KETIKA ini aku sedang berada di aras empat bangunan Inn Tech Holding yang menempatkan bahagian pengeluaran. Beberapa orang staf yang lalu-lalang mula menundukkan sedikit kepala bersama sapaan hormat. Mungkin berasa aneh kerana aku jarang sekali jejakkan kaki ke sini. Kalau bukan bilik papa di aras sepuluh, aku hanya sentiasa kelihatan di aras sembilan yang menempatkan bilikku sendiri.
Kaki dimudik ke arah sebuah bilik ofis. Pintu yang bernama Burhan bin Burhanuddin mengisi ruang mata. Pintu diketuk beberapa kali sebelum orang dari dalam memberi arahan masuk. Aku memulas tombol pintu dan mendapatkan lelaki itu di meja kerjanya. Burhan terus berdiri apabila mendapati aku yang datang.
"Cik Qayla, jemput duduk." Pelawanya penuh santun.
"Update?" Aku bertanya sambil melabuhkan duduk di sofa.
"It's done. By end of this week, saya jumpa cik Qayla."
"Okay good. I'll text you where and when to meet. Outside the office."
"Alright, cik Qayla."
Sebelum keluar dari bilik Burhan, aku sempat meminta fail laporan pengeluaran produk bagi projek Zaque's Hotel pada tahun lepas. Ada beberapa perkara yang perlu aku rujuk sebagai persiapan untuk projek besar di bawah seliaan papa. Langkah diatur ke lif. Beberapa staf yang lain turut melangkah masuk untuk berkongsi lif yang sama. Pintu lif tutup.
"You guys ada dengar tak? Anak Tuan Zamzuri datang department kita tadi." Wanita bertudung bawal memulakan perbualan. Gaya berborak seperti mereka semua sudah kenal lama. Mungkin bekerja dalam tim yang sama.
"Intan ke?" Tanya seorang wanita berambut pendek pula meminta kepastian.
"Shh! Cik Intan la! Mind your words. Tapi bukan cik Intan. Itu anak Tuan dengan secretary dia, Puan Ros. Maksud I anak kandung Tuan, yang dari Malaysia tu." Wanita bertudung menyambung kata selepas memberi amaran agar menjaga tutur kata.
"Eh Tuan ada anak lain? I thought Tuan tu duda takda anak."
"Ohh haah! Saya ada nampak dia waktu birthday party cik Intan! Dia duduk semeja dengan Tuan Zamzuri. Tapi saya sempat pandang sipi je muka dia." Kali ini staf lelaki pula yang menyampuk. Kelihatan sedikit muda daripada dua wanita tadi.
"I dengar cerita, dia berlagak betul. Tak mix around langsung dengan orang. Macam mana Dayah kerja dengan dia ek?" Wanita rambut pendek tadi menyebut nama setiausahaku.
"I know right! Kawan I kat aras sembilan pernah bagitahu I, dia tu emotionless even to her parents! Dia dan Puan Ros, they never get along. Beku aje dia dengan Puan Ros tu. Well, mak tiri kan?" Sampuk wanita bertudung.
Marah?
Tidak.
Bahkan aku sudah lali mendengar orang bercakap tentang diriku. Secara berdepan atau di belakang, kedua-duanya sama. Langsung tidak meninggalkan kesan. Aku hanya rasa kosong. Mungkin terbiasa jadi bahan bualan orang-orang di Cliste High School. Cuma aku tak faham, bahagian mana dari hidupku yang menarik untuk dijadikan topik berborak.
"Jap kenapa I tak pernah tahu pasal ni? I tak pernah tengok muka dia pun?" seorang wanita yang sejak tadi berdiam diri kini bersuara.
"Bukan you sorang, I pun tak pernah tengok dia. I rasa ramai je tak kenal dia. Maybe staf aras sembilan je kenal. Takpe meeting next week kita semua terlibat kan? Kalau tak silap I, dia masuk jugak meeting tu sebab Tuan Zamzuri tarik dia masuk dalam projek kita. Lagi pun after that, Tuan akan meeting regarding appointment of CEO."
Aku belum berkesempatan tanya papa tentang mesyuarat itu. Hati meronta-ronta ingin bertanya tetapi aku sendiri yang tak bersedia untuk mendengar jawapan. Takut kalau jangkaan aku selama ini rupanya betul.
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...