USAI membuat pembayaran, aku beredar dari pusat pakaian. Tiga hari sudah berlalu tetapi mama masih belum sedarkan diri. Entah berapa lama lagi aku akan berada di Malaysia. Banyak kerja yang tertangguh di Singapura tetapi aku tak boleh tinggalkan mama seorang diri di sini. Jadi aku berkeputusan untuk tinggal di sini mungkin seminggu dua. Oleh kerana aku datang sehelai sepinggang, terpaksalah aku membeli sedikit pakaian.
Lancer dituju. Beg pakaian tadi diletakkan di tempat duduk belakang. Sebaik saja enjin dihidupkan, kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Jalan raya agak sesak memandangkan sekarang waktu rehat tengah hari.
Selepas sekitar lima belas minit perjalanan, aku akhirnya tiba di destinasi. Stereng diputar masuk ke lot parkir khas. Pedal brek dipijak ketika melepasi pondok pengawal keselamatan. Aku menurunkan tingkap. Seorang pengawal bertugas menjengulkan kepalanya.
Sekeping kad ditarik keluar dari dashboard. Kad identiti diri yang bertanda VIP diangkat kepada lelaki tersebut. Tertera nama penuhku serta gambar bersaiz passport. Apabila identiti diriku telah dikenal pasti, dia serta merta menyapa penuh hormat.
Palang berjalur merah putih yang menghalang laluanku diangkat. Setelah enjin dimatikan, aku mengatur langkah ke laluan khas yang menghubungkan lot parkir khas dengan pintu utama.
Inn Tech Holding HQ.
Kakiku melangkah masuk ke bangunan itu buat kali yang pertama. Staf di bahagian penyambut tetamu memandang pelik apabila aku terus menuju ke lif tanpa bertanya apa-apa kepadanya.
Sama seperti di Singapura, kewujudan aku tidak dikenali. Mereka hanya tahu Tuan Zamzuri mempunyai seorang anak perempuan tunggal. Tapi mereka tak tahu aku orangnya. Oh, pembetulan. Aku bukan lagi anak tunggal.
Tiba di aras lima belas, kedatangan aku mula disedari oleh staf-staf di situ. Masing-masing angkat kepala. Mata mereka menyusul langkahku. Kaki berhenti menapak di hadapan sebuah bilik ofis.
Chief Executive Officer - jawatan yang tertera pada pintu bilik tersebut.
Baru saja aku mahu melangkah masuk, ada tangan asing yang menghalang.
"Selamat tengah hari cik. Saya Eriena. Boleh saya tahu cik datang atas urusan apa?"
"Just an unplanned visit." Kataku sambil menunjukkan ID kepadanya.
"Cik Qayla Zamzuri? Maaf cik Qayla. Saya tak tahu cik Qayla nak datang." Terkocoh-kocoh dia membukakan pintu untukku. Eriena nampak sebaya dengan Hidayah. Mungkin setiausaha papa yang dulu. Mataku meliar ke seluruh penjuru kamar. Kemas dan bersih. Langsung tak nampak kesan seperti ditinggalkan lama.
"Panggil GM masuk. Awak boleh sambung kerja."
"Baik cik Qayla."
Papa akan tahu ke aku datang ke HQ? Marah ke papa kalau dia tahu? Tiba-tiba persoalan itu muncul dalam fikiran. Aku menghembus nafas berat lalu bersandar pada kerusi. Segenap ruang itu dipandang sepi. Lamunan singkatku mati apabila ketukan pintu berbunyi. Setelah disuruh masuk, abah menghampiri meja dengan riak yang tak dapat ditafsir.
"Arrange meeting saya dengan head of departments within this week. Prepare comprehensive report from last year. Also brief presentation regarding on-going projects. Kalau project director takda, team representative will be in charge. And financial report on my table by tomorrow." Aku memberikan arahan sambil memeriksa fail yang terletak di rak berdekatan.
Tak pernah terlintas dek akal aku akan mengarah abah seperti itu. It doesn't feel right. Selama aku membesar bersama abah di sisi, sekali pun aku tak pernah melayaninya seperti seorang pekerja. Abah ibarat papa kedua. Namun aku tak mampu kawal perasaanku terhadap abah sekarang. Aku sendiri tak sangka akan jadi sepanas ini jika kami bertemu.
Kecewa? Marah? Sedih?
Entahlah.
Mungkin semuanya.
Perasan aku bercampur baur sekarang. Terlalu banyak emosi yang bersimpul dalam diri. Entah mana satu yang dominan. Apabila fail dalam pegangan tidak lagi menarik untuk dibelek, aku mengeluarkan telefon bimbit pula. Tiba-tiba ada satu panggilan masuk. Siapa lagi kalau bukan teman lelakiku yang tidak berhenti menghubungi. Pasti dia tertanya-tanya kenapa aku tidak membalas mesejnya dan tidak menjawab panggilannya selama tiga hari lepas.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Apabila terlalu letih, aku tertidur. Keesokan hari, aku sibuk dengan kerja lain pula. Terus lupa untuk menghubunginya semula. Lebih-lebih lagi kotak bualan Hashry sentiasa jatuh ke bawah gara-gara terlalu banyak mesej yang diterima. Hidayah. Zain. Khai. Staf pejabat, beberapa orang klien dan nombor-nombor yang tak dikenali. Semakin kusut aku dibuatnya.
"Eya dah okay?" soalan abah mengembalikan aku ke alam nyata.
"Address me properly." Angkuh aku menegur.
"Saya minta maaf, cik Qayla. Saya akan update tarikh dan waktu meeting pada cik Qayla secepat mungkin. Laporan kewangan, saya akan minta Eriena letak atas meja cik Qayla besok pagi." Kedengaran getar asing dalam nada abah.
Aku angguk acuh tak acuh lalu terus keluar tanpa sepatah kata, menuju ke lif. Apabila pintu lif tutup, punat bertanda G ditekan. Air mata yang ditahan mula bertakung. Melayani abah dengan sikap beku dan angkuh begitu menyakitkan diriku sendiri. Aku tak pernah biadap dengan abah begitu. Dan abah tak pernah setakut itu dengan aku.
Wajah diraup beberapa kali. Hembusan nafas kesal terbit dari bibirku. Sebaik saja pintu lif terbuka, aku keluar. Namun langkahku terhenti apabila berkongsi pandang dengan seseorang.
"Sayang!"
Hashry terus merapatkan aku dalam pelukan. Belakang kepalaku diusap lembut. Penuh kasih sayang. Dapat kudengar degupan jantungnya yang laju. Aku pegun. Kekok. Juga terkejut. Langsung tak menyangka dia akan muncul depan mataku hari ini, saat ini. Padahal baru tadi aku biarkan panggilannya tidak berjawab.
"Please don't do this again. Please."
"Hashry how..," tiba-tiba dia menjarakkan diri.
"Tahu tak saya risau?" Hashry bertukar mood.
Riak muka seperti nak marah. Namun nada suara kekal sayu. Tangannya masih setia memegang kedua-dua belah bahuku. Dia memandang tepat ke dalam anak mataku. Rasa bersalah mula bertunas.
Air mata yang ditahan rasa laju mahu gugur. Betul-betul aku lemah kalau berdepan dengan lelaki ini. Lama aku dongak merenung mata Hashry. Diam tanpa berkata apa-apa.
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...