PAGI ini aku bangun dengan perasaan yang kosong. Sifar emosi. Sifar tenaga. Sifar perasaan. Sifar segalanya. Ketiadaan Hashry benar-benar meninggalkan kesan walaupun baru dua hari dia pergi. Itu pun atas kehendakku sendiri.
Lagi pula, aku juga yang berpesan kepada pihak hospital untuk tidak membenarkan sesiapa pun datang melawatku. Selama dua hari ini juga, aku memutuskan hubungan dengan alam nyata. Asyik dalam dunia sendiri. Enggan keluar dari zon selesa.
Rutin aku selama empat puluh lapan jam itu hanyalah baring, termenung, menangis dan tidur. Tidak produktif. Pasif. Benar-benar bertentangan dengan sifat semula jadiku yang amat gemar bekerja dan selalu sibuk.
Saat ini, telefon bimbitku berdering berkali-kali pun aku tidak hiraukan. Biarlah. Setakat aku saja yang tiada, tiada apa yang terjejas. Lamunan aku disentap oleh kehadiran jururawat yang masuk ke bilik untuk menghantar makanan serta ubat-ubatan.
"Cik Qayla, ada pelawat-,"
"Saya tak nak jumpa sesiapa." Cantasku tanpa sempat ayatnya habis.
"Tapi dia cakap urgent, pasal Puan Syarina."
Aku terus berkalih pandang ke arah jururawat itu sebaik saja nama mama disebut. Dia kelihatan serba salah. Tiada seorang pun di sini yang tahu tentang mama. Hanya aku dan Zain. Siapa yang membawa berita tentang mama ke sini? Ada sesuatu yang terjadi pada mama ke? Hatiku mulai resah. Aku memberi izin tanpa berfikir panjang. Dia angguk mengerti dan mendapatkan orang itu di luar.
"Eya..."
Sapaan itu membuat jantung berdegup kencang. Ia terlalu sinonim dengan pendengaran ini. Wajah dia mengisi ingatan tanpa sempat aku mengingat. Aku dongak mencari pemilik suara. Tepat seperti yang diteka. Nafas terus berombak tidak sekata. Dada kurasa sesak tiba-tiba. Kaki yang lurus refleks membengkok naik merapati dada. Tanpa sedar posisiku mula bergerak merapati rangka katil. Selangkah dia mara mendekati, seinci aku mengesot ke belakang. Tubuhku bertindak balas dengan sendiri. Menjauh darinya yang semakin hampir dengan aku.
Senyumannya menyabung kotak ingatan bagai kilat.Senyuman yang aku lenyapkan dari memoriku itu kembali mengisi penglihatankusaat ini. Jelik dan menakutkan. Seluruh tubuhku mula menggeletar. Namun orang itu tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan memberhentikan langkah. Semakin dia hampir dengan katil, semakin putus nafas kurasa. Saat dia melabuhkan duduk di katil, aku turut kehabisan ruang. Jarak pemisah kami berdua hanya beberapa inci.
"Apa kau buat kat sini? Macam mana kau tahu aku kat sini?!"
"Hey, sayang. It's okay. I'm here."
Suara parau itu. Rambut perang. Senyuman jengkel. Raut bernafsu. Semuanya bersilih ganti mengisi balang memori. Cubaannya untuk meragut maruahku kembali terlayar dalam ingatan. Aku mengeras statik. Mata dilarikan ke arah lain. Terlalu takut untuk bertentang pandang dengannya. Terasa deru nafasnya mengenai kulit wajahku menandakan betapa dia terlalu dekat denganku sekarang.
Reseptor kulit leherku mula merasakan sentuhan tangannya. Namun tubuhku serasanya terlalu pasif untuk bertindak balas. Lebih-lebih lagi dengan kondisiku yang kurang sihat, upaya aku untuk melawan tidaklah seberapa. Lelaki itu memegang kemas belakang tengkukku lalu menarik aku rapat ke dalam dakapannya. Bibirnya mula bermain-main dengan cuping telingaku. Apabila kepalaku refleks terdorong ke belakang, tangan kirinya pula memainkan peranan.
"I found you." Dia berbisik di tepi telinga.
Knock! Knock!
Tombol pintu wad dipulas dari luar tetapi tidak boleh dibuka. Beberapa ketukan kedengaran. Ketika aku ingin menyahut, Joe terus merentap bibirku dengan ganas. Tidak sempat aku berbuat apa-apa, tubuhku direbahkan ke katil. Kedua-dua tangan aku dipegang kuat. Pergerakan terkunci.
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...