QII 11

424 40 2
                                    

TIGA minggu berlalu. Peperiksaan akhir semester keduaku telah tamat dan bermulalah cuti hujung semester selama lebih kurang satu bulan. Selama tempoh tiga minggu lepas, aku sibuk mengulang kaji dan menyelesaikan projek berkumpulan. Kerja pejabat pun aku ketepikan dahulu. Aku sudah berpesan pada Hidayah semua kerja itu akan diuruskan selepas aku tamat peperiksaan akhir.

Aku menapak keluar dari dewan peperiksaan bersama telefon bimbit di tangan. Memang tabiatku memeriksa telefon bimbit setiap kali selepas kelas atau peperiksaan. Seperti yang dijangka. Banyak mesej WhatsApp dan juga panggilan telefon yang kuterima. Salah satunya pastilah milik abah. Entah apa khabar abah sekarang. Terbit keluhan nipis dari bibirku.

"Qayla kejap!" langkahku jeda apabila dipanggil seseorang.

"You dah nak balik?" Rashdan. Dia sekelas dengan aku bagi subjek marketing. Biasanya dia akan duduk di sebelahku di dalam kelas. Selalu juga dia menawarkan diri sebagai ahli untuk projek berkumpulan. Soalannya aku balas dengan anggukan.

"I nak ajak you pergi vacation next weekend as celebration dah habis first year. Jom?"

"I busy."

"You mesti ingat kita pergi berdua kan? No worries I ajak kawan-kawan lain jugak and I pun dah tanya your dad, he said okay."

"Hah?"

Rashdan senyum lebar sambil anggukkan kepala berkali-kali. Dia minta izin papa? Bila masa? Dan macam mana dia kenal papa? Kenapa papa takda cakap apa-apa pada aku? Atau papa tunggu aku minta izin dari dia?

"I busy. Enjoy your vacation." Balasku pendek dan terus berlalu ke arah Lancer. Aku buat tak dengar pada panggilan lelaki itu. Selepas ini aku perlu bergegas ke pejabat untuk selesaikan kerja yang bersusun di atas meja. Memikirkannya pun buat aku penat.

"Qayla tunggu jap!" tangan aku dipegang namun sepantas kilat aku tepis.

"Okay I'll just get straight to the point. I nak kenal rapat dengan you Qayla. I dah bagi hint kat you berkali-kali but it seems like you didn't notice at all."

"I'm someone else's."

"Stop joking around. I tahu you single. I have never seen you with any guy. That's just an excuse to avoid me." Balasnya sambil ketawa halus.

"Are you sure? Babygirl, awak single ke?"

There he is. My one and only guy. Hashry muncul dari belakang Rashdan. Rakan kelasku menoleh ke belakang dengan riak terpinga-pinga. Jujur, aku sendiri tak menjangkakan kedatangan Hashry hari ini. Dia menghampiriku lalu menyatukan jemarinya di celah-celah jemariku.

"Sorry bro but she's mine."

Aku tersengih dengan pengakuannya. Pernyataan itu kedengaran begitu mendamaikan. Terngiang-ngiang di hujung telinga seperti melodi yang indah. Hashry mengemaskan pegangan. Kelihatan wajah Rashdan yang kelat. Mungkin masih tak percaya dengan apa yang sedang dilihat.

"So I should take my leave I guess. Sorry bro, aku tak tahu dia dah berpunya."

Hashry sekadar angguk. Mereka berdua sempat berjabat tangan sebelum Rashdan meminta diri untuk beredar. Tak terlintas dek akal yang Rashdan menyimpan perasaan terhadap aku. Patutlah selalu mesej di WhatsApp. Cuma aku yang jarang membalasnya. Hanya bila perlu.

"Tak cakap pun nak datang? Takda tutor class ke?" Soalku penasaran.

Hashry telah menamatkan pengajian Master tapi masih tinggal di Singapura kerana terikat dengan kontrak sebagai tutor peribadi. Rasanya berbaki lagi kurang dari enam bulan sebelum kontraknya tamat. Setelah itu barulah dia pulang ke Malaysia. Dan aku belum bersedia untuk long distance relationship. Ah, mengingatnya pun mampu buat aku rasa sedih serta merta.

QAYLA IIWhere stories live. Discover now