AUNTY Ros memeluk erat anak perempuannya dengan mata yang berkaca. Sedu sedan nafas Intan gara-gara tangisan yang lebat. Mata dan hidungnya merah. Papa mencekak pinggang dengan kepala yang didongak sedikit. Sepertinya sedang mencerna segala yang berlaku saat ini. Aku teka mungkin Intan dimarahi oleh papa kerana video serta gambarnya yang tular di media sosial. Dan suasana menjadi semakin tegang apabila aku muncul tadi.
Oleh kerana Inn Tech berpusat di Malaysia, netizen di sana lebih rancak membicarakan tentang isu ini berbanding rakyat Singapura yang lebih selesa mempedulikan hal sendiri. Berbakul-bakul hinaan dan kecaman bersepah di laman media sosial. Namun masih ada juga syarikat media dari negara ini yang menghubungi Inn Tech demi mendapatkan penjelasan dari pihakku, Intan dan papa sendiri.
"Where do you think you are going?" suara papa yang dingin menegur apabila melihat aku ingin beredar dari situ. Nafas kuhembus berat. Betul-betul hilang mood. Seperti biasa, aku buat tak peduli pada papa atau pertengkaran mereka tiga beranak dan meneruskan langkah ke tangga yang menuju ke bilik.
"Eya! Jangan biadab! Papa tengah cakap dengan Eya ni!" akhirnya kakiku berhenti. Enggan amarah papa semakin teruk.
"Apa ni Eya? Berapa banyak lagi yang papa tak tahu!?"
Diam.
Aku masih dengan wajah kosong. Langsung tidak terkesan dengan herdikan papa. Mungkin sudah lali. Kebal. Emosi papa bagai tiada apa-apa bagiku. Hatiku kosong tiasa rasa. Buku lima digenggam rapat. Meremang bulu roma kurasa gara-gara pendingin hawa yang terpasang. Sejuk. Tangan terus disembunyikan di sebalik kocek baju hangat.
"Kenapa korang buat papa macam ni? Apa yang papa buat untuk korang yang tak cukup!? Papa dah cuba semuanya! Papa dah bagi segalanya!"
"Dah la bang, Intan dah cakap dia tak buat." Isteri papa menyampuk.
"Diam Ros. Ini hal abang dengan anak-anak. Abang takkan biar anak-anak abang ikut perangai perempuan tu!"
Tersentap hatiku dengan omongan itu. Tiada nama yang disebut. Namun aku lebih dari tahu kata-kata papa merujuk kepada mama. Kerana silap mama yang lalu terhadap papa, ringan mulutnya melabel mama begitu. Papa tak fikir ke perasaan aku sebagai anaknya?
"Abang! Ros tak suka la abang hukum anak Ros atas silap ex wife abang! Ros tahu anak Ros! Intan bukan macam Syarina!"
"Hei diam ah!" Berair mataku ketika tengkingan maha kuat itu bergema.
Aku akui kecurangan mama dengan Joe di belakang papa ialah khilaf yang nyata. Namun aku tahu sejauh mana hubungan mereka berdua. Joe tidak pernah sentuh mama lebih-lebih kerana maruahku jadi taruhan. Selama aku tunduk dengan kehendak lelaki tak guna itu, mama dijamin terjaga. Mereka tak tahu apa-apa. Berani cakap begitu kerana mama tiada di sini. Pengecut.
"Sekali lagi Eya dengar nama mama, you lose me forever." Aku mengugut.
"You don't want to pull that card, Eya. I'm sick of it!" Papa tidak lagi tergugat.
"You should've said it sooner Tuan Zamzuri! Because I'm sick of everyone! And everything! More than you ever thought! Nothing holds me here anymore. Eya boleh berambus sekarang. So korang bertiga boleh hidup happily ever after like I never exist!" marahku balik tidak ditahan.
Mereka terdiam.
Papa kelihatan terpempan dengan ayatku itu. Baru sedar betapa aku tidak main-main dengan apa yang aku katakan. Angkat kaki dari sini adalah perkara yang aku inginkan dari dulu. Sejak aku tahu kebenaran hubungan papa dengan setiausahanya. Jika dulu keadaan tidak mengizinkan aku untuk berambus, kini tiada lagi alasan untuk aku bertahan.
Namun aku tak nafikan bahawa hati kecilku ragu-ragu dan hilang arah. Ke mana destinasiku jika aku keluar dari rumah ini, masih misteri. Mama tidak menunjukkan sebarang keinginan untuk berbaik denganku. Hubungan dengan abah juga masih dingin. Secara teknikalnya, aku masih tiada arah tuju yang tepat.
Tanpa menunggu balasan kata dari papa, aku menaiki tangga dan mengunci diri di dalam kamar. Nafas yang berombak cuba untuk diatur tenang. Kepala didongak. Enggan air mata jatuh. Tuala di ampaian aku rentap. Setelah membersihkan diri dan solat zohor, aku mendapatkan komputer riba di meja kerja. Beberapa fail yang dikirim oleh Khai melalui emel, aku amati.
Semua detil yang terpapar di skrin dicetak. Beberapa rakaman suara juga turut dimuat turun dan disalin ke dalam telefon bimbit. Selesai. Kemudian aku memeriksa mesej WhatsApp daripada Zain dan Hidayah pula. Beberapa kiriman penting dibalas. Kerja yang boleh ditangguh, aku ketepikan dahulu buat sementara waktu. Ada perkara yang lebih utama dalam fikiranku sekarang. Setelah menghubungi Khai, aku menyarung baju hangat ke tubuh dan mencapai beg tangan. Bersiap-siap untuk keluar bertemu dengannya.
Langkahku mati ketika tiba di ruang tamu.
Hatiku terasa bengkak melihat lelaki itu. Dia turut mematung sambil berkongsi pandang denganku. Mata pandang papa. Kemudian aunty Ros. Akhirnya Intan sebelum kembali terarah pada Hashry yang kelihatan seperti baru sampai. Aku tak tahu apa motif dia ke sini. Aku tak mahu tahu. Mataku dilarikan ke arah lain sebelum meneruskan langkah. Sempat telingaku menangkap suaranya meminta izin dari papa untuk bertemuku.
"Sayang." Bahu dipegang dari belakang ketika aku sedang menyarung sneaker. Aku kalah. Sekeras apa pun tembok yang aku bina untuk mengelak dari dia, aku tetap kalah. Hatiku goyah dengan Hashry. Rapuh. Betapa aku rindu pada panggilan manis itu. Betapa aku mahu tatap matanya sekarang. Ya, walaupun hatiku sedang sakit.
"Saya tak-," aku menepis lembut tangannya sebelum beredar tanpa mendengar apa-apa. Sebaik saja memasuki kereta, aku sempat melirik figura lelaki itu yang masih tercegat di muka pintu. Matanya menghantar aku pergi.
•
GAMBAR dan video Intan bersama seorang influncer di sebuah kelab malam yang tular mula surut setelah beberapa hari. Namun tidak namaku. Semakin banyak pula spekulasi timbul apabila muncul tangan misteri yang memberikan maklumat tambahan. Konon untuk menyelesaikan teka teki namun hanya raih perhatian semata-mata. Lebih teruk apabila netizen mula menyerbu akaun Instagram peribadiku. Pengikutku mencanak naik kepada tiga puluh ribu orang dalam sekelip mata.
Namun semua itu tidak menjadi batu penghalang yang menyekat aku daripada membuat aktiviti harian. Aku pergi ke pejabat seperti biasa. Tampil tidak terkesan. Walaupun ada klien yang mula membahaskan tentang isu ini, aku hanya memohon maaf dan memaklumkan bahawa ada salah faham yang berlaku. Setelah itu, mereka tidak bertanya lanjut. Ada juga wakil pihak media yang datang untuk menemu bualku dan papa. Namun aku tidak memberikan apa-apa komen.
Ah, papa.
Sudah tentulah papa tidak banyak bunyi setelah aku berkeras ingin keluar dari rumah. Aku tahu papa tidak mahu aku pergi. Sekarang, hubungan aku dan papa semakin keruh. Kami fokus pada kerja masing-masing. Hanya berkomunikasi atas dasar kerja. Itu pun jika perlu. Tidak kurang, tidak lebih.
Aku dan Hashry pula tiada kemajuan. Mesej dan panggilannya langsung tidak dilayan. Walaupun dia datang ke rumah pada setiap minggu untuk sesi tutor bersama Intan, layanan aku terhadapanya bagaikan dia tidak wujud. Beberapa kali dia cuba berbual tetapi aku yang buat tak peduli.
Ah, ya. Aku baru tahu bahawa Hashry ialah tutor peribadi Intan. Itu pun dari mulut Khai. Selama aku mengikuti pergerakan Intan melalui Khai, memang aku tahu Intan menghadiri kelas tutor peribadi. Namun tidak pula aku tanya Khai tentang siapa yang mengajar. Ternyata orangnya ialah teman lelakiku sendiri.
Tersengih aku mendengarnya. Kelakar dan menyakitkan pada masa yang sama. Sebagaimana aku terluka ketika dapat tahu abah merahsiakan hubungan papa dengan aunty Ros, begitulah rasanya apabila aku tahu tentang Hashry dan Intan. Rasa tertipu.
"You okay dear? You fikir apa? Is there something that I can do for you?" suara itu bertanya prihatin. Mungkin aku mengelamun agak lama. Segaris senyum nipis aku ukir di bibir. Mata pandang lelaki yang kemas berblazer hitam di hadapanku.
"Nothing, daddy."
Dato' Malik senyum bersama anggukan kecil.
YOU ARE READING
QAYLA II
Teen FictionSetiap hari aku cipta andaian palsu dalam imaginasiku sendiri. Berharap bahawa semua ini hanya sebuah mainan tidur yang akan berakhir pada saat aku terjaga. Namun, ini adalah nyata dan realiti. Perkahwinan papa dan mama yang telah menemui penghujung...