SUARA orang berbual dari tingkat bawah kedengaran sampai ke bilikku, menandakan mereka semua sedang melepak di ruang tamu. Mak uda ada datang ketuk pintu tadi. Katanya, papa panggil turun sarapan sama-sama.
Namun aku beri alasan sedang mengulang kaji untuk kuiz hari esok. Kenyataannya, mak uda juga tahu aku memang takkan duduk semeja dengan mereka melainkan kerana terpaksa atau malas bertekak.
Buku-buku, helaian nota dan kertas-kertas latihan dikemas seusai ulang kaji. Aku terus mandi dan bersiap untuk berjumpa dengan Hashry. Bibir mengukir senyum di luar sedar. Bahagia ingin berjumpa dengan kekasih hati.
Sudah lama rasanya aku tak berperasaan begini. Telefon bimbit diambil dari atas katil. Skrin menyala tanda ada pemberitahuan baharu.
Hashry Sayang ♥: see you later my babygirl
Aku tersenyum lagi sambil membalas emoji hati. Sempat aku lirik gambar kami berdua di skrin sebelum memasukkan telefon bimbit ke dalam beg sandang.
Ketika kakiku menuruni anak tangga, aku mendapati rumah lengang. Biasanya hujung minggu begini mereka akan keluar bersama-sama.
"Cik Qayla nak lunch dulu tak? Mak uda boleh sediakan." Mak uda yang sedang mengemas ruang tamu menyapa apabila aku muncul.
"Takpe mak uda, saya makan kat luar. Papa mana?"
"Tuan dan puan keluar. Bad cakap jumpa klien."
"Intan sekali?"
"Eh cik Intan tak ikut, tapi cik Intan bagitahu dia keluar study group. Baru tadi kawan cik Intan datang jemput."
Aku hanya angguk sebelum berlalu mendapatkan Lancer. Kereta dipandu ke rumah Hashry untuk menjemputnya kerana keretanya sedang diselenggara di bengkel. Teruja bukan main lagi apabila aku sampai di depan rumah. Tak berhenti dia bertanya tentang keadaanku.
His excitement simply makes my day.
Bibirku juga tak berhenti senyum sepanjang perjalanan. Sempat kami bertanya khabar masing-masing sebelum sampai di destinasi.
Tiba di Plaza Bukit Panjang, kami terus ke restoran untuk makan tengah hari. Banyak perkara yang dibualkan. Salah satunya tentang Hashry yang letak jawatan setelah aku menghilangkan diri. Walaupun dia tahu peluang untuk berkhidmat kembali di sekolah itu adalah tipis, dia nekad dengan keputusannya.
lSelepas berhenti dari Cliste High School, dia bawa diri ke Singapura untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master. Namun takdir mempertemukan kami semula.
"Ya ke coincidence? Ke awak yang cari saya?" soalku sengaja mengusik.
"More to destiny I guess." Hashry kenyit mata.
I feel butterflies in my belly.
"Ish serius la Ash. Suka main-main tau!"
"Laa serius la ni babygirl. Saya tak pernah tahu pun awak kat Singapore. I thought you were somewhere far away, sebab awak hilang tanpa jejak. You even changed your phone number. Saya tak dapat contact awak langsung. That's why I flew here."
Hatiku didatangi rasa bersalah tiba-tiba. Memang betul aku yang tinggalkan dia tanpa kata. Terus ghaib bagaikan tak pernah wujud. Mungkin dengan cara aku diam dan pergi akan dapat kuburkan segala perasaan sakit ketika itu. Namun aku akui tiada sehari pun yang berlalu tanpa Hashry dalam ingatan.
"For two years I've been trying to distract myself from remembering you but you still stuck in here." Hashry menudung jari telunjuknya pada kepala.
"And here." Jarinya ditunjuk pula ke dada.
"Saya buat part time private tutor as side income tapi abah dan mama masih juga risau. That's why they sent paksu to check on me. Kebetulan paksu datang untuk business trip and went to the party that night. Serius saya tak tahu tu rumah Tuan Zamzuri. Tak expect langsung akan jumpa awak. Tapi, nampak je awak still pakai gelang ni, saya nekad nak dapatkan babygirl saya balik. And it seems like the mission is accomplished now."
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...