QII 07

476 46 5
                                    

FAIL pdf yang dikirim oleh Hidayah, aku teliti. Aturcara program di Rivervale. Hidayah bersama beberapa orang staf akan menyusul aku ke sana untuk sesi perasmian pemasangan produk baru syarikat papa di institusi tersebut. Aku membuka pula takwim universiti.

Spontan aku hembus nafas letih.

Kebetulan pula jatuh pada minggu ke-13 dan ke-14 iaitu minggu yang penuh dengan kuiz, ujian, pembentangan dan penilaian akhir. Tangan mengetik pula nota dalam telefon bimbit. Banyak lagi tugasan belum selesai.

"Sayang." Aku tersedar dari lamunan singkat. Hashry telah kembali dari membeli minuman Boost. Tak sedar bila dia duduk. All Berry Bang hulurannya aku sambut laju sebelum disedut rakus. Dahaga.

"Papa again?" Hashry meneka. Mungkin nampak mukaku serabut. Aku geleng.

Papa.

Selepas aku balik dari hospital dua minggu lepas, kesemua barangku dikembalikan. Kunci kereta, kad debit dan kredit serta passport. Itu menandakan berakhirnya tempoh berkurung. Namun kami masih tidak bertegur. Lebih tepat lagi, aku yang menjaga jarak. Bukannya aku tak perasan cubaan papa untuk berbual.

Cuma... entahlah.

Tak tahu kenapa rasa jauh hati dengan sikap papa.

Lagi pun papa juga semakin sibuk dengan projek baru. Intan dan aunty Ros pula, aku tak tahu. Pembetulan - aku tak pernah ambil tahu. Malas. Isu duitku yang dibelanjakan oleh Intan pun senyap begitu saja. Papa sudah menggantikan kembali wang tersebut. Sebenarnya sehari selepas aku bertekak dengan Intan tentang penyata bil, aku tanpa sengaja terdengar perbualan aunty Ros dengan anaknya tentang duit tersebut.

Seperti yang diduga, pengakuan aunty Ros tempoh hari hanya untuk menyelamatkan anaknya daripada dimarahi papa. Logiklah. Budak sekolah macam dia, semua keperluan disediakan oleh papa. Kenapa perlu berbelanja sebanyak itu? Apabila dia pecah rahsia pada mamanya bahawa wang itu sebenarnya digunakan untuk belanja kawan-kawannya, aku betul-betul panas hati.

Ketika aku melewati koordinat meraka, masing-masing pamer riak cuak. Mereka tahu yang aku sudah dengar semuanya. Mungkin takut aku buka mulut pada papa tapi aku senyap saja. Malas. Lagi pun papa lebih percaya Intan daripada aku. What's the point of telling the truth if lies prevail anyway? Pedulilah. Aku pun sibuk dengan pelajaran dan kerja. Tak ada masa nak ambil port.

"Eya." Kalau nama yang keluar, aku tahu dia merajuk.

Agak sukar untuk aku biasakan diri menjadi seorang gadis yang mempunyai teman lelaki. Well, I have been doing everything alone. Jadi keberadaan Hashry sedikit sebanyak buat aku kekok. Lagi pula, aku tak biasa berborak rancak seperti orang lain. Dia sendiri tahu sifatku bagaimana. Tapi aku nampak betapa dia sabar dengan perangaiku yang kadang-kadang tak macam pasangan dia pun. Telefon tak angkat. Mesej tak balas.

Pembetulan - tak sempat angkat dan lupa balas.

"Sorry Ash."

Diam. Sah merajuk. Hashry mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Sengaja ajuk perbuatan aku tadi. Spontan bibirku tersengih geli hati.

"Okay saya simpan phone saya. Today will be only you and me okay sayang?" terus lelaki itu angkat kepala. Pantang aku panggil sayang. Sangat jarang untuk aku memanggilnya begitu. Hanya bila perlu, contohnya sekarang.

"Apa?"

"Sa-yang." Ulangku lagi mengundang senyum lebar Hashry. Mata hazelnya bersinar-sinar. Rasa bahagia yang nampak ikhlas.

"Lagi sekali boleh tak? Nak record, buat alarm ringtone."

Tawa kami bersatu.

QAYLA IIWhere stories live. Discover now