QII 25

586 70 35
                                    

PENAMPAR papa melekap di pipiku sebaik saja dia berdiri beberapa inci tepat di hadapan aku.

Muka rasa berbahang. Nyaris aku hilang imbangan namun pegangan pada pintu berjaya menyelamatkanku dari menjunam ke lantai. Aku ambil masa beberapa saat sebelum angkat kepala semula. Bersedia untuk bertentang mata dengan papa yang jelas-jelas sedang berapi.

Biar aku teka.

Gambar aku dan Dato' Malik telah sampai ke pengetahuannya.

"Not with my client Qayla! Not with Malik!" Herdiknya dengan air muka kecewa campur marah. Huh, bingo! Tekaan aku betul.

"What the hell were you thinking!? Mana papa nak letak muka papa? Dia klien papa! Klien you Qayla! Ni ke cara Eya balas kat papa? Apa lagi Eya nak buat lepas ni? Nak menyundal dengan siapa pulak!?"

Terteleng kepalaku apabila perkataan keramat itu meniti di bibir papa. Menyundal. Sungguh menyakitkan. Sejijik itu ke aku di mata papa? Bukan ke sepatutnya papa tanya keadaan aku dulu? Sama ada aku okay atau tak? Tapi ini yang aku terima?

"Uncle.. jangan naik tangan macam ni. Kita bincang baik-baik." Hashry mencelah sebagai hero penyelamat suasana. Barangkali terkesan apabila aku ditampar di depan mata.

Aunty Ros yang baru turun dari kereta terus mendapatkan papa. Cuba menenangkan sang suami namun tangannya malah ditepis. Sudahnya wanita itu diam jadi patung pemerhati kerana dia tahu dia akan kena tempias jika berdegil.

"Jangan campur hal uncle. Just be grateful you didn't end up with her." Ternganga mulutku dengan kata-kata papa yang tidak lagi ditapis. Bulat-bulat dilempar kepada aku seolah-olah sengaja buatku sakit hati.

"Kak Eya! Apa benda ni?! Kau buat apa dengan daddy Tira? Hei Tira tu kawan Intan tau tak? Kawan baik aku! Kau hilang akal ke!?" Intan menghala skrin telefon bimbitnya ke mukaku. Kotak perbualan bersama Tira. Mungkin perempuan bangsat itu melempiaskan emosinya kepada Intan selepas aku mengugutnya pagi tadi.

"Oh.. dah pandai pergi rumah Malik? Lepas ni apa? Bawak balik Malik pulak? Apa lagi yang Eya buat belakang papa!? Berapa banyak lagi benda yang papa tak tahu!?"

Bising! Aku benci bunyi bising!

"Mula-mula kes Lily! Lepas tu video bercium dengan jantan! And now? My own client? Malik pulak tu?"

Kepalaku sakit.

"Nak sangat ke ikut perangai Syarina!?"

Hatiku terasa disiat-siat.

"Why? Why Qayla!? Kenapa sampai macam ni sekali? Susah sangat ke permintaan papa? Papa tak minta banyak pun la! Terima mama Ros dalam family kita! That's it!"

"Family kita dah hancur la! Dah hancur!!"

Tengkingan maha lantang itu berjaya buat mereka terdiam.

"Papa tak sedar lagi ke yang family kita dah lama hancur? Papa tak sedar ke berapa lama papa tinggalkan Eya dengan mama? Papa tahu ke apa yang jadi kat rumah waktu papa takda? Ah right, you're too busy to give a damn!"

Aku susun nafas sebelum menyambung kata.

"I thought I could handle it well when you told us you can come home once in a month. Sekali je papa! Sekali dalam sebulan! Papa pernah dengar ke mama merungut? Jawab la! Pernah ke papa tengok mama kongkong papa!? She never did because she tried to understand you and so did I! Tapi papa? Do you even think of us? Papa ambik tahu ke apa yang jadi kat Eya dengan mama? Hei banyak la benda yang papa tak tahu! Sebab papa sibuk dengan perempuan ni!" Nadaku meninggi ketika kepala digerakkan ke arah aunty Ros.

Air mata aku menitik. Dada mula berombak gara-gara esakan yang semakin galak menghentam dada. Wajah papa yang bercampur riak itu aku pandang sedalam-dalamnya. Mencari titik pengertian yang mungkin mampu pulihkan semula keretakan ini. Namun, yang aku temukan hanya kekosongan.

"Eya text papa tak reply! Eya call langsung tak angkat! Do you know how messed up mama was when you were gone? Eya yang kena hadap perangai mama! Eya yang kena hadap semuanya! Tiba-tiba Eya balik rumah hanya untuk dengar papa ceraikan mama.. wallahi it hurts so bad. Up until now. Mama curang dengan Joe! Papa ada wife lain! Dengan masalah kat sekolah! Orang tuduh Eya pembunuh tahu tak!? Orang hina Eya pelacur! Ada ke sesiapa pernah fikir perasaan Eya masa tu? Ada ke?! Fucking no one papa! I was fucking alone at my lowest low!" oktafku semakin lama semakin meninggi. Air mata semakin lebat membasahi seluruh wajah. Aku tidak lagi menyembunyikan tangisan daripada mereka.

"But you know what papa? I chose you over mama! Eya datang sini untuk buktikan mama salah! Tapi kenyataannya? I was wrong all along! And that was my biggest mistake! Pernah ke papa fikir apa perasaan Eya selama ni? I dealt with mama and Joe! I have to deal with the divorce! I have to accept your new wife! I have to deal with guilt towards mama myself! Papa pernah peduli ke!? Jawab Eya!! Pernah ke papa.. pernah ke?" kali ini pengakhiran ayatku bernada kendur.

"Dua tahun Eya hidup dengan rasa bersalah kat mama! I left her when she needed me the most! And that was because of you papa! Papa kahwin dengan perempuan ni belakang mama, belakang Eya! Lepas tu papa expect mama tak sakit hati ke!? Papa expect Eya boleh terima ke perempuan ni dalam keluarga kita!?"

Senyap beberapa ketika. Aku curi nafas yang cungap-cungap. Letih.

"Eya tak pernah deny yang mama silap sebab curang dengan Joe. Papa ingat Eya suka ke hah? I was at my worst dealing with that shit that you know nothing about! Tapi mama tak pernah lebih-lebih! Sebab ni.. anak perempuan papa yang menyundal dengan Dato' Malik ni, yang jadi pengganti! Papa tak tahu berapa banyak kali dia sentuh Eya! Papa tak tahu berapa kali Eya lari dari kena rogol dengan Joe! Papa tak tahu seberapa hitam hidup Eya sebab trauma! You have no idea at all!"

"Eya..," papa cuba mencelah namun aku tak beri peluang.

"Still, you have the audacity to stop me from seeing mama? Even now, you still get the nerve to bring up the past.. just to get back at me? Adil ke? Adil ke apa yang papa buat ni?! Apa yang papa tahu pasal life Eya? Nothing Tuan Zamzuri! You know nothing about me! At all! Papa tak tahu apa yang jadi kat Cliste dulu! Papa tak tahu apa yang Eya hadap! Adil ke papa hukum Eya macam ni?!"

Hujung telinga rasa berdengung tiba-tiba. Bagaikan tindak balas kepada kelantangan suaraku sendiri. Aku tunduk beberapa detik sebelum dongak semula.

"Now ask yourself once more and tell me. Cukup ke dua tahun yang papa sebutkan sangat tu? Cukup ke apa yang papa buat untuk Eya selama ni? Boleh ke Eya terima orang asing dalam keluarga ni? All these years, Eya hadap hidup ni sorang diri. With my own self. Mana semua orang waktu Eya perlu? Papa dengan orang lain. Mama buat perangai. Ash tak percaya Eya. Abah tipu Eya. Now? My so-called adik tiri have feelings for my boyfriend? Oh, my bad. Ex-boyfriend. Cukup la. Cukup. Aku dah letih. Aku letih dengan semua orang. Aku letih dengan semuanya."

"Aku penat.. korang tahu tak aku penat!" Aku menjerit lagi sekuat hati. Teresak-esak nafasku mengiringi tangisan yang berlagu. Mukaku basah dengan air mata. Tapak tangan dipekup ke wajah sebelum dilalukan mengikut alur rambut. Mata mencari Hashry.

"Welcome to my fucked-up life."

Sejurus itu aku buka langkah melewati ruang tamu. Mahu naik ke bilik dan berehat. Kepala berdenyut maha hebat. Apabila pendingin hawa mencium kulit, tubuhku menggigil kesejukan. Namun di sebalik baju hangatku peluh menitik deras. Badan mula hilang imbangan. Petanda tak bagus.

Mungkin aku akan...

Dunia aku hitam.

QAYLA IIWhere stories live. Discover now