SILING putih mengisi retina. Otak rasa kosong. Jiwa juga sifar. Aku tak dapat gambarkan perasaan yang bersarang dalam hatiku sekarang. Kepala yang masih pening lalat, aku pegang sejenak. Kemudian tangan dibawa ke depan mata. Ada tiub yang bersambung. Aku menghembus nafas berat. Sunyi. Wajah papa mula mengisi balang fikir.
Satu per satu detik pergaduhan kami, kembali terbayang dalam ruang ingatan. Pertengkaran tengah hari tadi. Juga pertengkaran-pertengkaran sebelumnya. Riak kecewa papa. Amarah papa. Bentakan papa. Semuanya berulang tanpa henti. Dan setiap perlakuan papa itu, membuat aku sesak dada. Bukan kemahuan aku, bertekak dengan papa. Bukan kehendak aku, bertikam lidah dengan papa. Bukan keinginan aku, bermusuh dengan papa.
Entahlah. Aku rasa seolah-olah papa sudah berubah.
Papa... dah lain dengan papa yang aku pernah kenal.
Untuk ke sekian kalinya, aku mengeluh.
Telefon bimbit yang berada di atas kabinet di sebelah katil, aku ambil. Berpuluh-puluh panggilan tak dijawab tertera pada skrin. Entah dari siapa. Abah sudah tentu salah seorang pemanggilnya. Lockscreen dibuka. Ada aku, papa dan mama sedang senyum. Mata terus berair. Betapa aku mahu kembali ke masa itu. Ketika aunty Ros dan Intan tak wujud dalam hidup papa.
Klak! Kedengaran pintu dibuka.
"Babygirl dah bangun?" ada nada teruja dalam sapaan Hashry. Melihat wajah dia, hatiku bertambah berat. Lelaki itu duduk di kerusi yang tersedia di sisi katil. Plastik dalam pegangannya diletakkan di atas kabinet.
"I was there when you passed out. Saya terus bawak awak datang sini. Doktor cakap awak tak cukup rehat. And stress." Aku leka mendengar suaranya memberi penjelasan. Hidung menghidu bau maskulin lelaki itu. Wangian yang masih sama. Mata hazel Hashry membalas pandangan aku yang kosong. Sepertinya menunggu kata-kata dariku.
"Awak belum makan kan? Jom makan?" bahuku dipegang, membantu aku bangun dari posisi baring. Tidak pula aku menolak. Sebaik saja aku duduk dengan stabil, dia mengambil tempat di hujung katil. Tepat di hadapan aku. Dia membetulkan rambutku yang serabai. Aku memerhati dengan penuh minat.
Aku rindu kau, Hashry.
"Hey what's wrong babygirl? Awak sakit? Nak saya panggil doktor?" Hashry nampak cemas apabila aku mula menitiskan air mata. Aku juga tak tahu kenapa mudah sangat menangis di depan lelaki ini. Hanya dia yang mampu buat aku selemah ini. Hanya Hashry.
"Okay sayang I got you. I got you. Shh... its okay I'm here." Hashry terus menarik aku rapat ke dalam pelukannya.
Air jernih terus mengalir deras tanpa ragu-ragu. Tangisan aku semakin lama semakin kuat. Teresak-esak tidak ditahan lagi. Tekanan yang aku pendam selama dua tahun, aku lepaskan tanpa berselindung.
Hashry membiarkan aku tenggelam dalam tangisan yang lebat. Dakapan hangatnya dikemaskan. Menyalurkan penenang bagi jiwa aku yang sedang koyak. Biarlah untuk saat ini, aku melepaskan beban di hati sepuasnya. Aku tak mahu tahan lebih lama lagi. Rasanya sangat menyakitkan. Lebih sakit apabila ditambah dengan perasaan rindu yang tidak berpenghujung. Rindu pada papa. Rindu pada mama. Rindu pada abah. Rindu pada kenangan kami dahulu. Juga rindu pada lelaki yang aku sayang ini.
Agak lama dia berdiam diri. Memberi ruang kepada aku untuk bertenang semula.
Apabila tangisan semakin perlahan, aku meleraikan pelukan. Hashry bergerak ke belakang sedikit bagi mendapatkan sudut pandang yang lebih jelas. Apabila wajahku ditatap, air mukanya berubah sayu serta merta. Sepertinya terkesan dengan sisi Qayla yang tak pernah aku tunjuk ini. Tangan Hashry tanpa ragu-ragu mengelap sisa air mata yang masih basah di pipi. Rambutku diselak ke belakang telinga.
"I'm sorry babgirl. I'm sorry I wasn't by your side all this while. It's okay. I'm here now. I'll always be here. I promise okay?"
Janji.
Aku pernah tersakiti dengan janji yang tak tertunai. Bodoh ke aku kalau percaya pada janjinya tadi? Entahlah. Aku tak tahu dan tak yakin. Tapi aku tak mampu menafikan yang hati ini benar-benar mahukan dia. Seberat apa kakiku melangkah tinggalkan dia dua tahun lalu, lebih berat lagi kehendakku agar dia berada di sisi.
"Jom, makan. Saya ada belikan makanan ni, also your favourite jus kiwi!" Hashry mula mengeluarkan nasi ayam dari plastik serta jus kiwi kegemaranku. Tanpa sedar aku tersenyum nipis. Ikhlas. Sudah lama rasanya aku tak senyum seikhlas ini.
•
"WHERE were you?" kakiku berhenti menapak.
Aku mengeluh. Betul-betul malas nak bertekak. Letih. Kepala serabut dengan kerja-kerja yang tertangguh selama dua hari. Nasibku baik kerana pengsan selepas habis kelas dan ditahan di wad pada hujung minggu. Kehadiran kelas tidak terjejas. Pelajaran pun tidak tertinggal.
"Where were you last night? I thought I made it clear that you are grounded!" bentak papa bersama peringatan tentang hukuman berkurung.
Kepala ditoleh pandang papa yang sedang pamer riak tak puas hati. Intan dan aunty Ros kunci mulut sebagai penonton setia. Ruang tamu yang tadinya riuh kini bertukar sepi pada saat aku muncul. Sempat aku lirik Intan yang baring di atas paha papa. Entah kenapa, melihat keakraban dia dan papa buat aku iri.
Kelakar.
Panggilan dan mesej langsung tiada. Kenapa tiba-tiba sibuk nak tahu ke mana aku pergi? I thought I'm not important? Was I? Am I?
"Qayla! I'm talking to you!"
Terenjut bahuku dibentak papa. Gigi dikancing rapat. Bersama riak beku, aku berjalan menuju ke tengah-tengah ruang tamu sambil menyelongkar isi beg. Tangan meraba di celahan buku dan kertas latihan. Surat cuti sakit dan beberapa paket plastik berisi pil dikeluarkan. Aku hempas kesemuanya atas meja. Papa tersentak. Sempat aku nampak papa mencapai surat cuti sakit sebelum aku beredar dari situ. Panggilannya aku tidak hiraukan.
"Sayang?" suara menegur melalui airpods ketika aku baring di atas katil.
Damn, aku lupa talian kami masih bersambung.
"Awak dengar?"
"I'll pretend like I didn't if that's what you want." Aku mengeluh lagi.
Tadi dia yang menghantar aku pulang. Dia menawarkan diri untuk menemaniku masuk tetapi aku yang halang. Belum bersedia untuk membenarkan dia jejak ke dunia aku. Tak mahu dia kena tempias.
"Still driving?"
"Why? Miss me already?" Hashry mengusik. Aku mengiakan dalam hati.
"Jom keluar esok nak tak?" ajaknya teruja.
"I'm grounded, remember? Lagi pun saya ada banyak kerja. Assignment, group projects, office work." Semakin serabut pula bila aku sebut satu per satu.
"Babygirl... be gentle to yourself please? Awak baru je discharge sayang. Sekarang, awak mandi dulu lepas tu rehat. Later I ring you at five. Kita buat kerja sama-sama sampai malam. Saya teman okay?"
Aku tersenyum.
Tuhan, jika aku sedang bermimpi, jangan kejutkan aku. Biarkan aku lena dengan lebih nyenyak. Mimpi ini terlalu indah. Aku belum bersedia untuk terjaga dari mimpi ini. Jujur, aku masih ragu-ragu dengan kata-kata Hashry. Juga tak yakin kepada diriku sendiri. Betul ke keputusan aku untuk memberikan peluang kepada kami berdua?
Entahlah.
Memikirkannya pun buat aku takut. Namun aku ketepikan ketakutan itu demi memberi ruang kepada diriku sendiri untuk merasai secebis bahagia. Walaupun kebahagiaan itu masih kabur, aku tak peduli. Biarlah untuk sekali ini, aku berpegang pada rasa ragu-ragu yang mampu meredakan sakitku.
Malam itu, aku tidur bersama Hashry di hujung talian.
•
Another update sempena birthday i hari ni hihi :p dan setinggi kesyukuran atas kemenangan Palestine kerana Israel umum gencatan senjata berkuatkuasa jam 7am (waktu malaysia) hari ini ;) alhamdulillah ❤️
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...