QII 08

434 46 8
                                    

SABTU.

Usai menjawab kuiz, aku memandu Lancer ke lokasi program yang terletak di Rivervale. Hidayah dan staf lain yang terlibat sudah berada di sana. Berbaki kurang dari sejam sebelum majlis bermula. Kalau bukan kerana pensyarahku tukar hari menjawab kuiz pada saat-saat akhir, mungkin sekarang aku sedang menjamu selera.

Oleh kerana jalan raya yang sesak, perjalanan yang sepatutnya hanya dua puluh minit telah memakan masa selama empat puluh minit. Setibanya di Rivervale International School (RIS), susuk tubuh Hidayah kelihatan sedang berdiri di laman utama sambil menilik jam di tangannya. Aku mendapatkan Hidayah dan bergegas mengikutinya ke ruang rehat VIP untuk menukar pakaian yang lebih formal.

Sementara itu, Hidayah memberikan laporan terkini tentang situasi semasa. Aku peka memasang telinga. Katanya, karnival hari ini berjalan dengan lancar. Ramai tetamu dari luar yang turut hadir. Majlis perasmian yang dijadualkan sebagai kemuncak karnival ini, akan bermula dalam masa lima belas minit lagi. Tanpa membuang masa, aku terus menyusul setiausahaku ke bilik VIP. Sempat aku bertegur sapa dengan pengarah dan pengetua RIS.

Tidak lama kemudian, kami bertiga diiring ke dewan. Ketibaan aku disambut dengan tepukan gemuruh para tetamu dan bunyi muzik latar yang mengisi suasana. Kakiku berjalan di sepanjang karpet merah, menuju ke tempat duduk yang terletak di atas pentas. Gementar. Kerana hari ini, aku memikul nama Tuan Zamzuri Mohd Khir di bahu. Amanah yang berat. Namun aku cuba untuk tampil tenang.

"Iris Scanner System or ISS is a new product by Inn Tech Holding. It is an advanced technology, guaranteed for optimum level of security. ISS has passed all procedures needed to achieve highest accuracy and precision. It's now completely ready to be on market. Inn Tech is honoured to have RIS as one of the early birds user of our brand new device. Hence, without further a due, I announce the inaugural of ISS Trial Program 2021."

Tepukan gemuruh dan muzik latar bergema di seluruh genap dewan. Upacara perasmian diteruskan dengan imbasan irisku pada sebuah prop yang menjadi simbolik peranti ISS. Serentak itu, video proses imbasan iris terpapar di skrin LED.

Access granted!

Sekali lagi dewan riuh dengan sorakan para tetamu. Bising. Namun terpaksa aku tahan telinga. Hidayah dari bawah tak henti-henti beri isyarat kepadaku untuk senyum. Kekok tapi aku turutkan juga. Walaupun aku yakin tampak tak ikhlas, sekurang-kurangnya aku cuba. Apabila majlis berakhir, aku terus mendapatkan setiausahaku. Faham akan isyarat mataku, dia terus mencipta alasan agar aku dapat meminta diri lebih awal.

Lagi pun aku nak balik berehat. Hanya tinggal satu hari iaitu esok untuk aku mengulang kaji sebelum kuiz pada hari lusa. Nasib baik projek kumpulan aku sudah siap dihantar. Peperiksaan akhir akan bermula lagi dua minggu. Jika tolak mesyuarat dan kerja pejabat, tinggal hanya beberapa hari yang ada untuk aku betul-betul fokus ulang kaji. Belum lagi masa yang ditolak bagi persiapan ke Malaysia untuk ISS Trial Program di sana.

Serabut.

Sedang aku melayani fikiran sendiri, mata terpandang seseorang. Kaki automatik terberhenti. Susuk tubuh dia benar-benar sinonim dengan mata ini. Mustahil aku salah orang. Tapi untuk dia berada di sini, juga tidak mungkin. Aku masih statik. Cuba untuk mendapatkan penglihatan yang jelas.

"Cik Qayla? Okay ke?"

"Balik dulu. Saya gerak kejap lagi." Hidayah tak banyak bunyi dan terus beredar.

Aku memerhati dari jauh. Semakin lama, semakin pelik. Macam ada yang tak kena. Namun tak pula aku mendekat atau menegur. Dapatku lihat dia geleng beberapa kali seolah-olah sedang menolak ajakan. Setelah mereka berdialog beberapa kali, Intan ditarik pergi.

Apa perempuan tu buat kat sini? Dia datang dengan siapa? Uncle Bad hantar papa dan aunty Ros bertemu klien, jadi tak mungkin Intan datang sendiri.

Tepat jam empat petang, aku sampai di rumah. Vellfire hitam tiada. Nampaknya papa dan aunty Ros masih belum balik. Ketika aku menyimpan kunci kereta di dalam bakul tempat biasa, kedengaran bunyi hentakan kaki.

Bam!

Tiba-tiba pintu dihempas kuat. Terus rasa menyesal kerana bawa dia balik bersamaku. Kalau ikutkan hati, nak je aku biarkan dia mereput kat sana. Keluhan berat dihembus. Penat. Aku terus naik ke bilik untuk membersihkan diri.

Tak sedar bila, aku terlelap.

"HEI! Kau ni pekak ke aku panggil?"

Bilikku diterjah tanpa salam. Siapa lagi kalau bukan anak baru papa. Aku bangun dengan kepala yang berat. Pandangan masih kabur. Oleh kerana tiada tenaga, aku abaikan perempuan itu walaupun jelas sekali nampak macam dia nak cari pasal. Lantaklah. Aku betul-betul tak larat.

"Secretary kau kat luar. Kak Dayah cakap nak jumpa."

Mata aku cari jam dinding. Hampir pukul dua belas tengah malam. Tak pernah dia datang ke rumah selewat ini. Kalau ada perkara penting sekali pun, takkan tak boleh tunggu esok?

Melihat aku yang mula bergerak, Intan terus beredar bersama rengusan. Belum habis marah agaknya. Peduli pulak aku dengan dia punya marah. Aku turun ke ruang tamu, mendapatkan Hidayah yang sedang duduk di sofa.

"Urgent ke?" Soalku tanpa berbasa basi.

"Saya betul-betul minta maaf ganggu cik Qayla tidur. Ni, cik Qayla tertinggal phone dalam beg saya siang tadi."

Hulurannya disambut. Tiba-tiba skrin menyala, memainkan lagu Bring Me To Life.

"Banyak kali jugak dia call, tapi saya tak berani angkat."

Aku ucap terima kasih sebelum berlalu. Hidayah terus balik. Rumah masih sunyi. Papa dan aunty Ros belum balik? Atau mereka sudah tidur? Entahlah. Aku juga tak tahu. Nama saja duduk sebumbung tapi berselisih bahu pun jarang-jarang sekali. Papa betul-betul semakin jauh. Sekembalinya ke bilik, telefon berbunyi lagi.

"Sayang! Where were you? Are you okay? Kat mana ni? Rumah ke?" bertalu-talu dia bertanya sebaik saja talian bersambung.

Aku tersengih dalam keletihan. Pintu bilik ditutup sebelum aku merebahkan tubuh ke atas katil.

"Jangan gelak please. Saya serius ni."

"Kat bilik."

"Awak pergi mana... satu hari awak hilang." Nadanya mula mengendur.

"Sorry. After quiz pagi tadi, terus gerak Rivervale for ISS program. Sampai rumah, terus mandi lepas tu tertidur. Phone tertinggal dalam beg secretary saya."

Penerangan pendekku berakhir dengan keluhan nipis. Kedengaran Hasry menghela nafas panjang di hujung talian. Diam sejenak. Mungkin memikirkan ayat seterusnya. Jujur, aku betul-betul penat dan mengantuk. Tapi tak sanggup nak letak dahulu. Lagi pun, dari siang tadi dia cuba hubungiku tak dapat-dapat. Tak mahu dia risau.

"I miss you so much."

"I miss you too Ash. Esok lepas study, saya free sikit. Nak jumpa sekejap?"

"Nak!" bersemangat dia jawab.

"Okay see you tomorrow."

"Wait! Takkan nak letak dah?" Niatku untuk mematikan talian, terbatal.

"Ash, I'm sorry but can we talk tomorrow?" Pintaku dengan mata yang separuh tertutup. Terlalu mengantuk. Jasad semakin kehilangan tenaga. Namun telinga sedia menanti kata balasan dari hujung talian. Agak lama dia senyap.

"Okay, good night Eya."

That's the keyword.

Eya.

"Okay Ash, okay. Let's talk."

hi chuolls hehe saja la nak tanya, kalau boleh tahu & tak keberatan, cuba share dgn i macam mana korang jumpa cerita qayla ni 🙊

QAYLA IIWhere stories live. Discover now