memastikan pintu rumah telah dikunci rapi. Kami makan tengah hari di sebuah restoran tempat kebiasaanku, kemudian singgah di pusat servis kereta.

Usai menyelenggara Lancer, aku meminta uncle Bad menghantarku ke pusat beli belah. Uncle Bad tunggu di kereta. Sudah aku suruh dia buat hal sendiri sebab aku akan lama tapi dia yang berkeras nak tunggu. Biarlah.

QAYLA IIWhere stories live. Discover now