"GUYS!" Siapa lagi yang paling rancak bergosip kalau bukan si pengarah projek.
Dari tadi Muna membuka pelbagai topik hangat. Bella, Nurin dan Haziq teragak-agak untuk memberi respons. Mungkin janggal kerana aku duduk semeja. Tapi Muna kelihatan tidak kisah dan selamba.
Lain benar dengan Muna yang pernah bersikap segan setiap kali kami bertembung. Aku teka, mungkin Hidayah sendiri yang memberitahu Muna tentang sikap naturalku ini.
"Cliste High School tu private school under Tuan Zamzuri kan?" dari ekor mata, aku nampak mereka bertiga angguk mengiakan soalan Muna. Institusi elit seperti itu memang normal jika menjadi topik perbualan. Jadi ia tidak menarik minatku langsung.
"Kat twitter tengah trending pasal student mati. Tapi kes ni dua tahun lepas, kenapa baru viral ek?"
Kunyahan aku terhenti beberapa detik. Lily. Nama itu terlintas dalam ingatan. Suapan diteruskan dan aku berlagak selamba walaupun hakikatnya perasaan ingin tahu meluap-luap.
Adakah benar isu yang tular itu merupakan kes kebakaran yang sama? Mereka mula berbual lanjut gara-gara tertarik dengan berita tersebut.
"Selepas berjaya dikeluarkan dari lokasi kebakaran, mangsa sempat dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum meninggal dunia seminggu kemudian. Dipercayai dalang di sebalik pembunuhan Lily Anatasya ialah anak kepada.. pemilik.. institusi itu.. sendiri..," bacaan Muna semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti.
Dalang di sebalik pembunuhan.
Ayat yang digunakan dalam artikel itu berjaya buat hatiku mendidih namun amarah yang bertunas ini aku cuba jinakkan. Kes dua tahun lalu senyap apabila aku angkat kaki dari situ. Kenapa baru sekarang isu itu tular? Siapa yang menyebarkannya? Atas motif apa? Jatuhkan aku?
Aku masih cuba bertenang. Meja makan senyap serta merta. Mereka menyimpan telefon bimbit dan menghabiskan makanan masing-masing. Usai membayar di kaunter, kami terus bergerak ke lokasi projek.
Tiba di sana, pengurus dari pihak I-Nite menyambut mesra. Aku teka, mungkin isu yang tular itu belum sampai ke pengetahuanya. Masing-masing melawat tapak projek dan memeriksa di setiap aras. Sempat kami bersoal jawab dengan pengurus tersebut.
Sekitar jam empat petang, kami bergerak pulang. Mereka masih membisu. Aku juga tidak menunjukkan sebarang reaksi terkesan. Kosong. Poker. Namun dalam kepala penuh dengan tanda tanya yang tak berjawab.
Asalkan aku tahu kematian Lily bukan berpunca daripadaku, aku tak perlu risau. Biarkan mereka berfikir mengikut tanggapan sendiri. Isu yang tular, lama-lama akan senyap juga.
"Betul ke artikel tu cik Qayla?" Muna akhirnya bertanya namun aku tidak menjawab.
"Sebab tu ke cik Qayla pindah Singapore? Kenapa cik Qayla buat macam tu?"
"Cukup Muna! I tahu cik Qayla ni level adik you, but can you at least have some manner and respect? There's a limit to everything, Muna. If she treats you well doesn't mean you can cross the line. After all, she is our employer." Setiausahaku tampil berhujah tanpa sempat aku berkata apa-apa.
Hidayah terus menarikku ke lif meninggalkan mereka berempat yang lain di belakang. Kelihatannya dia terkesan dengan soalan Muna. Aku akui Muna agak lancang tetapi mengabaikannya merupakan kepakaranku. Jadi ia tidak menjadi masalah. Hidayah menekan punat bernombor sembilan. Turun naik dadanya seperti menahan marah.
"Please defend yourself from getting stepped by people. You have the right to do so."
"Kak Dayah marah?" Aku bertanya tenang.
"Cik Qayla dah macam adik saya sendiri. Mesti la saya marah tengok adik saya kena serang macam tu. It's not about the issue but her manner itself! Don't stay silent cik Qayla. Speak up and fight for yourself." Entah kenapa aku tersengih. Mungkin kerana terharu menerima perhatian sebegitu.
Perhatian.
Hanya itu yang aku mahu dan perlu dari dulu. Bukan perhatian murahan yang berunsurkan gosip atau publisiti tetapi perhatian yang sesungguhnya. Perhatian tulus yang lahir secara semula jadi. Ia tak perlu dipaksa atau dibuat-buat. Cukup hanya dilihat melalui perbuatan dan dirasa dengan hati.
Setelah perhatian itu hilang dari papa dan mama, aku tidak lagi merasakannya sehinggalah Hashry muncul. Kini, Hidayah pula.
"Being silent is my specialty. That's what I always do."
"Silence is heavy, cik Qayla. It hides a lot. There is always noise beyond silence. Why do you ignore the noise and be silent when you have all rights to mute it?"
Kata-kata Hidayah berjaya buat aku diam. Rasa terpukul dengan maksud di sebalik metafora itu. Noise beyond silence. Entah kenapa tiga patah akronim ini terasa sangat dekat dengan jiwaku. Mungkin kerana memang itu kenyataannya. Aku berdiam demi menutupi segala 'kebisingan' yang berlaku dalam hidupku.
Tiba di aras sembilan, berpasang-pasang mata mula menyorot ke arahku bermaksud isu tular itu sudah sampai ke pengetahuan mereka. Riakku masih kekal tidak beremosi. Lali dengan pendangan penuh prasangka seperti ini. Jika dulu aku menjadi buah mulut penuntut Cliste High School, hari ini isu tular itu berjaya meletakkan aku di tangga teratas carta gosip Inn Tech Holding.
Sebaik saja aku masuk ke bilik ofis, satu figura sedang duduk di sofa. Sepertinya dia memang menantiku. Papa mendekatiku dengan air muka yang aku gagal baca maknanya. Kecewa? Sedih? Marah? Benci? Terkejut? Mungkin campuran kesemuanya. Papa memandangku dengan renungan maha tajam. Lama kami bertarung pandang.
"Balik rumah. Sekarang." Dan aku tahu papa tak main-main.
•
"DUDUK Qayla. We need to talk!" tegas papa mengarah. Langsung tidak memberi peluang untuk aku ke bilik atau berehat dahulu. Kelihatan Intan sedang menonton Netflix di televisyen seperti biasa. Aunty Ros yang tadinya di pejabat turut mengikut kami pulang. Barangkali ingin mengikuti drama yang tak pernah habis ini.
"Apa benda ni Eya?"
Diam.
"Jawab Eya! Apa yang jadi kat Cliste yang papa tak tahu!? You killed her?"
Soalan papa buat aku terpempan. Bunyinya seperti dia lebih mempercayai artikel di internet berbanding aku sendiri. Papa meruap mukanya beberapa kali. Mula kelihatan bengang. Aku tahu papa mampu hilang kawalan dalam sekelip mata saja.
"We talk later. Eya nak naik..," omonganku dicantas.
"Duduk Eya! There's no more later! I've had enough of you running away!" Papa membentak lantang. Bahuku terenjut gara-gara terkejut. Mata mula rasa panas.
Tidak.
Aku bukan berniat untuk lari. Aku cuma ingin memberi ruang kepada kami untuk sama-sama bertenang. Malangnya papa tidak menghiraukan semua itu. Riak mukanya jelas menzahirkan amarah. Seolah-olah tidak menyangka bahawa anaknya seorang pembunuh. Emosi yang terbaca pada wajah ayah itu, membuatku rasa sangat terluka.
"Papa tak faham dengan Eya. Papa betul-betul blank! You come and go without telling me. Eya sampai Singapore pun papa tahu dari staf papa. Worse is you bring bad news along with you? Is this how you get back at me? Why? Sebab papa larang Eya jumpa perempuan tu?"
Papa melampau.
"Is that what you say to a person who is sick? Papa takda rasa ke nak tanya keadaan mama? She nearly die!" marahku balik dengan nada meninggi.
"That's her kifarah for what she did behind me! Eya jangan pura-pura tak tahu apa yang mama buat belakang papa! Kalau papa tak balik malam tu, sampai mati pun papa tak tahu perangai terkutuk Syarina!"
Air mataku akhirnya mengalir.
Kata-kata papa terlalu pedas untuk aku hadam. Rahang dikancing rapat. Terasa bergetar seluruh tubuhku menahan lahar marah. Mata melirik aunty Ros dan Intan yang sudah duduk berpelukan di sofa. Pemerhati setia pertengkaran aku dan papa.
"Jadi apa pulak kifarah papa curang belakang mama dan tipu Eya?" papa senyap.
"I guess I'm the kifarah itself huh?" provokku lagi namun papa mati kata-kata.
"Lily mati, bukan sebab Eya bunuh. If that's what you want to hear. Papa nak percaya atau tak, terserah. I don't care anymore."
Aku terus naik ke bilik.
•
tripple update for you! take care & stay safe! xoxo
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...