"MATI."
"Hah? Siapa?"
"Siapa lagi!? I la! I, Bella, Nurin, and Haziq. Sumpah kitorang mati hari ni."
"Hahaha apa benda you mengarut ni Muna?"
"Habis la lepas ni kitorang berempat kena target dengan bos you!" Muna menghembus nafas berat. Ada getar dalam nadanya. Mungkin gementar dan takut. Kedengaran suara yang aku kenal sedang ketawa halus.
"Why?"
"Cik Qayla la! You tak ingat ke kes kat lif yang I cerita tu? Oh my god she was so silent sampai I pun tak sedar dia ada dengan kitorang. We were talking about her. While she was there. And she literally listened to us. Dayah! Mati la I lepas ni! Aduhh!" rengekan separa kuat mula bergema di sudut ruang. Semakin galak Hidayah ketawa.
"Relax la Muna. Cik Qayla bukan jenis yang cepat melatah kalau orang cakap pasal dia. I rasa you patut bersyukur cik Qayla yang terdengar korang borak pasal dia. Cuba kalau Tuan Zamzuri yang dengar? Uish I tak terbayang apa reaction Tuan."
"Tapi Dayah...,"
Klak!
Pintu tandas dibuka dari dalam. Aku terus menuju ke sinki. Cermin satah yang lebar memenuhi ruang mata. Cukup lebar hingga pantulan wajah Hidayah dan Muna pada cermin tersebut pun dapatku lihat. Suasana jadi sepi tiba-tiba. Kedengaran jelas bunyi air mengalir semasa aku membasuh tangan.
Pili air ditutup.
Aku menarik tisu lalu mengeringkan tangan. Rambut dan kolar baju dikemaskan. Tisu kotor tadi dibuang ke dalam tong sampah. Hidayah mengeluarkan hand sanitizer dari dalam begnya lalu dihulurkan kepadaku. Sempat aku lirik Muna yang tadinya sedang membetulkan tudung, kini berdiri statik sambil tunduk.
Awkward silence.
Tidak menunggu lama, aku keluar dari tandas disusuli Hidayah.
It's today.
Mesyuarat tentang perlantikan CEO baharu.
Bersedia ke aku nak bertentang mata dengan papa? Entah, aku tak tahu. Bahkan aku tak pasti perasaan apa yang mengisi hatiku saat ini. Marah ke aku pada papa sebab buat keputusan begini? Kecewa ke aku pada papa sebab dia berubah sikap? Benci ke aku pada papa sebab halang aku daripada berjumpa mama?
I just don't know.
Mesyuarat pertama bermula.
Projek I-Nite.
I-Nite ialah sebuah kondominium mewah milik Dato' Zulkarnain, pengusaha syarikat Infinite Group, yang kini berada di fasa akhir proses pembinaan. Dipendekkan cerita, usulan papa untuk menandatangani kontrak bisnes dengan Dato' Zulkarnain telah diterima. Berdasarkan kertas kerja yang telah aku baca, papa mengusulkan pemasangan sistem sekuriti Fingerprint Lock di setiap unit kondominium tersebut.
Memandangkan Iris Scanner System ialah produk baru dan masih lagi dalam tempoh percubaan, aku yakin papa tidak mahu ambil risiko untuk memasarkannya dengan lebih luas. Fingerprint Lock ialah alternatif terbaik sebagai ganti. I-Nite mempunyai tiga puluh tingkat dan setiap tingkat terdiri daripada enam buah unit menjadikan jumlah unit di kondo itu sebanyak seratus lapan puluh buah.
Kata mudahnya, sebanyak seratus lapan puluh unit Fingerprint Lock perlu dipasang di I-Nite. Menurut papa, I-Nite dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei tahun hadapan. Bermakna projek ini juga akan mengambil masa selama itu. Berbaki lebih kurang sepuluh bulan dari sekarang.
"As you know, cik Qayla akan terlibat secara langsung dalam projek I-Nite. This is her first big project. Assist her well." Papa berpesan kepada staf yang terlibat. Kelihatan Muna dan tiga orang rakan sekerjanya angguk memahami.
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...